• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cerita Rakyat: Sorita Boruruk, Legenda Perang Antara Suku Tatana-Bisaya Membawa Perdamaian

Oleh
Nazihah AN
22 Mei 2025
Kongsi
4 Min Bacaan
Cerita Rakyat: Sorita Boruruk, Legenda Perang Antara Suku Tatana-Bisaya Membawa Perdamaian

Legenda Perang dan Damai Suku Tatana-Bisaya

Cerita Rakyat: Sorita Boruruk, Legenda Perang Antara Suku Tatana-Bisaya Membawa Perdamaian. Di sebalik kehijauan alam dan alunan ombak Kuala Penyu, tersimpan satu warisan kisah rakyat yang diceritakan dari bibir ke bibir, generasi ke generasi — Sorita Boruruk.

Ini bukan sekadar cerita, tetapi refleksi kepada identiti, sejarah dan kekayaan budaya Suku Tatana yang pernah bergolak antara hidup dan mitos, antara peperangan dan perdamaian.

Cerita Rakyat: Sorita Boruruk, Legenda Perang Antara Suku Tatana-Bisaya Membawa Perdamaian
Gambar sekadar illustrasi

Legenda Bermula di Tepi Perigi

Menurut dua orang warga emas yang merupakan penjaga kisah lisan di Kuala Penyu, cerita Sorita Boruruk bermula dengan dua beradik yang mahu mandi di sebuah perigi. Di situlah tragedi bermula. Si adik perempuan tertarik dengan sekuntum bunga merah yang terapung dan tiba-tiba ditarik masuk ke dalam perigi oleh sesuatu yang tidak kelihatan — dipercayai makhluk ghaib bernama Boruruk.

Penduduk kampung yang cuba menyelamatkan gadis tersebut akhirnya menemui makhluk ular besar di dasar perigi. Mereka membunuhnya dan menemukan mayat si adik di dalam perut Boruruk. Dengan alat tradisional dipanggil sugira, mereka mengangkat makhluk itu — lalu kawasan tersebut dinamakan Kampung Kosugira. Kayu marabau yang digunakan pula berasal dari Kampung Marabau.

Gendang Mistik dan Amukan Berdarah

Kulit Boruruk dijadikan gendang sebagai tanda penghormatan. Namun, gendang itu membawa bencana — ia mencetuskan kemarahan luar kawalan kepada sesiapa yang mendengarnya, kecuali wanita mengandung. Kejadian tragis ini menyebabkan gendang tersebut dibuang ke sungai dan hanyut ke perkampungan Suku Bisaya. Malangnya, tragedi yang sama berulang, hingga menyemarakkan salah faham dan kemarahan antara dua suku.

Perang, Pelarian dan Legenda Gua

Suku Bisaya menyerang dengan angkatan besar, menyebabkan Suku Tatana berundur hingga ke Tambunan dan Sungai Klias. Ada yang menyembunyikan diri dalam gua bawah tanah. Di sanalah mereka bertahan hidup dan menganyam rotan. Ketika musuh menyiram minyak panas ke dalam gua, mereka bernasib baik kerana hanya kawasan pintu gua yang terjejas. Mereka selamat dan kembali ke kampung setelah keadaan reda — lalu merujuk diri mereka sebagai “Tatana”, berasal dari pengalaman ‘di bawah tanah’.

Minyak Monyet dan Senjata Rahsia

Kemudian datang pula gangguan daripada monyet yang memusnahkan tanaman. Monyet itu ditangkap, dimasak dan lemaknya dikumpul. Malangnya, daging tersebut menyebabkan ramai pengsan. Hanya seorang wanita buta yang terselamat. Dalam mimpinya, seorang nenek tua memberi petunjuk — gunakan air rendaman tulang monyet sebagai penawar. Ajaibnya, semua penduduk sembuh.

Minyak dan tulang monyet itu kemudian disimpan sebagai senjata rahsia. Apabila Suku Bisaya datang menyerang sekali lagi, minyak ini digunakan sebagai perlindungan. Sesiapa yang terkena minyak ini akan terus pengsan. Keadaan ini mengejutkan musuh dan akhirnya membawa kepada perdamaian.

Perdamaian dan Jalinan Keluarga

Perang diganti dengan perdamaian. Suku Tatana dan Suku Bisaya mula menjalin hubungan kekeluargaan, berkahwin campur dan belajar bahasa masing-masing. Legenda Sorita Boruruk bukan sekadar kisah perigi dan gendang, tetapi sejarah perpaduan, kepintaran, dan kekuatan sebuah suku dalam menghadapi cabaran dengan cara mereka sendiri.

Hari ini, kisah ini masih hidup dalam ingatan segelintir penjaga budaya di Kuala Penyu — satu peringatan bahawa walaupun kisah lama mungkin berbeza dari satu pencerita ke satu pencerita, namun semangat dan nilai di sebaliknya tetap utuh.

Sumber :

1. Phyllis A Dunn – Some Aspect of Tatana Oral Literature (1983)
2. Inka Pekkanen (1981)
3. OKK Rashid Din Hatt (1983)
4. Matthew Hunggim (1983)
5. Moto Olong (1983)
6. Niang Ong Kiau (1983)
7. Gregerson Marilyn Bergman (1969)
8. Loewen Jacob (1969)
9. Malinowski, Bronislaw (1948)
10. Kenneth D Smith (1982)

Nota : Temu bual respondant di buat dari tahun 1981 sehingga 1982 dan kompilasi di susun pada tahun 1983.

Baca juga cerita rakyat di bawah:

Ketahui Sejarah Ngeri ‘Batu Sumpah Kimanis’ Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah
Ketahui Monsopiad, Legenda Pemburu Kepala Di Sabah

SUMBER :Jabatan Arkib Negeri Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Geng ‘Amy’ Tumpas, Polis Sabah Berjaya Bongkar Aktiviti Pecah Rumah Sekitar Kota Kinabalu
Next Article Ketahui Tiboduk, Kuih Tradisional Dari Etnik Bidayuh Dalam Buluh Yang Unik Ketahui Tiboduk, Kuih Tradisional Dari Etnik Bidayuh Dalam Buluh Yang Unik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?