• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah

Oleh
Ismail NA
7 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood, Trail Berbunga Bukit Piniapat Tarikan Terbaru di Sabah

Rasa nak bergambar 24 Jam Atas Bukit Ini. Cantik giler!

Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Kredit : Twitter azinism

Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah. Jika anda seorang yang minat hiking ke bukit atau gunung, bukit ini pasti menjanjikan pemandangan yang lain daripada yang lain. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills, terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah. Wah, baru tahu kewujudan tempat ni!

Isi Isi Penting
  • Rasa nak bergambar 24 Jam Atas Bukit Ini. Cantik giler!
  • Dewasa – RM2.00
  • Kanak-kanak (7 hingga 11 tahun) – RM 1.00
  • Maksud Nama Piniapat Ini Rupanya ‘Dibahagi Empat’
  • 1. Laluan Shortcut (Untuk Kaki Selfie) – Mendaki selama 10 minit bermula dari pondok jualan tiket
  • 2. Laluan Hiking (Untuk Pendaki Tegar) – Perlu melalui jungle trekking, turun naik bukit selama 40 minit
  • Mendaki sambil menderma
  • Lagi tarikan menarik di Sabah yang mesti anda kunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup:
Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Kredit : angelinjoy.com

Ia terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah. Menurut pengunjung yang telah sampai ke sana, anda harus menggunakan kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan. Simpang ke Bukit Piniapat ini boleh dilihat selepas anda melalui jambatan Sungai Mempakad dari jalan Kota Marudu-Pitas. Perjalanan masuk ke pondok tiket pula mengambil masa 10 minit.

Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood, Trail Berbunga Bukit Piniapat Tarikan Terbaru di Sabah
Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Kredit : FB Piniapat Hills

Bayaran tiket masuk adalah seperti berikut;

Dewasa – RM2.00

Kanak-kanak (7 hingga 11 tahun) – RM 1.00

Kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma. Murah sangat dah ni!

Maksud Nama Piniapat Ini Rupanya ‘Dibahagi Empat’

Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah

Bukit Piniapat ini mempunyai ketinggian 141 m dari paras laut. Menariknya, nama Piniapat ini sebenarnya berasal daripada tanah di bukit ini yang mempunyai 4 orang pemilik yang merupakan adik beradik. Dalam bahasa Sabah, Piniapat bermaksud dibahagi empat. Ohh, begitu ceritanya.

Untuk sampai ke puncak Bukit Piniapat ini, terdapat dua laluan yang boleh anda pilih sama ada;

1. Laluan Shortcut (Untuk Kaki Selfie) – Mendaki selama 10 minit bermula dari pondok jualan tiket

2. Laluan Hiking (Untuk Pendaki Tegar) – Perlu melalui jungle trekking, turun naik bukit selama 40 minit

Kredit : Ooh My Venture

Sebelum anda sampai ke kawasan bukit yang cantik tu, anda harus melalui jungle trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Walau pun keadaan tanahnya agak curam dan licin, tempat tersebut telah disediakan dengan laluan trekking yang luas, telah dipasang tali dan papan tanda.

Sesudah anda sampai ke puncak Bukit Piniapat ini, lihatlah sendiri keindahan alam. Keistimewaan utama bukit ini ialah trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Selain itu, jika dilihat dari pandangan atas menggunakan drone, bukit ini sememangnya menghijau dengan lalang-lalang. Memang sebiji macam dalam filem Hollywood weh! Tak pun filem-filem Hindustan sambil nyanyi kibar-kibar kain. Fuhh!

Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Kredit : Twitter azinism
Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Kredit : Twitter azinism
Kredit : Twitter azinism
Kredit : FB Piniapat Hills

Anda juga boleh menikmati pemandangan laut yang indah sambil menikmati sunset di atas bukit ini. Bagi mereka yang tak boleh duduk senang bila dah sampai puncak bukit ini, boleh lah melakukan aktiviti riadah seperti bermain layang-layang kerana kawasan ini sedikit berangin.

Terdapat juga sebuah pokok yang menempatkan unan atau buaian tali untuk anda berehat sementara meneruskan perjalanan ke puncak bukit yang seterusnya. Layan santai dulu.

Kredit : FB Piniapat Hills
Kredit : FB Piniapat Hills

Mendaki sambil menderma

Bagi mereka yang mahukan gambar wedding atau berkumpulan yang ekstrim sikit, Bukit Piniapat ini adalah port terbaru untuk anda. Oh ya, anda juga boleh menghulurkan sedikit sumbangan untuk tuan tanah Bukit Piniapat ini ke dalam kotak yang didirikan di tengah puncak bukit tersebut.

Kredit : FB Piniapat Hills
Kredit : FB Piniapat Hills

Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan setanding dengan pemandangan di luar negara seperti di Jogjakarta mahu pun Bali.

Kalau tak ada bajet nak travel jauh-jauh, sini pun okay juga bah!

Lagi tarikan menarik di Sabah yang mesti anda kunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Next Article Rider Luar Negara ‘Sound’ Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?