• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sejarah Tercipta, PM Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNTech

Oleh
Husna Hazmi
24 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perdana Menteri terima vaksin Pfizer-Biotech.

Sejarah Tercipta, PM Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNTech. Hari ini merupakan detik simbolik yang penuh sejarah bagi Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi individu pertama di negara ini untuk menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Beliau telah menerima vaksin tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11 jam 2.42 petang oleh jurusuntik yang dilantik Kementerian Kesihatan, Lina Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Suntikan vaksin kemudiannya disusuli oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya yang juga turut menerima vaksin hari ini.

Sejarah Tercipta, PM Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNTech
SSejarah Tercipta, PM Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNTech

Barisan hadapan yang terlibat

Barisan hadapan yang terlibat adalah, Dr Tan Yee Ling, 30, (pegawai perubatan); Sheila Melissa Sikin, 31, (jururawat), Khairul Asraf Mohd Yasin, 44, (penolong pegawai perubatan) dan Clement Marai Francism 36, (pemandu).

Mereka sebelum itu telah diberikan taklimat penerimaan vaksin dan menandatangani borang persetujuan serta kebenaran vaksin.

Kesemua penerima akan dipantau 30 minit selepas disuntik sebelum pelepasan diberikan kepada mereka.

Sejarah Tercipta, PM Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNTech

Ini adalah apa yang perlu tahu berhubung perjalanan proses pemberian vaksin:

1. Setiap vaksin yang ditempatkan di 54 Pusat Simpanan Vaksin (PSV) seluruh negara perlu disimpan di dalam Penyejuk Beku Bersuhu Ultra-Rendah (Ultra Low Temperature Freezer – ULTF) dengan suhu -90°C sehingga -60°C bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan optimum.

2. Jangka hayat vaksin dalam penyejuk beku yang disimpan di PSV adalah enam bulan daripada tarikh pengilangan.

3. Bagi tujuan penghantaran bekalan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara, vaksin akan dipindahkan ke kotak simpanan sejuk dengan suhu simpanan 2°C hingga 8°C.

Sejarah Tercipta, PM Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNTech

4. Vaksin kemudiannya akan disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) dengan suhu penyimpanan yang sama setelah tiba di PPV.

5. Setibanya di PPV, vaksin yang disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C mempunyai jangka hayat sehingga lima hari atau bersamaan dengan 120 jam sebelum diberikan kepada penerima.

Sehingga kini, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan secara keseluruhannya terdapat 54 lokasi PSV dan 605 lokasi PPV di seluruh negara.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semua Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Ditangguhkan Hingga 31 Mac Semua Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Ditangguhkan Hingga 31 Mac
Next Article Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?