• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Serang Bapa Dan Isteri Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 40 Bulan Di Kuching

Oleh
Farisha
27 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Hukuman penjara untuk penganiayaan fizikal terhadap bapa dan isteri

Serang Bapa Dan Isteri Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 40 Bulan Di Kuching. Seorang lelaki yang mengamuk dan mencederakan bapa dan isterinya dengan kayu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Menurut laporan, Kamri Kamil, 46 tahun, mengaku bersalah selepas dia didakwa dengan dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Serang Bapa Dan Isteri Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 40 Bulan Di Kuching
Serang Bapa Dan Isteri Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 40 Bulan Di Kuching. Sumber: satu berita

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut setelah disabitkan.

20 bulan bagi setiap pertuduhan

Hakim Saiful Bahari Admi menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan bagi setiap pertuduhan ke atas Kamri dan memerintahkan agar hukuman itu dijalankan secara serentak.

Berdasarkan fakta kes, Kamri mengamuk di sebuah rumah di Kampung Lidah Tanah, Siniawan, Bau, pada 19 Januari 2024, sekitar jam 10 malam.

Pukul bahu isteri dan pukul kepala bapanya menggunakan kayu

Dalam kejadian itu, Kamri mencederakan isterinya yang berusia 34 tahun dengan memukul bahu kirinya dan juga memukul bapa berusia 68 tahun di kepalanya dengan sebatang kayu.

Selepas itu, bapa Kamri dihantar ke Hospital Umum Sarawak dengan ambulans untuk rawatan, manakala isterinya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kamri kemudiannya ditahan pada malam yang sama, dan polis juga merampas sebatang kayu yang digunakan oleh Kamri untuk mencederakan mangsa.

Bapanya mengalami keretakan pada kulit kepala

Siasatan mendedahkan isteri Kamri disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahu kirinya, manakala bapanya pula disahkan mengalami keretakan pada kulit kepala kiri serta kecederaan tisu lembut di tangan kirinya.

Mangsa difahamkan tidak mengetahui sebab di sebalik tindakan Kamri. Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri mendakwa kes itu manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Berang Disuruh Keluar Cari Kerja, Penganggur Mengamuk Tergamak Tetak Bapa Guna Parang
Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Jual Aksesori Kenderaan Di Kuching, Barangan Bernilai RM442,977 Berjaya Dirampas Kantoi Jual Aksesori Kenderaan Tiruan, Premis Di Kuching Ini Diserbu
Next Article Polis Buru Suspek Ragut Dua Beranak Dihadapan Gereja Di Miri Polis Buru Suspek Ragut Dua Beranak Dihadapan Gereja Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?