• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Beri Cuti Tanpa Rekod Deepavali Pada 13 November

Oleh
Farisha
10 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kakitangan Awam Sarawak Dapat Cuti Tanpa Rekod Pada Hari Isnin

Kerajaan Sarawak Beri Cuti Tanpa Rekod Deepavali Pada 13 November. Kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan cuti tanpa rekod pada hari Isnin (13 Nov) kepada semua kakitangan awam yang beragama Hindu yang akan menyambut Deepavali.

Menurut sumber, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyatakan bahawa kelulusan permohonan cuti tanpa rekod bagaimanapun tertakluk kepada ketua jabatan.

Kerajaan Sarawak Beri Cuti Tanpa Rekod Deepavali Pada 13 November
Kerajaan Sarawak Beri Cuti Tanpa Rekod Deepavali Pada 13 November. Sumber foto: nst

Beliau berkata langkah itu adalah untuk memperbaiki keputusan satu edaran memorandum bulat tahun 1978 untuk membolehkan kakitangan awam Hindu memohon cuti tanpa rekod pada hari berikutnya apabila Deepavali jatuh pada hari Ahad.

“Kerajaan Sarawak pernah mengeluarkan Edaran Memorandum Bulat Bersama No.39 bertarikh 26 Okt 1978 untuk memberikan cuti tanpa rekod kepada kakitangan awam Sarawak yang menganut agama Hindu bagi meraikan Hari Deepavali selama satu (1) hari jika Hari Deepavali jatuh pada hari bekerja.

Kerajaan Sarawak membenarkan cuti tanpa rekod Hari Deepavali

“Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk membenarkan cuti tanpa rekod Hari Deepavali mengikut Edaran Memorandum Bulat Bersama No.39 bertarikh 26 Okt 1978 seperti berikut.

“Jika Deepavali jatuh pada hari bekerja, kakitangan awam boleh memohon cuti tanpa rekod pada hari tersebut; atau jika Deepavali jatuh pada hari Ahad, pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod pada hari bekerja seterusnya.

“Berhubung dengan itu, memandangkan Hari Deepavali 2023 jatuh pada hari Ahad, 12 Nov, maka pegawai yang menganut agama Hindu boleh memohon cuti dari ketua jabatan masing-masing,” katanya.

Isu timbul apabila doktor Hindu bimbang tidak dapat balik ke kampung halaman kerana tiada cuti Deepavali di Sarawak

Isu ini timbul selepas laporan mengenai seorang doktor Hindu di pedalaman Sarawak yang menyatakan kebimbangan tentang layanan yang berbeza, terutamanya dalam hal pulang ke Semenanjung untuk menyambut Deepavali.

Kebimbangan ini juga dikaitkan dengan kemungkinan ramai doktor yang mungkin menolak tugas di Sarawak, yang seterusnya boleh menyumbang kepada isu kekurangan kakitangan di sana.

Dengan pemberian cuti tanpa rekod ini, diharapkan dapat mengurangkan bebanan dan kebimbangan tersebut, sekaligus menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam menangani isu kepelbagaian dan keadilan dalam tempat kerja.

Malah,iIni juga merupakan langkah penting dalam memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara pelbagai agama dan budaya di Malaysia, khususnya di Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api
Kerajaan Sarawak Tidak Akan Ambil Alih Syarikat Penerbangan MYAirline, Hanya Fokus Pada MASwings
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu
Next Article Lelaki Blazer Merah Akui Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Rakyat Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?