I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak

Last updated: 23/07/22 1:22 PM
Aina Syafiqah Musa
Kongsi
3 Min Bacaan
Cycle For Cancer Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
Cycle For Cancer Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
Kongsi

Kayuhan sejauh 1100 kilometer

‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Malaysian Medical Association (MMA) akan bekerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi mengumpul dana untuk pesakit kanser menerusi kempen ‘Cycle for Cancer 2022’ dari 15 hingga 24 Julai ini.

Sebagai permulaan, ‘Team’ basikal MMA ini menyasarkan sumbangan sebanyak RM 50,000 daripada orang awam. Laluan kayuhan pula akan meliputi lebih 1,100km dari Sandakan, Sabah, ke Sibu, Sarawak, di mana ibu pejabat MAKNA berada.

'Cycle For Cancer' Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Kredit Foto: FB Cycle For Cancer

Menurut president MMA, Dr Koh Kar Chai, kanser adalah penyakit yang memusnahkan kedua-dua individu dan komuniti. Penyakit ini sukar diubati dan mengambil masa yang lama untuk sembuh sehingga memberi kesan kepada mental, emosi, fizikal dan kewangan yang serius.

Tujuan misi ‘Cycle For Cancer’

Dana yang dikumpul melalui ‘Cycle for Cancer’ akan membantu menyokong pelbagai keperluan pesakit kanser di Malaysia.

Kayuhan amal ini mengambil masa selama 10 hari yang akan meliputi kayuhan sejauh 1100 kilometer dari Timur Pantai Sabah, di atas bukit-bukit yang indah di Banjaran Crocker melepasi gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Kemudian, kayuhan akan dilakukan di sepanjang pantai barat di Sabah.

'Cycle For Cancer' Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
Hari ke- 8 di Kampung Lajong, Kuala Niah to Bintulu. Kredit Foto: FB Cycle For Cancer

‘Team basikal’ ini kemudiannya akan melalui laluan pantai menyeberangi sempadan Sarawak (dan Brunei) ke arah bandar Sibu dan akhir sekali ke Pejabat MAKNA.

Ini bermakna kayuhan basikal ini akan berakhir di Sibu pada 24 Julai ini.

Menariknya, sukarelawan yang terlibat bukan sahaja dari kalangan pihak doktor, peguam malah turut disertai oleh ‘pejuang’ kanser sendiri sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.

'Cycle For Cancer' Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Kredit Foto: FB Cycle For Cancer

‘Pejuang’ Kanser Tiriod’ antara yang terlibat

Danny Goh yang berusia 56 tahun dan merupakan anak jati Kota Kinabalu, Sabah antara individu yang terlibat untuk misi ‘Cycle For Cancer’ ini.

Beliau merupakan pesakit kanser tiroid tahap 4 sejak 2016 dan kini menjalani oral chemotherapy.

'Cycle For Cancer' Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak
‘Cycle For Cancer’ Kayuhan Basikal Dari Sabah Ke Sarawak. Danny Goh ‘pejuang’ kanser Tiriod. Kredit Foto : FB Danny Goh

Untuk misi ini, beliau telah mengetuai krew logistik bersama-sama dengan sukarelawan yang lain.

Kayuhan ini mungkin kedengaran mustahil pada sesetengah orang, namun tidak bagi ‘team basikal’ dari Sabah ini yang telah menjalankan misi mereka bermula pada 15 Julai lepas.

Baca lebih lagi artikel event menarik berkaitan :

SUMBER : FB Cycle for Cancer 2022, Suria Hj Adenan
Aina Syafiqah Musa 23 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan [VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis
Next Article Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?