I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!

Nur Afifah 13 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Jarang Dapat Jalan Atas Air Jernih. Ini Baru Betul-Betul Hidden Gems!

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air! Sabah sememangnya terkenal dengan keindahan pulau serta pemandangan alam semulajadi yang memukau. Tapi siapa sangka, terdapat sebuah hidden gems di Sabah yang breathtaking dan serupa seperti tempat pelancongan di luar negara. Whoaa!

Pulau Ini Sebenarnya Timbunan Batu Karang

Pulau Pasir Timbul, Pulau Terapung, atau Pitas Floating Island yang terletak di Kampung Malubang, Pitas, Sabah ini sebenarnya merupakan timbunan batu karang telah mati dan timbul secara semula jadi sejak beratus tahun yang lalu. Jika dilihat dari pemandangan atas, ia seakan-akan berbentuk S.

Pulau Pasir Timbul : Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Kredit : Youtube
Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Kredit : IG @sapurataborneo
Pulau Pasir Timbul : Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Pulau Batu Supirak. Kredit : Youtube Murphy Ng

Pulau Terapung ini juga tidak jauh dari Pulau Batu Supirak yang mempunyai cerita legenda. Menurut penduduk setempat, Pulau Batu Supirak merupakan sebuah kapal yang disumpah oleh batu oleh seorang ibu terhadap anaknya yang tidak mengenang jasa. Penggemar fotografi dan drone pasti menyukai pemandangan ini untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi.

3 Jam Perjalanan Darat, Hampir 2 Jam Perjalanan Laut

Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kenderaan darat selama lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu ke Kudat, diikuti perjalanan 1 jam 30 minit dengan menaiki bot dari Jeti Marina, Kudat menuju ke Kampung Malubang, Pitas. Walau pun perjalanan ini agak lama, tapi pastinya ia akan menjadi pengalaman yang berbaloi.

Riadah di atas Pulau Terapung Sambil Makan-Makan!

Pulau Pasir Timbul : Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Kredit : Malaysia Aktif
Pulau Pasir Timbul : Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Kredit : Malaysia Aktif

Apa yang anda boleh lakukan di Pulau Terapung ini? Ya, anda boleh melakukan aktiviti riadah seperti snorkeling dan makan-makan sambil ditemani deburan ombak. Pusat pelancongan di Pulau Terapung ini dinamakan Floating Coral Bar, Pitas. Jenis makanan yang dihidangkan adalah makanan segar dari laut dan juga sayur-sayuran . Anda boleh menikmatinya secara buffet. Menariknya, petugas dan kru di sini kebanyakannya adalah penduduk Kampung Malubang sendiri yang dilatih khas untuk pusat pelancongan tersebut.

Pulau Pasir Timbul : Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Kredit : Malaysia Aktif
Kredit : Malaysia Aktif

Walau bagaimanapun, hanya 40 ke 50 orang pelancong sahaja dihadkan ke kawasan pulau terapung ini pada satu-satu masa bagi menjaga keselamatan serta menjamin ekosistem terumbu karang.

Tinggal di Homestay Kampung Malubang yang Berhadapan dengan Laut

Kredit : FB Indah Chalet Pitas
Kredit : FB Indah Chalet Pitas

Sesudah anda sampai ke sini, pastinya anda ingin menginap untuk satu atau dua malam menikmati suasana kampung di sini. Untuk pengetahuan anda, Kampung Malubang ini merupakan perkampungan nelayan yang berbangsa Sulu. Kebanyakan mereka merupakan penduduk yang beragama Islam.

Homestay Kampung Malubang ini berkonsepkan rumah panjang dan turut menyediakan makanan. Jadi, anda tidak perlu risau tentang makanan kerana ia termasuk dalam pakej penginapan. Selain itu, anda juga boleh melawat ke kawasan sekitarnya iaitu Pulau Kapal Supirak, Batu Berunsai dan Batu Talam.

Anda boleh mengetahui pakej yang disediakan melalui laman FB Indah Chalet Pitas.

Rugi sangat kalau kita rakyat Malaysia sendiri tidak pernah merasai pengalaman melancong ke Pulau Terapung ini. Betul tak?

Like dan share post ini serta sebarkan kepada rakan-rakan anda tentang hidden gems yang luar biasa ini.

Nur Afifah 13 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 6 Tempat Rekreasi Santai Paling Sesuai Untuk Beriadah Di Kuching
Next Article 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang
Tempat Menarik

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang

10 Ogos 2022
Tempat Menarik

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah All-in-1 Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak

7 Ogos 2022
Tempat Menarik

Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Tarikan Menarik Di Hujung Tanduk Sabah

7 Ogos 2022
Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching
Tempat Menarik

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?