I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Notification Show More
Latest News
Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
14 Mei 2022
BeFunky collage379 Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian
Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian
14 Mei 2022
BeFunky collage 2022 01 24T154807.772 Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool'
Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar ‘Black Pearl Pool’
14 Mei 2022
blind massage 1 Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching
Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching
14 Mei 2022
Ini Adalah Panduan Untuk Buat Tuntutan Jika Barang Anda Hilang Akibat Kecuaian Syarikat Kurier
Panduan Tuntutan Jika Barang Anda Hilang Akibat Kecuaian Syarikat Kurier
14 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 14/05/22 8:09 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Kongsi
Sponsored

Restoran Ini Sudah Dikira Legend di Sarawak!

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu. Adakah anda tahu bahawa Sarawak juga mempunyai rangkaian restoran makanan segera? Perniagaan francais merupakan sejenis perniagaan yang membolehkan sesebuah restoran tersebut membuka cawangan di kawasan baru. Kebiasaannya, cawangan dibuka oleh individu yang berminat dengan membayar modal initial capital investment, yuran francais serta sejumlah royalti kepada syarikat asal. Untung banyak tu.

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.

Sponsored

1. SugarBun

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Kedai aiskrim SugarBun yang pertama. Kredit : The Borneo Post

SugarBun bermula dengan sebuah kedai ais krim yang terletak di Kenyalang Park, Kuching pada sekitar tahun 1979. Namun demikian, pengasas Sugarbun menyerahkan syer syarikat kepada pemegang saham yang baru pada tahun 1993 untuk dikembangkan. Pada ketika itu, syarikat ini sudah mempunyai 12 cawangan restoran di seluruh Sarawak. Sehingga kini, restoran ini dimiliki oleh Borneo Oil Berhad.

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Kedai Sugarbun pada awal operasinya. Kredit : SugarBun

Nasi Ayam Sugarbun, Nasi Yang Digemari Ramai

Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Menu laku keras di SugarBun. Kredit : Eat Drink KL

Menu yang paling diingati di SugarBun semestinya Nasi Ayam Sugarbun yang beraroma unik dan dicampur dengan kismis. Selain itu, pilihan Asian Food nya yang terdiri daripada Chicken Mushroom Soup, Sambal Eco Fish, Assam Eco Fish, dan Kari Ayam juga menjadi menu laris restoran ini.

Sponsored

Restoran Makanan Segera Miliki Banyak Gelaran ‘Pertama’ di Malaysia. Wow!

Untuk pengetahuan anda, SugarBun merupakan restoran makanan segera yang banyak memiliki gelaran “Pertama” di Malaysia. Antaranya ialah restoran makanan segera pertama Malaysia yang mencapai pengiktirafan MS ISO 9002 dan francais makanan segera Malaysia pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain itu, SugarBun juga merupakan restoran makanan segera Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabangsa. Fuhh, ini baru betul legend!

P1210136 001 Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
Kedai SugarBun di Kuala Lumpur. Kredit : Business Today

Sehingga hari ini, SugarBun telah membuka sebanyak 89 cawangan di dalam dan luar negara termasuklah di Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Labuan, Australia, Brunei, Bangladesh dan Pulau Solomon.

Sponsored

2. SCR (Singapore Chicken Rice)

2015 12 30 Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu

Singapore Chicken Rice atau nama singkatannya SCR merupakan francais restoran segera nasi ayam yang turut diasaskan di Sarawak. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Johnson Tan. Pada asalnya, niat pembukaan restoran ini sebenarnya untuk menolong seorang rakan memulakan pekerjaan di Kuching setelah lama bekerja dengan Johnson di Singapura. Akhirnya, restoran Singapore Chicken Rice ditubuhkan bersama rakan kongsi, William Chen dan dibantu oleh chef Singapura, Tan Get Meng. Operasi pertama restoran ini bermula di Jalan Song Thian Cheok, Kuching dengan keluasan kedai sekitar 1,200 kaki persegi dilengkapi penyaman udara.

Konsep Restoran Ber’Aircond‘ Titik Mula Kemegahan SCR

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Kredit : The Borneo Post

Konsep kedai SCR ketika ia mula diperkenalkan adalah untuk menyediakan servis hidangan nasi ayam dalam sebuah ruang restoran berpenghawa dingin dengan pekerja yang lengkap beruniform. Pada ketika itu, nasi ayam kebanyakannya dijual di kedai kopi dan kopitiam. Disebabkan konsep nya yang lain daripada yang lain, SCR berkembang menjadi sebuah francais restoran yang mesra keluarga dengan persekitaran yang bersih dan selesa.

Sponsored

Cawangan Bukan Sahaja di Sarawak, Brunei dan Indonesia Pun Ada!

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.

SCR kini telah mempunyai sub-brand iaitu SCR Express yang menggabungkan menu lama dan menu baru. Antara bestselling menu tentunya pilihan nasi ayam sama ada steamed atau pun fried, baby kailan in oyster sauce, beancurd in oyster sauce dan chicken meat roll. SCR kini telah mempunyai sebanyak 30 cawangan restoran termasuklah di Brunei dan Indonesia.

Mesti ada yang baru tahu tentang sejarah restoran francais asal Sarawak ini kan? Semoga lebih banyak restoran jenama Sarawak seperti ini mampu berkembang dan menembusi pasaran dunia. Siapa tak bangga kalau tiba-tiba ada Sugarbun dan SCR dekat New York kan? Suatu hari nanti, siapa tahu.

Sponsored

Kami juga telah berjaya mencipta semula resipi Nasi Sugarbun ini untuk anda. Boleh tonton video penuh resipi di sini :

Jangan lupa like dan share post ini. Untuk lebih banyak cerita menarik, follow kami di laman sosial :

Facebook : I Love Borneo

Sponsored

Instagram : @iloveborneomy

Youtube : I Love Borneo

Sponsored
Nur Afifah 14 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage379 Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

BeFunky collage379 Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian
Cerita Borneo

Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian

14 Mei 2022
Ini Adalah Panduan Untuk Buat Tuntutan Jika Barang Anda Hilang Akibat Kecuaian Syarikat Kurier
Cerita Borneo

Panduan Tuntutan Jika Barang Anda Hilang Akibat Kecuaian Syarikat Kurier

14 Mei 2022
44D6AEB0 0978 4D39 9097 9D732E8FFBAD SEA Games 2022: Giliran Jacky Wong, Atlet Sarikei Sumbang Emas Ke-13 Malaysia
Cerita Borneo

SEA Games 2022: Giliran Jacky Wong, Atlet Sarikei Sumbang Emas Ke-13 Malaysia

14 Mei 2022
E6BEF791 8707 4957 B242 5A3B399807C6 SEA Games 2022: Lontaran Ratu Besi Sarawak Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-12
Cerita Borneo

SEA Games 2022: Lontaran Ratu Besi Sarawak Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-12

14 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?