Beliau sudah mula menetap di Malaysia sejak tahun lalu
Youtuber Terkenal, Food Ranger Dengan 4 Juta Subscribers Pilih Malaysia Untuk Menetap. Jika anda seorang food hunter dan juga traveller, anda pasti pernah menonton Channel Food Ranger di Youtube yang dikelolakan oleh Trevor James.
Trevor James menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman youtube baru baru ini memberi satu berita istimewa apabila memaklumkan bahawa beliau kini menetap di Malaysia. Sebelum ini beliau tinggal di China dan sentiasa travel ke negara lain dari negara tersebut.
Beliau kini menyewa sebuah penthouse di Kuala Lumpur
Dalam video tersebut beliau menerangkan bahawa kini beliau dan isterinya kini menyewa sebuah penthouse yang terletak di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lepas.
Keputusan itu diambil selepas pada bulan November tahun lepas. Ketika itu mereka tinggal di Chengdu, China dan telah menetap di sana selama 5 tahun. Di Chengdu, mereka menyewa sebuah apartment dengan kos $250 (RM1000) sebulan.
Jatuh hati dengan Malaysia
Trevor James dan pasangannya sememangnya telah merancang untuk berpindah ke Malaysia sepanjang tahun lepas. Tahun lepas juga sebaik sahaja tiba di Malaysia, mereka terus ke kawasan sekitar Brickfields(little india) untuk menikmati makanan dan kemudian mereka membuat keputusan bahawa mereka harus tinggal di sekitar kawasan tersebut.
Keputusan itu dibuat kerana kawasan tersebut mempunyai banyak makanan yang menarik dan mereka turut menyatakan bahawa Malaysia merupakan ‘food hotspot’ . Masakan melayu, cina dan juga India sangat mudah didapati di sekitar kawasan tersebut.
Masyarakat majmuk dan kepelbagaian kebudayaan juga menjadi sebab utama mengapa mereka memilih Malaysia sebagai tempat untuk mereka menetap.
Trevor James juga telah beberapa kali ke Malaysia dan juga telah melawat Sarawak!
Malaysia bukanlah satu tempat yang asing bagi Trevor James, sejak beliau mula aktif untuk menghasilkan konten di Youtube beliau telah beberapa kali melawat Malaysia. Malah beliau bukan sekadar ke Semenanjung Malaysia, beliau juga pernah melawat Sarawak dan menghasilkan beberapa video semasa beliau berada di Sarawak!
Video Food Tour yang diambil di Kuching 2 tahun lepas kini telah mencecah 1.4 juta tontonan di Youtube. Ketika di Sarawak beliau bukan sahaja mencuba makanan di kawasan bandar, malah beliau sanggup ke kawasan pedalaman untuk merasa makanan seperti ayam pansuh dan sebagainya.
Jika anda merupakan peminat Trevor James, mungkin ada akan berpeluang menemui beliau di restoran dan port port makanan yang menarik di Malaysia tidak lama lagi.