• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu

Oleh
ILB - AI
7 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Warga emas 50 tahun ditangkap di Sibu

Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu. Agak tidak masuk akal kalau warga emas terlibat dengan dadah tetapi kejadian ini benar terjadi di Sibu. Salah seorang warga emas lelaki berusia 50 tahun telah ditangkap di Sibu berkaitan dengan isu dadah.

ACP Zulkipli Suhaili yang merupakan Ketua Polis Bahagian Sibu telah mengesahkan bahawa seorang warga emas lelaki telah ditahan sekitar jam 4 petang di Jalan Ulu Oya kerana disyaki ketagih dadah.

Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu
Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu. Sumber gambar: BERITA rtm

2 beg plastik metamfetamin dan ketamin, suspek positif dadah

Menurut beliau, pemeriksaan telah dilakukan terhadap suspek dan hasil daripada pemeriksaan tersebut membuktikan bahawa suspek ini memiliki 2 buah beg plastik yang mengandungi bahan kristal. Bahan kristal ini dipercayai sebagai metamfetamin yang beranggaran nilai sebanyak RM5,180.

Bukan setakat metamfetamin dengan berat 52.80 gram sahaja, ketamin dengan berat 1.70 gram juga turut dijumpai dan dianggar bernilai RM200. Suspek juga telah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan air kencing dan didapati suspek positif dadah.

Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu
Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu. Sumber gambar: BORNEO POST online

Dengan hasil pemeriksaan tersebut, suspek telah direman untuk 4 hari untuk membantu siasatan lebih lanjut. Suspek akan disiasat dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana suspek yang disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 39B ini akan dikenakan hukuman mati atau penjara seumur dengan minimun sebatan sebanyak 15 kali sebatan.

Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu
Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu. Sumber gambar: kuala lumpur post

Manakala, dibawah Seksyen 15 (1), suspek akan dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Tidak kira muda ataupun tua, dadah sememangnya musuh semua. Jadikan peringatan untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah dadah ini.

Banyak berita atau isu berkaitan dengan dadah baru-baru. Baca artikel dibawah:

Cuba Campak Dadah Elak Ditahan, Polis Miri Tahan Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM9,800
Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
SUMBER :BERITA RTMBORNEO POST onlineKuala lumpur post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Air Minuman Campuran Ganja Dapat Sambutan Pelancong Malaysia Di Thailand
Next Article Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?