• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen

Oleh
Ismail NA
1 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

“94% tidak memuaskan. Saya ulang, 94% tidak memuaskan!” – Netizen

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen. Adakah perkara ini benar-benar seperti yang dilaporkan? Nampaknya netizen tidak begitu bersetuju dengan kenyataan ini.

Isi Isi Penting
  • “94% tidak memuaskan. Saya ulang, 94% tidak memuaskan!” – Netizen
  • Laporan ini mengundang respon tidak puas hati netizen
  • Malaysia di tangga ke-7 dari seluruh negara ASEAN dari segi kelajuan purata internet
  • Masalah ketiadaan liputan internet di kawasan berpenduduk terutamanya di Sabah dan Sarawak dapat dilihat dengan ketara sejak sesi pembelajaran sekolah diadakan secara dalam talian. Berikut cerita berkaitan yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Menerusi sebuah kenyataan media yang dimuat naik oleh akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tersebut memberitahu kepada orang awam bahawa liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Malaysia kini sudah mencecah 94% berbanding 91.8% pada September 2020. Difahamkan, tahap peningkatan ini bermula sejak pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada September tahun lalu.

Bukan itu sahaja, SKMM juga menjelaskan bahawa purata kelajuan jalur lebar mudah alih negara juga menunjukkan petanda positif apabila kini telah meningkat daripada 25 Mbps kepada purata 29.14 Mbps. Sebanyak 6.255 juta premis di seluruh negara juga telah diliputi dengan rangkaian gentian optik berbanding 4.95 juta premis pada September 2020.

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen. Sumber : FB SKMM
SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM

Laporan ini mengundang respon tidak puas hati netizen

Namun demikian, laporan yang dikeluarkan oleh SKMM ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan liputan internet di negara ini. Ada yang mengadu bahawa kawasan mereka langsung tidak ada liputan 4G. Lebih mendukacitakan, liputan H+ juga amat sukar untuk diperolehi.

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM

Menurut segelintir netizen, mereka sudah pun acap kali menghantar aduan ke platform aduan SKMM namun respon yang diterima hanyalah bertanyakan nombor aduan dan ‘janji’ untuk mengemukakan jawapan kepada pengadu dalam masa 7 hari bekerja.

Walau bagaimanapun, setelah 7 hari, rata-rata tidak menerima apa-apa khabar berita daripada pihak berwajib menyebabkan masalah liputan internet tidak berkesudahan.

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM
SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM
SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM

Di kala kebanyakan sektor pekerjaan serta persekolahan sangat bergantung kepada liputan internet untuk melaksanakan kerja dalam talian dan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdPR), penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman terpaksa masuk ke kawasan hutan dan menaiki bukit tinggi untuk mendapatkan liputan internet.

Jika benar liputan internet 4G di seluruh negara sudah mencapai 94%, mengapa terdapat banyak aduan ketidakpuasan hati yang dilemparkan oleh netizen?

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM
SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : FB SKMM

Malaysia di tangga ke-7 dari seluruh negara ASEAN dari segi kelajuan purata internet

Berdasarkan laporan Global Index for December 2020 oleh Speedtest, Malaysia masih berada jauh di belakang negara rantau asia tenggara yang lain dari segi kelajuan purata liputan internet. Dalam laporan tersebut, Malaysia berada di tangga ke-7 berbanding Singapura (66.82 Mbps), Thailand (51.75 Mbps), Vietnam (34.51 Mbps), Brunei (34.32 Mbps), Laos (28.28 Mbps) dan Myanmar (26.08 Mbps).

SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Sumber : Speedtest.net via ASEAN urbanist

Untuk pengetahuan anda juga, kebanyakan negara di Asia Tenggara juga telah melancarkan servis liputan 5G. Antaranya adalah seperti Thailand, Singapura, Vietnam, Laos, dan Filipina. Malaysia sehingga kini masih menangguhkan servis liputan 5G sehingga penghujung tahun 2022 ataupun pada awal tahun 2023.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah kawasan anda juga masih belum mempunyai liputan internet asas seeperti 4G ini? Kongsikan di ruangan komen.

Masalah ketiadaan liputan internet di kawasan berpenduduk terutamanya di Sabah dan Sarawak dapat dilihat dengan ketara sejak sesi pembelajaran sekolah diadakan secara dalam talian. Berikut cerita berkaitan yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kapasiti Harian Jemaah Dinaikkan Kepada 100,000 Untuk Menunaikan Ibadah Umrah
Next Article Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?