• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal

Oleh
ILB - AI
21 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Setiap kali menjelangnya Syawal, pasti meriah kampung kita dengan cahaya pelita

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal. Bertuntung merupakan tradisi Melayu Sarawak yang bermula setiap kali menjelang 7 likur sehingga 7 hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

Isi Isi Penting
  • Setiap kali menjelangnya Syawal, pasti meriah kampung kita dengan cahaya pelita
  • Bertuntung Asalnya Bermula Untuk Menerangi Jalan
  • Ada juga penjelasan yang mengatakan bahawa adat bertuntung ini disebabkan keadaan malam yang sangat gelap ketika menghampiri bulan baru. Kebetulan, beberapa malam sebelum raya adalah waktu hampir memasuki bulan Syawal. Jadi, maka amalan bertuntung bermula seawal 27 Ramadan hingga malam raya.
  • Bertuntung tidak terhad hanya di sekitar Kuching

Ada banyak teori dan versi sejarah tradisi bertuntung, salah satunya dipetik dari laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2011 :
“Serangan bom pesawat tentera British mungkin jadi permulaan tradisi bertuntung di Sarawak,” kata Pemanca Rosli Sahari, 71, ketika mengimbau kembali tradisi bertuntung di kalangan masyarakat Melayu yang menetap di tebing Sungai Sarawak.

Bertuntung Asalnya Bermula Untuk Menerangi Jalan

Bukan itu sahaja, adat bertuntung dengan menghias rumah serta jalan dengan cahaya lampu minyak tanah (kerosin) ini bermula sejak zaman penjajahan kolonial lagi. Disebabkan keadaan jalan pada zaman dahulu gelap dan tiada lampu jalan, maka penduduk akan menyalakan lampu kerosin di sepanjang jalan bermula 10 hari sebelum Hari Raya.

Tujuan asalnya adalah untuk menerangi jalan raya yang gelap, tapi ia akhirnya bertukar menjadi suatu amalan yang menceriakan suasana Hari Raya.

Ada juga penjelasan yang mengatakan bahawa adat bertuntung ini disebabkan keadaan malam yang sangat gelap ketika menghampiri bulan baru. Kebetulan, beberapa malam sebelum raya adalah waktu hampir memasuki bulan Syawal. Jadi, maka amalan bertuntung bermula seawal 27 Ramadan hingga malam raya.

Bertuntung menandakan kita semakin hampiri 1 Syawal dengan penduduk kampung akan mula sibuk membuat pelbagai persiapan.

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal
Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal

Kampung kampung Melayu terutamanya di kawasan Satok dan Petra Jaya terang benderang dihiasi dengan deretan pelita dan pintu gerbang yang kini diganti dengan lampu ‘lip-lap’ yang lebih mudah didapati berbanding dengan pelita yang memerlukan minyak tanah.

Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal

Bagi mereka yang membesar pada zaman 90an dan sekitar tahun 2000, pasti akan merasai kemeriahan bertuntung. Memori seperti bermain bunga api selepas habisnya solat sunat terawih, berbasikal mengelilingi kampung dan sebagainya pasti sesuatu yang sangat dirindui.

Bertuntung tidak terhad hanya di sekitar Kuching

Tradisi bertuntung ini tidak terhad di kawasan sekitar Kuching, malah kampung-kampung Melayu di seluruh Sarawak meraikannya. Contohnya, Kampung Tebakang di Serian turut meriah menyambut kedatangan Syawal setiap tahun.

Menurut Menarik Di Serian Dan Tebedu, penduduk di Kampung Tebakang Melayu masih mengekalkan tradisi memasang pelita atau ‘keriang’ dalam bahasa Sarawak. Ia dipasang menjelang 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan bertujuan memeriahkan suasana terakhir dalam bulan puasa.

Walau pun adat ini semakin dilupakan tatkala ada alternatif baharu menerangi malam raya, namun tradisi ini tetap dilakukan kerana ia membangkitkan suasana hari raya yang ceria dan indah. Adakah anda masih mengamalkan adat bertuntung?

Kongsikan momen bertuntung anda di ruangan komen. Selamat Hari Raya!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gelar Covid-19 'Krisis Palsu', Akhirnya Lelaki Ini Dijangkiti Gelar Covid-19 ‘Krisis Palsu’, Akhirnya Lelaki Ini Dijangkiti
Next Article Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?