• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Selamba Jual ‘Pork Stick’ Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti

Oleh
Aina Musa
29 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Selamba Jual 'Pork Stick' Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti

Tak jaga sensitiviti umat islam langsung!

Selamba Jual ‘Pork Stick’ Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti. Bagi umat islam, bazar ramadan merupakan acara yang ditunggu-tunggu setiap kali bulan puasa. Tidak kisah dimana anda berada sama ada di Malaysia, Brunei dan Singapura bazar ramadan boleh dikatakan salah satu tradisi setiap kali bulan puasa untuk mendapatkan juadah-juadah yang rare dan unik untuk berbuka. Ibarat ‘tak lengkap’ puasa kalau tak berkunjung ke bazar!

Hari ini, umat islam dikejutkan dengan satu kontroversi mengenai penemuan jualan daging babi di sebuah gerai bazar ramadan di Singapura. Kecoh mengenai insiden itu kerana isu tersebut merupakan isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan perkara haram dan halal.

Selamba Jual 'Pork Stick' Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti
Selamba Jual ‘Pork Stick’ Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti. Kredit: Facebook

Beberapa gerai dilihat selamba jual daging babi

Menurut laporan Cocunut Singapura, di bazar Ramadan, pengunjung biasanya datang untuk membeli juadah makanan yang diketahui umum adalah halal.

Bagaimanapun, di Bazar Raya Utara di Marsiling, baru-baru ini difahamkan terdapat gerai menjual daging babi di bazar tersebut.

Menurut catatan rasmi dari jawatankuasa kejiranan, “pada hujung minggu yang lalu, terdapat ketidakpatuhan di Bazar Raya Utara kami. Pejabat Kawasan Pilihan Raya Marsiling melaporkan bahawa terdapat penjual-penjual yang menjual daging babi di antara gerai-gerai yang lain”

Selamba Jual 'Pork Stick' Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti

“Pihak penganjur telah berhubung dengan pengendali dan telah mengambil tindakan pembetulan segera untuk menghentikan penjualan daging babi.”

Kenyataan itu diakhiri dengan, “Akhir sekali, kami ingin memberi jaminan kepada semua penduduk dan pengunjung bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengalaman Ramadan yang terbaik, ini termasuk persembahan pada hujung minggu dan juga juadah halal untuk umat Islam.”

Kenyataan itu tidak mendapat sambutan orang ramai, malah dikecam oleh orang ramai.

Sebahagian netizen merasakan bahawa jawatankuasa kurang sensitiviti terhadap umat Islam memandangkan ia diperkenalkan sebagai bazar Ramadan.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pihak penganjur.

Tambah netizen, pihak penganjur sekadar mahukan keuntungan tanpa mengambil kira faktor halal dan haram.

Netizen juga menggesa agar bazar itu tidak dijenamakan sebagai bazar ramadan, tetapi sebagai ‘pasar malam’ untuk memberi peluang kepada gerai-gerai yang lain untuk masuk berniaga.

Baca lagi artikel terkini:

Pelajar Tingkatan 5 Ditemui Mati Di Bau, Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan
‘Boyak’ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Tingkatan 5 Ditemui Mati Di Bau, Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan Pelajar Tingkatan 5 Ditemui Mati Di Bau, Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan
Next Article 11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023 11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?