• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Polis Dan Tentera Berdepan Tindakan Tegas Ekoran Insiden Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Oleh
ILB - AI
4 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tidak kena tatatertib, tetapi hukuman jenayah

Polis Dan Tentera Berdepan Tindakan Tegas Ekoran Insiden Rusuhan Bola Sepak Indonesia. Berikutan insiden pahit 1 Oktober yang meragut 125 nyawa, Tentera Nasional Indonesia beri jaminan akan mendakwa anggota yang melakukan kekerasan semasa meyuraikan rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur.

Lapor media, Panglima Tentera Jenderal Andika Perkasa berkata anggota yang didapati bersalah tidak lagi dihadapkan dengan hukuman tatatertib namun hukuman jenayah.

Katanya tindakan anggota semasa rusuhan berlaku bukan dalam konteks mempertahankan diri. Malah ia perbuatan jenayah kerana orang awam tidak akan sesekali mahu berhadapan tentera.

Polis Dan Tentera Berdepan Tindakan Tegas Ekoran Insiden Rusuhan Bola Sepak Indonesia
Polis Dan Tentera Berdepan Tindakan Tegas Ekoran Insiden Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Pasukan keselamatan bertindak kasar

Orang ramai yang turut sama terlibat dalam insiden itu juga digesa untuk menghantar video tentera melakukan kekerasan semasa kejadian pada pihak tentera.

Menerusi paparan video yang tular tempoh hari, anggota tentera yang menjaga keamaan di stadium itu bertindak kasar dengan menendang penyokong hingga terjatuh.

Polis Indonesia juga telah memecat ketua polis Malang dan sedang menyiasat lebih sembilan pegawai kerana didapati bertanggungjawab melepaskan gas pemebdih mata dalam stadium.

https://www.tiktok.com/@shorts_new5/video/7149796253621177627?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en&q=bola%20indonesia%20viral&t=1664861369092
Rakaman video rusuhan tular di TikTok. Kredit: short_news5

Tragedi 1 Oktober

Imbau kembali tragedi pahit ini, ia berlaku selepas pasukan Arema FC tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, kemarahan oleh penyokong fanatik ini telah mencetuskan rusuhan memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan selepas tamat perlawanan.

Namun, keadaan menjadi tegang dengan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan penyokong berasak untuk keluar stadium sehingga rempuhan berlaku.

Susulan penggunaan gas mata di dalam kawasan tertutup, pihak keselamatan berdepan tekanan kerana menyalahi garis panduan stadium yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Polis Dan Tentera Berdepan Tindakan Tegas Ekoran Insiden Rusuhan Bola Sepak Indonesia
Penyokong yang tercedera akibat rempuhan dan gas pemedih mata. Kredit foto: Utusan

Lagi kisah berkaitan rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur. Baca di sini:

Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia
Rusuhan Di Stadium Kanjuruhan Jadi Tragedi Keganasan Bola Sepak Kedua Terburuk Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP
Next Article Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?