Hias Kedai Sebagai Tanda Hargai Pelanggan Cina. Nang Sporting!
Restoran Melayu Di Sarawak Ini Selamba Hias Kedai Dengan Dekorasi Tahun Baru Cina. Baru-baru ini, kecoh apabila sebuah sekolah di Semenanjung didesak untuk menanggalkan dekorasi Tahun Baru Cina gara-gara hiasan tersebut dilihat ‘berlebihan’ dan mempunyai agenda lain. Namun demikian, lain pula situasinya di Sarawak apabila sebuah kedai makan Melayu dihias indah dengan dekorasi Tahun Baru Cina.
Kedai makan Melayu yang bernama Nakhoda Cafe Jubel yang terletak di Marudi, Sarawak ini memilih untuk menghias kedai makannya dengan dekorasi Tahun Baru Cina. Menurut Jubel, pemilik kedai makan ini, dekorasi tersebut sudah menjadi kebiasaan setiap tahun dengan tujuan untuk menghargai pelanggan Cina yang sering berkunjung ke sana. Mesti banyak ‘ong’ kedey kitak, pakcik.
Siap Ada Persembahan Tarian Singa Depan Kedai
Paling menarik, persembahan tarian singa sering dipersembahkan di hadapan kedai makan beliau setiap kali Tahun Baru Cina. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tarian singa ini dibuat bagi menghalau semangat jahat dan membawa tuah dan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, Jubel menganggap tarian singa yang dipersembahkan di hadapan kedai beliau hanya dilakukan sebagai hiburan dan tanda menghormati budaya masyarakat Cina.
Tambahnya lagi, Marudi terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa dan tidak logik untuk kita bersikap ‘ignorance’ terhadap budaya yang ada dalam komuniti yang hidup bersama kita. Malah, Jubel mengatakan bahawa sikap sebegini merupakan sesuatu yang amat dibanggakan oleh rakyat Sarawak. Bena padah kitak.
Selain daripada Nakhoda Cafe Jubel, terdapat beberapa kedai makan Melayu di Marudi yang turut menghias kedai mereka dengan dekorasi seasonal ini. Confirm meriah kedai-kedai yang ada kat sana. Orang Marudi nang sporting eh!
Setakat hiasan, apalah sangat kan. Katanya hidup berbilang bangsa. Kalau ikutkan pengalaman kami semasa di bangku sekolah, bab dekorasi perayaan ini langsung tidak menjadi isu di Sarawak malah semakin digalakkan semata-mata untuk memenangi tempat pertama pertandingan keceriaan kelas. Toleransi is the key, gaiss!
Anda pernah jumpa mana-mana tempat atau individu yang sporting seperti Pakcik Jubel ini? Kongsikan di ruangan komen.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.