• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terlalu Banyak Aplikasi ‘Check In’, Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?

Oleh
ILB - AI
2 Julai 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Terlalu Banyak Aplikasi 'Check In', Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?

Kadang kadang pening bila hendak memasuki premis perniagaan terutamanya bila perlu muat turun pelbagai jenis aplikasi yang berbeza

Terlalu Banyak Aplikasi ‘Check In’, Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam? Beralih ke norma baharu dalam fasa pemulihan kini, tak dinafikan kehidupan kita tidak sama seperti dahulu. Sebelum ini, kita dapat memasuki premis dengan bebas tanpa pemeriksaan, tanpa sebarang kebimbangan.

Sekarang, kita tidak dibenarkan memasuki premis tanpa pemeriksaan suhu kita terlebih dahulu. Kita sudah diwajibkan untuk mengguna topeng muka agar dibenarkan masuk premis. Malah, ia sudah menjadi kebiasaan untuk melihat setiap orang memakai topeng di mana sahaja kita pergi. (Of course, for safety reasons you SHOULD be wearing your masks! Kita belum lagi bebas dari ancaman pandemik.)

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kemudian ke PKP Bersyarat dan kini PKP Pemulihan, dimana perintah telah dilonggarkan untuk membenarkan warga Malaysia keluar dari rumah dan tidak lagi terhad kepada pembelian barang keperluan, sebuah syarat telah diperkenalkan. Syarat tersebut adalah pengunjung premis diwajibkan untuk mengisi butiran peribadi mereka iaitu nama mereka, nombor telefon bimbit dan suhu mereka dalam sebuah buku log agar dibenarkan untuk masuk premis. Malah, terdapat juga kes pengunjung terpaksa berbaris panjang semata-mata menunggu giliran untuk mengisi buku log tersebut.

Syarat ini adalah untuk tujuan pengesanan kontak sekiranya terdapat kes baharu dan kes tersebut pernah mengunjung ke sesebuah lokasi. Sesiapa yang pergi ke lokasi yang pernah dikunjungi oleh kes itu akan dikesan melalui pangkalan data tersebut dan dihubungi oleh pihak tertentu untuk membuat tindakan lanjut. Oleh itu, ia memang penting untuk pengunjung mengisi borang tersebut bagi memudahkan pengesanan kontak. (Jadi, jangan letak nombor telefon palsu, ya?)

Mujur muncul aplikasi yang memudahkan pengunjung untuk melakukan proses ini. Aplikasi yang memanfaatkan telefon bimbit pintar yang membolehkan pengunjung untuk imbas kod QR. Kod QR terbabit akan menghubungkan pengunjung ke laman web untuk mengisi maklumat peribadi mereka iaitu nama mereka, suhu dan nombor telefon mereka. Namun, terdapat juga netizen yang meluahkan kerumitan proses kerana terdapat begitu banyak aplikasi yang mempunyai tujuan yang sama. Persoalannya, mengapa kita semua tidak boleh menggunakan aplikasi yang seragam?

Terlalu Banyak Aplikasi 'Check In', Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?
Terlalu Banyak Aplikasi ‘Check In’, Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?

“Perlu scan 10 kali untuk 10 kedai”.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia mempunyai pelbagai jenis aplikasi yang mempunyai tujuan yang sama. Antara aplikasi yang terkenal ialah:

  • MySejahtera
  • MyTrace
  • SELangkah (Selangor)
  • PgCare (Pulau Pinang)
  • Sabahtrace (Sabah)
  • COVIDTrace (Sarawak)
  • QMUNITY (Sarawak)

MySejahtera dan MyTrace merupakan aplikasi yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia manakala aplikasi lain yang disenaraikan dibuat oleh kerajaan negeri masing-masing. Kini, kedua-dua MySejahtera dan aplikasi pengesanan kontak buatan negeri ditindih bersama jadi kadang-kadang anda akan dihubung ke MySejahtera atau aplikasi buatan negeri apabila mengimbas kod QR.

Walau bagaimanapun, terdapat pendapat yang berpecah belah mengenai penggunaan aplikasi yang banyak yang mempunyai tujuan yang sama.

Menurut seorang pengguna Twitter yang berasal dari Selangor ini iaitu @edryfaizal, katanya beliau akan mengeluh setiap kali nampak aplikasi MySejahtera dan bukannya SELangkah di pintu masuk premis. Hal ini kerana setiap kali beliau imbas kod QR menerusi MySejahtera, beliau dikehendaki untuk mengisi maklumat yang sama walaupun sudah isi sebelum itu. Bukan seperti SELangkah yang hanya memerlukan beliau untuk daftar sekali sahaja.

Terlalu Banyak Aplikasi 'Check In', Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?
Kredit: Twitter

Susulan itu, beberapa pengguna Twitter lain meluahkan pendapat yang berbeza dimana mereka mempertahankan MySejahtera sebagai aplikasi yang memudahkan tetapi terdapat juga yang berpendapat MySejahtera tidak semudah seperti SELangkah, malah mempunyai masalah pembukaan aplikasi dan sering lambat buka.

Terlalu Banyak Aplikasi 'Check In', Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?
Kredit: Twitter

Manakala pengguna ini, @kuchingborneo yang berasal ari Sarawak berpendapat kita tidak sepatutnya mempunyai banyak aplikasi pengesanan kontak dan hanya satu sahaja cukup. Beliau juga membandingkan MySejahtera dan Qmunity – walaupun MySejahtera senang untuk daftar, Qmunity akan memerlukan pengunjung untuk berada di lokasi bagi mendaftarkan diri.

Terlalu Banyak Aplikasi 'Check In', Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?
Kredit: Twitter

Walaupun sudah ada aplikasi yang berbagai untuk kemudahan pengunjung tak kira aplikasi buatan kerajaan perseketuan atau kerajaan negeri, terdapat juga kedai yang masih gunakan Google Doc. Sudah tiba masanya untuk guna aplikasi, gais!

Terlalu Banyak Aplikasi 'Check In', Kenapa Tidak Mudahkan Hidup Rakyat Dengan 1 Aplikasi Yang Seragam?
Kredit: Twitter

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda setuju sebuah aplikasi diguna secara seragam? Atau kekal sahaja gunakan aplikasi yang berbagai? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?
Next Article "Cantik Dan Simple!" Wanita Ini Kongsi Gambar Hiasan Rumah, 80% Beli Dari Online “Cantik Dan Simple!” Wanita Ini Kongsi Gambar Hiasan Rumah, 80% Beli Dari Online

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?