• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Kesalahan Penggubahan Wang Haram

Oleh
Ismail NA
9 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ahli Parlimen Muar didapati bersalah atas 4 pertuduhan jenayah

Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Kesalahan Penggubahan Wang Haram. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, didapati bersalah hari ini atas kesalahan rasuah berkaitan penyelewengan dana yang dimiliki oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di mana beliau pernah berkhidmat sebagai ketuanya tiga tahun yang lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid menyatakan bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tuduhan ke atas Syed Saddiq, yang kini merupakan Presiden Parti Muda Malaysia. Sebanyak 30 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun 2022.

Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Kesalahan Penggubahan Wang Haram
Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Kesalahan Penggubahan Wang Haram. Kredit foto: BERNAMA

Kronologi kes Syed Saddiq

Untuk rekod, pertuduhan Syed Saddiq adalah seperti berikut:

  • Subahat pecah amanah RM1juta
  • Salah guna harta RM120,000
  • Pengubahan wang haram (2 tuduhan)

Beliau dituduh membantu bekas bendahari pembantu Armada, Rafiq Hakim Razali, yang dipercayai dengan RM1 juta dalam dana Armada, untuk melakukan pecah amanah jenayah dengan menyelewengkan dana tersebut. Beliau juga dituduh menyelewengkan RM120,000 dari akaun Maybank Islamik Bhd milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan mengarahkan Rafiq mengeluarkan wang tersebut; dan dua pertuduhan penggubahan wang haram​.

Pihak pendakwa raya mengemukakan hukuman penjara selama 3 tahun dan 1 sebatan untuk pertuduhan pecah amanah, penjara 2 tahun dan 1 sebatan untuk penyelewengan, hukuman 2 tahun dan denda RM 5 juta untuk pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 1 (AMLA1) dan hukuman yang sama untuk pertuduhan di bawah AMLA2. Jumlah keseluruhan hukuman adalah penjara selama 5 tahun, 2 kali sebatan, dan RM 10 juta (kesalahan AMLA dijalankan serentak).

Walau bagaimanapun, pihak pembelaan Syed Saddiq sedang membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman kepada anak guam dan hukuman akhir yang muktamad bergantung kepada budi bicara hakim Mahkamah Tinggi.

Berita lanjut menyusul.

Lagi artikel berkaitan Syed Saddiq:

‘Vote’ Laksa Sarawak Dari Laksa Penang, Undian Syed Saddiq Cetus Perang Antara Netizen
Tular Di Tiktok, Syed Saddiq Memakai Pakaian Tradisional Sabah Dan Sarawak Sempena Gawai Dan Kaamatan
SUMBER :Malay Mail
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pulau Lakei, Hidden Gem Di Kuching Yang Wajib Dikunjungi
Next Article Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching Sejarah Asal Usul Nama Kampung Nombor Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?