Nampak menakjubkan tetapi seram juga.
‘Unlocking Bengoh’ Ceritakan Kisah Penduduk Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh. Tahukah anda bahawa terdapat satu dokumentari yang mesti anda tonton di Youtube dan bakal membuka mata anda!
Dokumentari Unlocking Bengoh ini memberi satu pandangan yang sangat penting mengenai tekanan yang dihadapi oleh kaum pribumi di Sarawak yang tersepit di dalam agenda pembangunan dan mengekalkan tradisi asal mereka.
Dokumentari ini mengisahkan tentang kerosakan yang berlaku akibat empangan projek mega
Dokumentari ini juga menceritakan kerosakan yang berlaku akibat pembinaan projek mega seperti empangan di mana keluarga yang menetap di kawasan asal mereka terpaksa berpindah ke tempat baru demi memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bengoh.
Antara kampung yang terjejas daripada pembinaan Empangan Bengoh adalah Kampung Semban, yang sangat dikenali sebagai ‘a village above clouds’. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Kampung Semban di pautan ini.
Berikut adalah sinopsis ringkas dokumentari ‘Unlocking Bengoh’
Setelah bergenerasi, keluarga Simo Sekam, Peluk Apeh dan Sagen Adan yang hidup di Lembah Bengoh, Sarawak telah dipaksa meninggalkan tempat tinggal nenek moyang mereka untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bengoh.
Kisah ini mengikuti perjalanan seorang pengarah yang ingin mengetahui lebih tentang kesusahan yang sebenarnya dialami keluarga-keluarga ini akibat kemajuan.
Director/ Pengarah: Nova Goh
Year/ Tahun: 2016
Duration/Masa: 25 mins
Language/ Bahasa: Bahasa Malaysia
Subtitle/Sarikata: English
Anda boleh tonton dokumentari tersebut di pautan Youtube berikut di bawah :
Kami sarankan anda untuk meluangkan masa selama 30 minit untuk menonton dokumentari ini, kerana ianya menyajikan satu perspektif yang sangat menarik.
Selamat menonton!