• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Puteri Qajar, Simbol Kecantikan Wanita Parsi Yang Menyebabkan 13 Lelaki Bunuh Diri

Oleh
Nazihah AN
22 November 2023
Kongsi
7 Min Bacaan
Puteri Qajar, Simbol Kecantikan Wanita Parsi Yang Menyebabkan 13 Lelaki Bunuh Diri

Selidik dahulu sejarah disebaliknya. Anda pasti akan terkejut dengan perkara sebenar

Puteri Qajar, Simbol Kecantikan Wanita Parsi Yang Mana 13 Lelaki Bunuh Diri Akibat Ditolak Cinta. Standard kecantikan sentiasa berubah mengikut zaman. Pada zaman ini, wanita lebih suka mempunyai pinggang yang kecil, punggung dan dada yang lebih besar, dan kulit glowing. Malah, sanggup berbelanja banyak untuk membeli alat solek untuk meningkatkan kecantikan mereka.

Seorang puteri menjadi viral di media sosial ketika gambarnya diedarkan yang mendakwa bahawa 13 lelaki membunuh diri kerana ditolak olehnya. Menurut kebanyakan sumber gambar berkenaan, mereka mendakwa bahawa wanita ini dianggap cantik kerana badannya yang berisi, misainya (bertentangan sepenuhnya dengan standard kecantikan hari ini) dan kecantikannya menarik banyak pelamar, yang kebanyakannya membunuh diri kerana ditolak olehnya.

Tetapi sejauh mana kebenarannya?

Puteri Qajar, Simbol Kecantikan Wanita Parsi Yang Menyebabkan 13 Lelaki Bunuh Diri

Kenali Puteri Zahra Khanom Tadj el-Saltaneh

Puteri Zahra Khanom Tadj el-Saltanej atau juga dikenali sebagai Saltaneh atau Tāj al-Salṭanah ialah seorang puteri Dinasti Qajar dan anak perempuan Naser al-Din Shah, Raja Parsi dari tahun 1848 hingga Mei 1896 dan isterinya Turan es-Saltaneh.

Puteri Qajar, Simbol Kecantikan Wanita Parsi Yang Menyebabkan 13 Lelaki Bunuh Diri. Beliau ketika masih kecil. Kredit: Wikipedia

Seorang feminis, beliau diingati sebagai pejuang hak wanita pada zamannya. Beliau juga menulis sebuah memoir di mana beliau menjelaskan tentang cara beliau dibesarkan dalam istana, mengkritik masyarakat Qajar kerana memiliki hamba dan pengasuh, serta betapa terbatasnya wanita Persia.

Tāj al-Salṭanah. Kredit: Women’s World in Qajar Iran

Pada usia 13 tahun, beliau menikah dengan Sardar Hassan Shojah Saltaneh, seorang aritokrat dan anak seorang menteri pertahanan. Bersamanya, dia melahirkan empat orang anak.

Beliau melanggar pantang larang ketika beliau menceraikan suaminya, menjadi salah satu wanita pertama dalam keluarga diraja yang bercerai.

Dalam memoirnya, beliau memperincikan kesakitan pertunangannya pada usia 8 tahun dan kerosakan akibat perkahwinan yang diatur. Beliau juga membuat argumen menentang pemakaian tudung kerana tidak memakainya dianggap boleh merosakkan kehidupan keluarga dan keseluruhan masyarakat Parsi.

Memoirnya juga merangkumi keperitan akibat suaminya yang sering curang dan pilihannya untuk melakukan pengguguran kerana takut mati semasa melahirkan.

Pada tahun-tahun kemudian, beliau mengabdikan hidupnya untuk menulis, membaca dan membesarkan cucu perempuannya yang disayangi iaitu Taj Iran. Beliau dan cucunya ini mempunyai ikatan istimewa dan beliau sangat mempengaruhi pembesarannya. Beliau tinggal bersama anak perempuannya, Touran Douleh sehingga beliau meninggal dunia.

Seorang wanita ahead of her time

Puteri Taj ialah seorang yang intelektual – fasih berbahasa Arab dan Perancis, beliau juga suka menulis dan suka melukis. Beliau juga seorang aktivis yang sentiasa mengadakan kelab sastera di rumahnya seminggu sekali. Beliau juga mahir bermain biola.

Beliau merupakan wanita pertama di istana yang menanggalkan hijab dan memakai pakaian barat. Sebagai penulis memoir, beliau merupakan orang pertama menulis memoir yang mengkritik monarki iaitu ayahnya sendiri serta bapa saudaranya, Mozafer el-Din Shah.

Beliau ketika masih muda.

Puteri Taj menyalahkan banyak masalah Parsi pada masa itu, termasuk kemiskinan, kurangnya pendidikan untuk semua, dan hak wanita, pada monarki yang tidak kompeten.

