• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih

Oleh
Nazihah AN
5 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih

Kejadian berlaku di Jalan Kemena, Bintulu

Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih. Pihak polis kini sedang mencari pemandu kereta Toyota Vios putih di Bintulu. Difahamkan berlakunya kejadian apabila pemandu tersebut bertindak mengasari penunggang motosikal berjaya dirakam melalui dashcam netizen.

Menerusi laporan media tempatan, sebuah rakaman video berdurasi 14 saat tersebut telah tular di laman Facebook setelah dimuat naik pada 3 Disember 2023.

Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih
Gara-Gara Tampar Penunggang Motorsikal Di Bintulu, Pihak Polis Kini Cari Pemandu Vios Putih

Pemandu keluar dari kenderaannya lalu menampar penunggang motosikal tersebut

Menerusi rakaman itu juga, kelihatan pemandu kereta Vios berwarna putih dan penunggang motosikal telah berhenti di lorong kanan jalan. Pemandu tersebut lalu keluar dari kenderaannya lalu bertindak untuk menampar penunggang motosikal tersebut.

Menurut Ketua Polis Bintulu, Supt Batholomew Umpit kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Satu laporan polis telah diterima berkaitan dengan kejadian ini, dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan untuk menyebabkan kecederaan secara sukarela,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa suspek boleh dipenjarakan selama sehingga satu tahun atau didenda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp Christina Edris di talian 014-3574148 atau ibu pejabat polis daerah Bintulu di talian 086-318304.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Kastam Rampas Lebih 1 Juta Batang Rokok Seludup Di Semporna
AirAsia Lancar Rekaan Pesawat Khas Untuk Ikon Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri
Next Article Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul Pemain Bola Darah Sarawak, Dion Cools Dikritik Media China Lupa Asal Usul

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?