I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan

Oleh Nur Afifah 9 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Wang itu berniat digunakan untuk membayar sewa, kereta dan pembekal.

RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan. Malang memang tidak berbau. Kita juga tidak dapat meramal masa depan. Namun, di dalam dunia ini, ada masanya kita diuji dengan dugaan berat yang menyebabkan kita kerugian besar.

Inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang juga merupakan peniaga gerai di Kota Kinabalu, Sabah sebak apabila terpaksa merayu kepada orang ramai untuk mengembalikan wang miliknya sekiranya terjumpa.

RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan
RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan. Sumber: FB Natasyah Syahirah Surian Syah

Wang berjumlah RM5,400 dalam sampul surat putih hilang di Pasar Besar Kota Kinabalu

Wanita yang dikenali dengan nama Natasyah Syahirah itu menceritakan bahawa beliau kehilangan sejumlah wang bernilai RM 5,400 di Pasar Besar Kota Kinabalu pada 6 September 2022 yang lalu, sekitar jam 2 petang. Wang tersebut diletakkannya di dalam sampul surat berwarna putih.

Jelasnya lagi, wang tersebut adalah hasil kerja kerasnya pada bulan Ogos yang lalu bagi menampung kehidupan. Malah, wang itu juga adalah sumber untuknya membayar segala komitmen seperti sewa rumah, ansuran kereta, dan pembekal.

Syahirah sehelai pinggang

Kehilangan wang itu juga menyebabkan Syahirah kini sehelai sepinggang kerana pendapatan bersihnya tidak diketahui keberadaannya. Segala usaha telah dilakukan Syahirah termasuklah memeriksa segenap ruang Pasar Besar tersebut sehingga pasar tersebut tutup.

Lebih malang, usahanya bagai tersekat apabila pasar tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar pintas tertutup (CCTV). Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu juga sudah membantunya mencari sampul putih itu namun tidak berjaya menemuinya.

Meskipun hantaran beliau di laman Facebook telah tular dan mendapat perkongsian sebanyak lebih 7,000 shares, namun wang berkenaan masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Syahirah yang menangis mengenangkan nasib malangnya itu berasa sedikit lega apabila ramai individu di sekelilingnya yang memberi sokongan dan kata-kata positif bagi membantu beliau mengharungi detik hitam itu.

Terus berjual bagi menampung kerugiannya

Bagi menampung semula kerugian yang dialaminya, Syahirah tetap menjual di gerai kecilnya dengan jualan makanan seperti cendol cocktail perisa.

RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan
Gerai kecil Syahirah di Kota Kinabalu. Sumber: The Star

Dalam masa yang sama, peniaga kecil ini tetap berharap agar individu yang menjumpai sampul berkenaan lembut hati untuk mengembalikannya semula kepada beliau.

Walau bagaimanapun, sekiranya sampul itu tidak dijumpai dan dikembalikan, wanita ini berharap agar wang berkenaan tetap digunakan untuk tujuan yang baik, bermanfaat dan tidak disalahgunakan.

Bagi anda yang menjumpai sampul putih berisi wang di Pasar Besar KK pada petang 6 September 2022 (Selasa), sila hubungi Natasyah Syahirah di talian wasap.my/60102317548.

Ini pula kisah masyarakat yang kerugian berpuluh ribu ringgit akibat modus operandi scammer yang licik dan pelbagai rupa:

SUMBER : FB Natasyah Syahirah Surian Syah, The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terbaik Di Kuching, Nasi Lemak Ganja Ini Pasti Akan Buat Anda Ketagih
Next Article Selain Menghasilkan Gula Apong, Isi Buah Pokok Nipah Juga Amat Unik Dan Enak

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?