• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen

Oleh
ILB - AI
25 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memo minta sumbangan sempena perkahwinan anak Dato

Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen. Siapa sahaja tak nak majlis perkahwinan dilangsungkan mengikut idaman masing-masing bukan? Mungkin ada yang mahukan perkahwinan dengan suasana yang mewah dan mungkin juga ada yang mahukan perkahwinan yang sederhana.

Seperti yang kita mengetahui bahawa perkahwinan ini adalah simbolik menyatukan dua hati serta menyatukan dua buah keluarga. Jadi sebaiknya dilaksanakan sewajarnya supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak. Namun, telah tular di media sosial tentang satu memo meminta sumbangan sempena perkahwinan.

Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen
Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen. Sumber gambar: Pesona Pengantin

Minta RM30 daripada pegawai kanan

Notis yang telah dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook Pen Hitam Dot Com telah mengundang komen-komen panas daripada netizen. Memo yang dikongsikan adalah berkaitan dengan arahan yang dikeluarkan untuk mengutip sumbangan daripada pegawai kanan IPD Putrajaya.

Sumbangan yang dipinta bukan sumbangan seikhlas hati tetapi telah ditetapkan jumlahnya sebanyak RM30. Hal ini dilakukan sempena perkahwinan anak Dato Ketua Polis Kuala Lumpur. Malah, ditetapkan juga tarikh akhir untuk lakukan pembayaran.

Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen
Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen. Sumber gambar: FB Pen Htam Dot Com

Tular dan undang komen daripada netizen

Dengan tularnya notis ini di media sosial, banyak netizen telah meninggalkan komen pedas mereka di ruangan komen. Ada yang berceloteh bahawa nilai RM30 tersebut cukup untuk membeli sekilo udang dan ada juga yang beranggapan bahawa itu perkara biasa untuk menyediakan hadiah perkahwinan daripada pihak jabatan.

Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen
Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen. Sumber gambar: FB Pen Htam Dot Com

Tidak dinyatakan secara jelas sumbangan yang dikutip itu untuk menaja majlis atau hanya sebagai sumbangan hadiah perkahwinan. Jadi, lepas ini kalau nak kawin, buat yang biasa-biasa sudah. Janji yang wajib dah lepas pun dah kira okay sangat kan. Hadiah itu bukan kewajipan. Jangan jadi macam ni. Siap buat memo bagai.

Boleh baca artikel yang menarik dibawah:

Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini
Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
SUMBER :Pesona PengantinFB Pen Hitam Dot Com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Snek Sedap Khas Dari Kelantan, Anda Perlu Cuba Lok Ching Kuching Ini
Next Article Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?