Suaranya pada masa itu merupakan suara wanita tunggal yang menginginkan perubahan dan demokrasi.

Beliau meninggal dunia pada 25 Januari 1936 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Zahir od-Dowleh di Tajrish. Warisannya diteruskan dengan kehidupan dan tulisannya serta peranannya sebagai feminis dijadikan subjek pengajian Timur Tengah di pelbagai universiti dari Universiti Tehran hingga Harvard. Malah, pada tahun 2015, Harvard memperoleh dari keturunannya beberapa gambar keluarga, tulisan, anekdot dan cerita mengenai kehidupan beliau untuk arkib mereka.

Kehidupan dan pejuangan Puteri Taj kini dikaji oleh banyak universiti di seluruh dunia termasuk Universiti Harvard. Kredit: WBUR

Bagaimana seorang puteri yang mempunyai kehidupan yang menarik untuk membela hak wanita akhirnya menjadi meme?

Gambar-gambar yang telah diedarkan bukan beliau, tetapi sebenarnya, adik perempuan tirinya iaitu Puteri Fatemah Khanum “Esmat al-Dowleh”. Gambarnya yang paling terkenal sebenarnya diambil oleh ayahnya sendiri, shah Parsi Naser al-Din Shah Qajar.

Oleh kerana beliau menyukai sastera dan fotografi, beliau mengambil gambar anak perempuannya, yang menjadi asas meme yang dikenali sekarang.

Gambar Puteri Esmat yang diambil oleh bapanya sekitar pertengahan ke akhir abad ke-19.

Mengenai lagenda ’13 lelaki membunuh diri akibat ditolak cinta’, Puteri Esmat sudah kahwin sebelum usia 12 tahun dan ia dipercayai bahawa beliau diatur untuk perkahwinan itu kerana ia merupakan budaya Parsi untuk melakukannya.

Perkara ini turut menyebabkan puteri tersebut tidak mempunyai masa untuk bertemu lelaki lain selain saudara lelakinya.

Satu-satunya bahagian meme yang memiliki kebenaran adalah bahawa memang ada masa dalam sejarah Parsi ketika penampilan Puteri Esmat – iaitu, misainya – dianggap cantik. Menurut seorang profesor dari Universiti Harvard, Dr Afsaneh Najmabadi, beliau mengatakan bahawa banyak sumber berbahasa Parsi, serta gambar, dari abad -19 mengesahkan bahawa wanita Qajar mempunyai misai nipis, atau lebih tepatnya lembut, sebagai tanda kecantikan.

Puteri Esmat (tengah), bersama ibunya dan anaknya. Kredit: Women’s Worlds in Qajar Iran.

Seperti kakak tirinya, Puteri Esmat juga seorang wanita yang berkaliber.

Sebagai anak perempuan Nasir al-Din Shah Qajar yang kedua, beliau cukup dipercayai oleh ayahnya sehingga beliau diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi tetamu wanita asing ke istana.

Menentang tradisi, beliau belajar bermain piano dan menjadi jurugambar dengan studio peribadi di rumahnya. Lebih penting lagi, ada contoh beliau menggunakan pengaruhnya dengan ayahnya, seperti ketika beliau memujuk ayahnya untuk membenarkan suaminya kembali ke negara mereka. Seperti wanita diraja lain di istana ayahnya, Esmat nampaknya wanita yang kompeten dengan legasi yang cukup banyak.

Puteri Qajar, Simbol Kecantikan Wanita Parsi Yang Menyebabkan 13 Lelaki Bunuh Diri. Potret Puteri Esmat. Kredit: Women’s World in Qajar Iran

Pada masa mereka sendiri, Puteri Esmat dan Puteri Taj tidak ditentukan oleh penampilan mereka. Pencapaian mereka bukanlah hasil dari menetapkan atau menyalin standard kecantikan budaya.

Mereka adalah wanita yang berjasa dan berpengaruh – kisah mereka patut diceritakan dan diabadikan dengan cara yang penuh hormat dan bermakna, tidak diperkecilkan dan diejek.

Jadi sebelum anda mempercayai sesuatu meme, pastikan anda selidik dahulu sejarah disebaliknya. Anda pasti akan terkejut dengan perkara sebenar!

Lagi di sini:

Ini Sebab Menarik Mengapa Wanita Orang Ulu Zaman Dulu Penuh Bertatu
Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Menarik Mengapa Wanita Orang Ulu Zaman Dulu Penuh Bertatu Ini Sebab Menarik Mengapa Wanita Orang Ulu Zaman Dulu Penuh Bertatu
Next Article Ini 5 Panduan Kedai Makan Yang Patut Anda Cuba Sekiranya Ke Bintulu Ini 5 Panduan Kedai Makan Yang Patut Anda Cuba Sekiranya Ke Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?