• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15

Oleh
Husna Hazmi
21 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Malaysia Airlines dan Firefly juga akan menambah kekerapan penerbangan.

Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15. Dilaporkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd telah melancarkan kempen ‘Jom Balik Mengundi’ dengan menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus bagi membantu pengundi balik kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang telah diumumkan tarikhnya semalam.

Para penumpang boleh menempah tiket penerbangan bermula dari 20 Oktober ini hingga 19 November untuk perjalanan antara 11 dan 27 November.

Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15
Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15. Gambar sekadar hiasan

Diskaun adalah untuk semua kategori penerbangan

Diskaun 20 peratus ini ditawarkan untuk semua kategori tambang iaitu Lite, Asas dan Flex untuk Kelas Ekonomi dan Asas dan Flex untuk Kelas Perniagaan.

Di samping itu, Malaysia Airlines juga akan menambah 26 penerbangan tambahan dan mengendalikan 16 penerbangan domestik dengan pesawat A330 bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Firefly Airlines dalam masa yang sama juga turut menawarkan sehingga 70 penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih dari 17 November hingga 20 November, dengan diskaun penerbangan 24 peratus dan 10 peratus masing-masing untuk penerbangan jet dan ATR.

Promosi boleh digunakan dari tarikh 20 Oktober hingga 24 Oktober, untuk perjalanan dari 1 November hingga 30 Jun tahun depan.

Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15
Gambar sekadar hiasan

Penerbangan dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu

Penumpang MASwings dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu pula, boleh menempah penerbangan bermula dari harga RM135 untuk tambang sehala.

Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ini, pengundi ramai yang akan balik ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan harga tiket penerbangan pula dilihat semakin meningkat secara mendadak. Dengan adanya diskau daripada syarikat penerbangan ini diharap agar ianya boleh membantu menyenangkan lagi urusan rakyat.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia
‘Jangan Ketepikan Hak Rakyat’, Penduduk Di Bintulu Berhimpun Untuk Tuntut Tanah
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Juri Michelin Star Bakal ‘Terjah’ Restoran Di Malaysia, Bandar Gastronomi Kuching Tidak Tersenarai
Next Article Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?