Namanya adalah Laksamana Cut Keumalahyati
Tahukah Anda Laksamana Wanita Pertama Di Dunia Moden Berasal Dari Alam Melayu? Jarang sekali kita mendengar wanita memegang kedudukan dalam angkatan tentera pada zaman dahulu, apa lagi laksamana!
Dunia Melayu telah melahirkan pelbagai pahlawan penting seperti Hang Tuah dan Tok Janggut. Sebut sahaja nama mereka ini, kisah tentang aksi kepahlawanan mereka telah terkenal di kalangan rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, Hang Tuah terkenal sebagai pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan tanah pertiwinya. Untuk Tok Janggut pula, beliau dimuliakan oleh rakyat kerana menentang pemerintah Inggeris dalam usaha keadilan sosial dan kebebasan politik dan juga menentang kekuasaan Sultan kerana baginda menyokong dasar British.
Selain mereka ini, salah seorang lagi telah mengukir sejarah apabila menjadi laksamana wanita pertama bukan sahaja di alam Melayu bahkan di dunia. Nama beliau adalah Laksamana Cut Keumalahyati. Dihormati oleh askar Acheh dan jeneral lain pada zamannya, beliau juga telah membuktikan dirinya sebagai laksamana legenda dalam beberapa pertempuran dengan Portugis dan Belanda.
Berkhidmat dalam Kesultanan Acheh sekitar abad ke-16
Laksamana Cut Keumalahayati atau juga dikenali sebagai Malahayati, merupakan laksamana wanita pertama di dunia. Pasukannya diambil dari janda-janda Acheh dan tenteranya digelar “Inong Balee“, sempena Benteng Inong Balee berhampiran kota Banda Acheh.
Sebilangan sejarawan menilai beliau sama dengan Semiramis dan Catherine the Great, malah rujukan tentangnya dapat ditemukan dalam beberapa sastera Cina dan Barat.
Beliau lahir pada tahun 1585 dan berketurunan bangsawan Acheh, dengan bapa dan datuknya sendiri pun berjawatan laksamana. Membesar dengan pengaruhan ketenteraan, Malahayati memilih ketenteraan sebagai kerjayanya dan melanjutkan pelajarannya ke Maahad Baitul Maqdis di Banda Acheh pada masa itu.
Merupakan sebuah pusat pengajian ketenteraan di Acheh pada masa itu dan dipimpin oleh seorang pahlawan berbangsi Turki iaitu Pasha Khizir Reis, Malahayati membelajari semua ilmu ketenteraan di sini. Di sini juga beliau bertemu dengan seorang lelaki anak bangsawan dari Meulaboh iaitu Tunku Mahmuddin Said Al Latief, yang kemudian menjadi suaminya.
Setelah habis melanjutkan pelajaran, beliau dilantik oleh Sultan Acheh iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil sebagai Ketua Protokol Istana Daruddunia. Suaminya pula dilantik sebagai Laksamana Acheh yang bertanggungjawab mengetuai armada laut Acheh yang mengawal dan menguasai Selat Melaka pada masa itu.
Suami terkorban semasa pertempuran, Malahayati menjadi laksamana mengetuai rejimen askar wanita
Sebuah peperangan besar berlaku antara tentera Acheh dan Portugis di Teluk Haru. Diketuai oleh suami Malahayati, iaitu Tunku Mahmuddin Said Al Latief, tentera Acheh muncul sebagai pemenang peperangan itu namun dengan kerugian yang sangat dahsyat. Bukan sahaja tentera Acheh mengalami kehilangan terlalu banyak anggota, salah seorang yang juga telah terkorban adalah Tunku Mahmuddin Said Al Latief.
Sedih kerana kehilangan suaminya tetapi terpaksa menerima hakikat, Malahayati bersumpah di hadapan Sultan Alauddin Syah Al Mukammil bahawa beliau akan menuntut bela atas kematian suaminya. Malahayati memutuskan untuk meneruskan perjuangan suaminya, biarpun sendiri.
Permintaan beliau diterima oleh Sultan itu dan baginda menubuhkan sebuah rejimen khas untuk wanita. Malahayati kemudian dijadikan ketua laksamana rejimen ini.
Yang membuat Inong Balee unik pada masa itu adalah bukan sahaja ia dianggotai wanita, mereka adalah kalangan janda-janda pahlawan Acheh yang terkorban di Teluk Haru.
Pada awalnya, tentera ini mempunyai 1000 anggota sahaja tetapi ia membesar menjadi 2000 anggota. Pertambahan ini berpunca dari penyertaan gadis-gadis muda yang ingin menjadi mujahidah dan syahid di jalan Allah.
Sebuah kubu pertahanan iaitu Benteng Inong Balee dibina oleh Malahayati dan dijadikan tempat perlindungan kaum wanita yang kehilangan suami di medan perang.
Kekuatan Malahayati sangat hebat, sehingga armada tentera laut yang diketuainya mempunyai sebanyak 100 kapal geliung besar, yang boleh memuatkan setiap kapal seramai 400 hingga 500 orang! Setiap kapal geliung Acheh pula mempunyai sebanyak 5 buah meriam!
Ditakuti oleh semua
Malahayati memimpin tenteranya untuk menjadi salah satu pasukan pertempuran yang paling ditakuti oleh ramai. Armada beliau yang berkeliaran di Sumatera tak dinafikan no match oleh armada lain pada waktu itu.
Beliau begitu disegan sehingga Belanda memutuskan untuk menyerang Sumatera pada tahun 1600. Dengan hanya pergi dan menculik Laksamana Kanan Van Neck, menenggelamkan sebahagian besar armada Belanda dan membunuh Komandan Kanan mereka iaitu De Houtman, Malahayati menghantar mesej yang sungguh bermakna sehingga Belanda datang meminta perjanjian damai. Perjanjian ini ditandangani ketika Belanda memohon maaf dan bersetuju untuk tidak kembali.
Susulan itu, Belanda membayar 50 ribu gulden sebagai ganti rugi atas tindakan mereka, sementara Malahayati membebaskan tahanan Belanda. Selepas perjanjian itu, Sultan menghantar tiga utusan ke Belanda.
Reputasi Malahayati sebagai penjaga Kerajaan Acheh menyebabkan Inggeris memilih kaedah diplomatik yang damai untuk memasuki Selat Melaka. Surat dari Ratu Elizabeth I dibawa oleh James Lancaster kepada Sultan Acheh dan Malahayati yang memimpin perundingan dengan James Lancaster.
Perjanjian tersebut membuka jalan Inggeris ke Jawa dan mereka segera membangun pejabat pedagang di Banten. Sebagai penghargaan, Ratu Elizabeth 1 menganugerahkan James Lancaster knighthood atas kejayaannya melakukan diplomasi di Acheh dan Banten.
Seorang wanita yang bersejarah
Pemerintahan Malahayati sebagai pelindung kerajaan Acheh berakhir apabila beliau terkorban semasa pertempuran dengan armada Portugis di Teuluk Krueng Raya.
Laksamana ini dikebumikan di lereng Bukit Kota Dalam, sebuah perkampungan nelayan kecil sekitar 34km dari Banda Acheh.
Kini, kebanyakan kapal tentera laut, universiti, hospital dan jalan raya di beberapa kota Sumatra dinamakan sempena beliau. Keberanian dan kebijaksanaan beliau sebagai laksamana wanita yang dihormati telah menempatkannya antara laksamana terhebat yang pernah hidup.