• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selain Menghasilkan Gula Apong, Isi Buah Pokok Nipah Juga Amat Unik Dan Enak

Oleh
Husna Hazmi
9 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pokok nipah sememangnya popular kerana ia menghasilkan gula apong.

Selain Menghasilkan Gula Apong, Isi Buah Pokok Nipah Juga Amat Unik Dan Enak. Jika anda penduduk tempatan di sini, anda pasti tahu mengenai gula apong yang merupakan air manisan diperbuat daripada air nira daripada pokok nipah dan banyak diperolehi di sepanjang sungai-sungai di Sarawak terutama di Kota Samarahan dan juga Betong.

Pokok Nipah bukan sahaja tumbuh subur di Bumi Kenyalang, ia juga tumbuh di seluruh Malaysia dan boleh juga ditemui di negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Tapi kali ini kita akan fokus kepada keunikan buah dari pokok nipah yang digelar buah nipah atau dalam bahasa Sarawak buah ‘tematuk’. Seperti pokok kelapa, pokok nipah juga dikenali sebagai pokok serbaguna kerana setiap bahagian pokok tersebut boleh dimanfaatkan.

Selain Menghasilkan Gula Apong, Isi Buah Pokok Nipah Juga Amat Unik Dan Enak
Selain Menghasilkan Gula Apong, Isi Buah Pokok Nipah Juga Amat Unik Dan Enak. Kredit gambar: FB Suhaimi Sapiee

Buah nipah tumbuh dari pangkal pokok dengan tangkai

Buah nipah tumbuh dari pangkal pokok dengan tangkai sepanjang 1 meter hingga 1.5 meter. Tangkai tersebut membentuk buah jenis mesocarp. Apabila masak, buah menjadi warna gelap kehitaman, boleh menghasilkan sehingga 30 biji hingga 50 biji untuk setiap tangkai. Buahnya adalah keras, bersegi, tersusun rapat dan membentuk satu kluster berbentuk bulat.

Buah ini dilitupi dengan kulit yang bertekstur seperti gabus dan akan gugur dan terapung ke dalam sungai apabila masak. Isi buah nipah boleh dimakan terutama sekali buahnya yang masih muda, bagi buah nipah yang tua pula, isinya agak keras.

Isi buah nipah berwarna putih kejernihan, ada yang mengatakan buahnya manis seakan-akan rambutan dan ada juga mengatakan rasanya manis semula jadi seperti isi kelapa muda.

Selain Menghasilkan Gula Apong, Isi Buah Pokok Nipah Juga Amat Unik Dan Enak

Buah nipah ini juga boleh dijadikan sebagai manisan

Boleh dimakan begitu sahaja, buah nipah ini juga boleh dijadikan sebagai manisan buah nipah, gula nipah, dan ada yang menggunakan bunga dan buah nipah ini untuk dibuat kerabu.

Tumbuh secara semulajadi, buah nipah mengandungi karbohidrat, antioksidan, serat, protein dan lemak.

Kini, buah ini agak sukar didapati dan tak ramai yang mengetahui tentang kewujudannya terutamanya di kalangan generasi muda.

Ketahui lagi buah-buah unik di sini:

Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara
Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa
SUMBER :Anim Agro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RM 5K Hilang Di Pasar, Peniaga Di KK Sebak Rayu Wang Bayar Hutang Dikembalikan
Next Article Jika Bukan Kerana Peristiwa Ini, Ratu Elizabeth II Tidak Akan Pernah Naik Takhta Monarki British Jika Bukan Kerana Peristiwa Ini, Ratu Elizabeth II Tidak Akan Pernah Naik Takhta Monarki British

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?