• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kastam Rampas Lebih 1 Juta Batang Rokok Seludup Di Semporna

Oleh
Aina Musa
5 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kastam Rampas Lebih 1 Juta Batang Rokok Seludup Di Semporna

Rampasan bernilai RM684,688 termasuk cukai

Kastam Rampas Lebih 1 Juta Batang Rokok Seludup Di Semporna. Lebih 1 juta batang rokok seludup yang disimpan di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kubang Jaya, Semporna dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau, 24 November lalu.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari oleh Pasukan Kastam Cawangan Penguatkuasaan JKDM Tawau itu membawa kepada rampasan bernilai RM684,688 termasuk cukai.

Kastam Rampas Lebih 1 Juta Batang Rokok Seludup Di Semporna
Kastam Rampas Lebih 1 Juta Batang Rokok Seludup Di Semporna. Sumber: Borneo Post

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam sebelum serbuan dilakukan ke atas rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 1,009,600 batang rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM183,520 dan anggaran cukai RM510,168.

“Pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 60an yang merupakan pemilik rumah berkenaan,” katanya ketika sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati semua rokok berkenaan dibawa masuk dari negara jiran dan bekalan terbabit untuk pasaran tempatan.

“Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk rokok berkenaan dari negara jiran dan menggunakan sebuah rumah tidak bernombor untuk dijadikan stor penyimpanan sementara.

“Selain itu, rumah berkenaan menjadi tempat menyembunyikan barang atau rokok belum lulus Kastam sebelum dijual dan diedar ke pasaran sekitar,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemasukan rokok seludup berkenaan dan suspek terbabit akan dituduh di mahkamah.

“Semua barang bukti dan suspek terbabit dibawa ke Pejabat Kastam Semporna untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut 135(1)(d) Akta Kastam 1976.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Justeru, Mohd Nasir menyeru orang awam supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

“JKDM juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air
Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagenda Ular Raksasa Tasik Penyilem, Ketahui Asal Usul Masyarakat Vaie Lagenda Ular Raksasa Tasik Penyilem, Ketahui Asal Usul Masyarakat Vaie
Next Article Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?