• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit

Oleh
Nazihah AN
10 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit

Hermit Crab atau umang-umang dengan cengkerang menarik.

Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit. Hermit Crab atau di Malaysia lebih dikenali sebagai umang-umang telah menjadi perbualan di laman sosial Twitter selepas perkongsian dari akaun @JatIkhwan mendapat perhatian daripada sesetengah netizen.

Melalui ciapan tersebut diketahui bahawa kejadian ini berlaku di pasar malam Lombok, Indonesia. Sekali pandang memang menarik dengan didekorasi pelbagai warna dan corak. Kelihatan meriah dan berwarna-warni tetapi diketahui bahawa hal ini tidak wajar dilakukan.

Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit
Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit

Banyak kemudaratan berbanding baiknya.

Pada masa ini, memang idea yang kreatif diperlukan untuk menjana pendapatan. Namun, akan menjadi isu apabila cara tersebut ada kemudaratannya. Sama seperti kejadian cengkerang yang didekorasikan dengan pelbagai warna dan corak di Lombok ini.

Mungkin remeh kerana kita beranggapan bahawa saiz umang-umang yang kecil dan cengkerang yang didekorasi dengan pelbagai warna dan corak ini bukanlah asli daripada umang-umang itu sendiri.

Tetapi, hal ini tetap memudaratkan umang-umang dan ekosistem nya kerana kita tidak mengetahui tahap tosik pewarna yang digunakan. Isu yang dikhuatiri adalah apabila pewarna pada cengkerang boleh terhakis kerana geseran dengan pasir dan ini mengakibatkan hakisan warna tersebut menjadi racun kepada makanan dan ekosistem umang-umang.

Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit
Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit

Cengkerang adalah cara beradaptasi umang-umang untuk hidup.

Bukan itu sahaja, cengkerang yang didekorasikan sedemikian rupa selalu nya tidak bersesuaian dengan saiz sebenar umang-umang tersebut. Jika terlalu kecil cengkerangnya maka berkemungkinan umang-umang akan mati kelaparan kerana tersekat di dalam cengkerang.

Seperti kita tahu, umang-umang menjadikan cengkerang sebagai tempat pelindung kerana tanpanya umang-umang akan menjadi makanan kepada haiwan yang lain. Ini adalah cara umang-umang beradaptsi untuk bertahan hidup. Jadi, sekiranya tempat berlindungnya diganggu maka ini akan mendatangkan mudarat kepada umang-umang.

Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit
Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit

Umang-umang sememangnya boleh dipelihara dan diketahui juga ada yang gemar menjadikan umang-umang sebagai koleksi di dalam akuarium peribadi. Cengkerang yang didekorasi sedemikian sudah pasti kelihatan cantik dan agak estetik. Namun, kita kena bijak dalam memastikan peliharaan kita hidup dalam keadaan yang baik.

Selain Hermit Crab, boleh baca cerita lain tentang haiwan di Borneo:

Hidung Besar Dan Sangat Rare, Ketahui Monyet Bangkatan Yang Hanya Ada Di Pulau Borneo
Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo
SUMBER :Twitter @JatIkhwanPetHelpful
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Nyaris Maut Diserang Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong Lelaki Nyaris Maut Diserang Dua Ekor Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong
Next Article 2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching 2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?