I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama

Oleh iloveborneo 24 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama

Musim perayaan sudah tiba, siapa dah dye rambut?

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama. Bagi mereka yang suka dye rambut semasa musim cuti/perayaan, atau hanya ingin dye rambut mereka sekadar untuk mencuba hairstyle baru, kemungkinan anda sudah biasa dengan warna rambut anda akan pudar setelah beberapa minggu.

Isi Isi Penting
Musim perayaan sudah tiba, siapa dah dye rambut?Jangan cuci rambut setiap hariGuna produk khas untuk menjaga warna di rambutCuci rambut dengan air sejukCuba guna dry shampooNak dye rambut bukan perkara yang murah mudah

Hmm… bayangkan menghabiskan banyak perbelanjaan untuk dye rambut tetapi hanya untuk warna tersebut pudar dalam beberapa minggu – anda pasti akan rasa rugi lah juga. Sekiranya anda baru-baru ini telah dye rambut anda, berikut adalah 4 cara mudah yang dapat membantu anda mengekalkan warna itu lebih lama!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama

Jangan cuci rambut setiap hari

Kunci untuk warna rambut yang terang adalah maintenance rambut. Tapi sekiranya anda mencuci rambut anda setiap hari, warna di rambut anda akan pudar dengan laju! Penggunaan syampu setiap hari akan mempengaruhi warna rambut anda.

Artikel Lain

Terbuka Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS, Bantuan Sewa Sarawak Kini Diperluaskan
Terbuka Kepada Pelajar IPTA Dan IPTS, Bantuan Sewa Sarawak Kini Diperluaskan
Sabah Sarawak Catat Daerah Penduduk Paling Mesra Di Malaysia
Sabah Sarawak Catat Daerah Penduduk Paling Mesra Di Malaysia
Jenazah Tidak Dikebumikan, Ketahui Tradisi Unik Pemakaman Mepasah
Jenazah Tidak Dikebumikan, Ketahui Mepasah Tradisi Unik Pemakaman Trunyan
Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama

Penggunaan syampu yang kerap bukan sahaja akan menghilangkan warna rambut anda, tetapi ia juga menghilangkan minyak semula jadi yang membantu menjaga kesihatan rambut. Minyak semula jadi inilah yang membantu rambut anda mengekal warna tersebut dengan lebih baik.

Jika anda nak mencuci rambut, anda hanya perlu mencuci rambut anda hanya beberapa kali seminggu sahaja.

Guna produk khas untuk menjaga warna di rambut

Kebanyakan jenama kini menawarkan produk rambut yang bertujuan melindungi warna rambut anda. Sekiranya rambut anda berwarna, lebih baik lagi anda invest membeli produk rambut yang khas untuk menjaga warna di rambut.

Hal ini kerana setiap syampu mempunyai peranan yang berbeza – contohnya, syampu yang khas untuk menangani kelemumur mungkin sedikit lebih ‘kasar’ dan boleh mempengaruhi warna rambut.

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Jenis syampu memainkan peranan untuk mengekalkan warna rambut. Kredit: The Singapore Women’s Weekly

Anda rasa syampu istimewa ini susah dicari? Jangan risau, anda boleh menjumpai banyak jenis syampu yang khas untuk menjaga warna rambut di kedai seperti Watsons atau Guardian!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Syampu jenis melindungi warna di rambut boleh didapati di kedai seperti Guardian atau Watson! Kredit: Twitter

Berikut adalah 5 syampu yang boleh membantu melindungi warna di rambut anda, malah meningkatkan kilauan warna rambut anda!

  1. Herbal Essences Bio Renew Shampoo
  2. Tresemme Keratin Smooth Color Shampoo with Moroccan Oil
  3. L’Oreal Paris Elvive Colour Protect Shampoo
  4. Pantene Color Shampoo
  5. Aveda Color Conserve Shampoo

Cuci rambut dengan air sejuk

Tahukah anda suhu air boleh mempengaruhi warna rambut anda? Hal ini kerana suhu sejuk boleh menutup cuticle rambut dan menjadikan rambut anda berkilau. Setelah mengguna syampu kemudian conditioner, cuci rambut anda dengan air sejuk dan bukan air panas!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Ia lebih bagus lagi anda mencuci rambut anda dengan air sejuk berbanding dengan air panas.

Cuba guna dry shampoo

Bagi mereka yang tak pernah mencuba syampu kering atau dry shampoo, syampu ini adalah sejenis syampu yang mengurangkan minyak pada rambut tanpa memerlukan air. Ia dalam bentuk serbuk dan biasanya dikeluarkan dari tin aerosol.

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Syampu kering diguna seperti spray rambut. Kredit: The House of Wellness

Ketepikan hal rambut berwarna sebentar; syampu jenis ini memang lifesaver kerana kemampuannya untuk digunakan tanpa air! Jadi, jika anda terpaksa rushing untuk pergi ke suatu tempat dan anda perlu menyingkirkan sedikit minyak pada rambut anda, syampu kering adalah jawapannya.

Berbalik ke topik rambut berwarna, by now anda tahu anda perlu elak mencuci rambut anda setiap hari. Sekiranya anda jenis tak dapat tahan rambut berminyak sedikit walaupun baru sehari selepas cuci rambut, lebih baik lagi anda menggunakan syampu kering agar anda boleh mencuci rambut anda tanpa risau dengan kehilangan warna rambut anda!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Kredit: popsugar uk

Nak dye rambut bukan perkara yang murah mudah

Tak dinafikan proses dye rambut bukan perkara yang murah, lagi-lagi kalau ia dibuat di salon. Jadi, pastikan perbelanjaan yang dibelanjakan berbaloi dengan memastikan warna rambut anda kekal untuk jangka masa yang panjang sehingga sesi dye rambut anda yang seterusnya!

Adakah anda mewarna rambut anda baru-baru ini sempena musim perayaan/cuti? Adakah anda mewarna DIY (di rumah) atau di salon? Komen jenama dye pilihan anda atau cadangan salon terbaik anda di ruang komen di bawah!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rancang Cuti Anda, Berikut Adalah Tarikh Lengkap Cuti Persekolahan 2023/2024 Di Sarawak Rancang Cuti Anda, Berikut Adalah Tarikh Lengkap Cuti Persekolahan 2023/2024 Di Sarawak
Next Article Penerbangan Ke Bintulu Tertangguh 8 Jam Tanpa Notis, Individu Naik Bengang Marah Staf Penerbangan Ke Kuching Tertangguh 8 Jam Tanpa Notis, Individu Naik Bengang Marah Staf

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?