• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Angkara Tidak Puas Hati, Lelaki Sanggup ‘Musnahkan’ Kereta Rakan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
31 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Angkara Tidak Puas Hati, Lelaki Sanggup 'Musnahkan' Kereta Rakan Di Kuching

Kejadian berlaku di Sungai Maong

Angkara Tidak Puas Hati, Lelaki Sanggup ‘Musnahkan’ Kereta Rakan Di Kuching. Mahkamah Majistret Kuching menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau penjara lima bulan ke atas seorang lelaki kerana melakukan ugutan jenayah dan khianat dengan memecahkan cermin depan dan belakang kereta milik rakannya.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Bahthiar Bolkipli, 31, yang mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Angkara Tidak Puas Hati, Lelaki Sanggup ‘Musnahkan’ Kereta Rakan Di Kuching. Kredit: Utusan Borneo

Suspek dikenakan dua pertuduhan

Bagi pertuduhan pertama yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, dia didenda RM1,500 atau dua bulan penjara.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Gambar hiasan

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, dia didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan.

Dakwaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bahthiar melakukan kedua-dua kesalahan itu berhampiran sebuah rumah di Kampung Sungai Maong di sini sekitar jam 1 pagi pada 5 Oktober 2022.

Ini kronologinya

Berdasarkan fakta kes, Bahthiar dan rakannya (pengadu) pergi ke kedai haiwan peliharaan dengan menggunakan kereta miliknya.

Bahthiar kemudian mengambil empat ekor ayam hidup dari kedai tanpa membuat sebarang bayaran dan disimpan di dalam kereta menyebabkan pengadu menasihatinya supaya memulangkan ayam tersebut. Bahthiar bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat pengadu.

Gambar hiasan

Pengadu kemudian melihat hantaran Facebook yang menjadi tular di mana pemilik kedai telah menyiarkan gambar keretanya dan menuduhnya mencuri ayam-ayam itu, dan memintanya menghubungi Bahthiar serta menggesanya memulangkan ayam-ayam itu ke kedai.

Bahthiar bagaimanapun bertindak balas dengan tiba-tiba datang ke rumah pengadu dan memecahkan cermin depan dan belakang keretanya dengan objek keras sambil berkata ‘kalau aku jumpa kau di luar, siap kau aku kerjakan’ dan dia kemudian melarikan diri.

Kejadian itu disaksikan oleh pengadu dan isterinya.

Laporan polis telah dibuat dan dia telah ditangkap pada 21 November 2022.

Siasatan mendapati Bahthiar bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati pengadu terus mendesaknya supaya memulangkan ayam-ayam itu ke kedai haiwan peliharaan diikuti pertengkaran antara mereka.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala Bahtiar tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel terkini:

Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App
Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App
Next Article Netizen Sebak Lihat Nenek Dan Cucu Berniaga Sayur Di Mita Heritage

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?