fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
19 Ogos 2020
Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahniah anak muda!

Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT. Dah dapat keputusan UPU ke tu? Bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Tentunya banyak persediaan yang bakal anda hadapi sebelum mendaftar masuk ke IPT. Dalam masa yang genting ini, pasti anda memerlukan sumber bantuan dan dana tambahan untuk kemasukan kali pertama ke universiti.

ADVERTISEMENT

Untuk pelajar di Sabah dan Sarawak, di sini kami kongsikan 5 sumber bantuan yang boleh anda manfaatkan sebagai persediaan untuk anda memasuki IPT.

Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT
Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT
Sumber foto : Erabaru

1. Bantuan Kemasukan Ke IPT Baitulmal Sarawak

Bantuan kemasukan ke IPT di bawah kelolaan Baitulmal Sarawak ini ialah bantuan secara one-off di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan. Bantuan ini diberikan kepada pelajar Islam Sarawak yang mendapat tawaran pengajian sepenuh masa di IPT dalam dan luar negara bagi memudahkan urusan pendaftaran kali pertama.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Layari pautan Baitulmal Kamek dan daftar akaun anda untuk membuat permohonan secara atas talian. Klik ke tab ‘Bantuan’ > ‘Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK)’ > ‘Bantuan Masuk Ke IPT’.

Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT

Tarikh buka : 3 bulan dari tarikh pendaftaran IPT

ADVERTISEMENT

Tarikh tutup : 40 hari selepas tarikh pendaftaran IPT

2. Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak

Bantuan kemasukan ke pendidikan tertiari atau institusi teknikal oleh Yayasan Sarawak ini ditawarkan khas untuk pelajar Sarawak atau ibu atau bapa berdarah Sarawak.

Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang mendapat tawaran ke matrikulasi, asasi, pra-diploma, diploma atau pun ijazah sarjana muda. Selain itu, pelajar yang mendapat tawaran ke IPT awam, swasta (Curtin Miri/Swinburne Kuching/UCTS Sibu), serta institut latihan teknikal dan kemahiran kerajaan juga layak untuk memohon.

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Layari Yayasan Sarawak untuk membuat permohonan.

3. Bantuan Kewangan Khas IPT Anak-Anak Sabah

Bantuan kerajaan negeri Sabah ini pula menyasarkan pelajar yang berasal dari luar bandar yang ditawarkan pengajian ke peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama secara sepenuh masa.

Syarat utamanya pula ialah pelajar mestilah merupakan warganegara Malaysia asal Sabah atau salah seorang ibu atau bapa adalah anak kelahiran Sabah.

Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT

Anda dikehendaki untuk memuat turun dan mengisi borang dan senarai semak yang disediakan melalui pautan ini : Bantuan Khas Kewangan IPT Anak-Anak Sabah.

4. Bantuan Kewangan Ke IPT Dari ADUN

Permohonan dana kewangan dari ADUN ini adalah permohonan kendiri dengan menghantar surat kepada ADUN yang mewakili kawasan pelajar. Sediakan surat permohonan rasmi yang menyatakan bahawa anda mendapat tawaran pengajian ke institut pengajian anda serta tujuannya untuk memohon dana untuk pendaftaran kali pertama.

Sertakan sekali bersama salinan surat tawaran rasmi dan hantar ke pejabat ADUN kawasan anda untuk tindakan selanjutnya.

5. Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS)

i-GPS ini merupakan salah satu jenis bantuan yang diberikan kepada anak Sarawak bagi mengurangkan beban tambang penerbangan yang ditanggung oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

Ini Senarai Bantuan Di Sabah Dan Sarawak Yang Boleh Anda Mohon Untuk Kemasukan Ke IPT

Seorang pelajar layak untuk menuntut inisiatif ini sebanyak 2 kali setahun dan layak menuntut sehingga RM 300 untuk satu penerbangan.

Permohonan boleh dibuat 60 hari selepas tarikh penerbangan.

Untuk permohonan, anda boleh layari laman Facebook Sarawak Volunteers atau baca artikel ini untuk panduan ringkas :

Jangan lupa untuk memohon sumber bantuan dan dana ini untuk memudahkan persediaan anda ke IPT.

Selamat maju jaya!

Baca juga artikel berkaitan :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy