I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk

Oleh Nur Afifah 12 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Masalah jalan yang masih menghantui rakyat marhaen Sabah sejak berpuluh tahun lamanya.

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk. Menerusi perkongsian laman Facebook Sabah Info, seorang bapa di Kota Marudu, Sabah terpaksa mengharungi perjalanan pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki selama satu jam. Lebih menyayat hati, bapa tersebut berjalan kaki menggendong jenazah bayi perempuannya.

Berdasarkan cerita yang dilaporkan oleh Tuan Masrul daripada Persatuan Amal dan Jariah Sabah, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan yang lalu. Bapa tersebut berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau pada ketika itu baru sahaja kehilangan bayi perempuannya yang berusia 5 bulan.

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk. Sumber: FB Sabah Info

Tempuh perjalanan berjam dari hospital pulang ke rumah

Anaknya meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah. Bagi meringankan beban yang dihadapi oleh bapa ini untuk menguruskan pengebumian jenazah anaknya, bapa ini segera dibantu oleh Persatuan Amal dan Jariah Sabah yang menyumbangkan keranda dan perkhidmatan menghantar bapa ini kembali ke kampung nya dengan percuma.

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info

Untuk makluman anda, jarak dari Hospital Queen Elizabeth II ke Kampung Samparita, Kota Marudu dianggarkan lebih kurang 3 jam 30 minit jika mengikut anggaran menerusi platform Google Maps. Ini belum termasuk kesukaran yang dihadapi semasa dalam perjalanan kerana difahamkan keadaan jalan raya masuk ke sini agak teruk.

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: Google Maps

Van hantar jenazah tidak dapat lalu sebab jalan terlalu buruk

Semasa dalam perjalanan menghantar bapa yang tidak didedahkan nama ini pulang ke rumahnya di Kampung Samparita, van jenazah yang membawa mereka tidak dapat melalui jalan akibat keadaan jalan yang begitu daif dan becak.

Ditambah pula dengan ketiadaan capaian internet dan rangkaian telefon, usaha untuk mendapatkan bantuan lain juga terbantut. Lebih menyukarkan keadaan, perjalanan tersebut juga adalah pada waktu malam yang gelap dan sunyi.

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info
Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info

Akibat kesulitan itu, bapa tersebut terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumahnya sambil menggendong keranda berisi jenazah anaknya. Perjalanan duka ini mengambil masa selama satu jam.

Isu jalan raya yang merupakan kemudahan asas di Sabah sememangnya tidak pernah selesai dari dahulu lagi. Lebih-lebih lagi di Sabah, saban hari kita mendengar pelajar sekolah, mahupun ibu mengandung terpaksa mengeluarkan belanja yang besar serta membahayakan keselamatan semata-mata untuk tujuan pengangkutan.

Dah selalu dengar, tapi tiada tindakan sewajarnya

Kejadian ini mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya mengecam pihak bertanggungjawab dan wakil rakyat di Sabah yang seolah-olah memekakkan telinga meskipun isu sebegini sering dipaparkan di media massa.

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info
Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info
Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info
Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk
Sumber: FB Sabah Info

Apa-apa pun, takziah diucapkan buat keluarga tersebut dan semoga kehidupan mereka sentiasa dirahmati dan sihat sentiasa. Bagi masyarakat Sabah yang ingin mendapatkan bantuan berkenaan pengurusan jenazah, anda boleh berhubung dengan Persatuan Amal dan Jariah Sabah menerusi Facebook mereka, Van Jenazah Percuma – Persatuan Amal Dan Jariah Sabah.

Persatuan ini menyediakan khidmat van jenazah dan pengurusan jenazah percuma serta membantu penduduk di Sabah tanpa mengira kaum dan agama. Menggunakan dana sendiri serta sumbangan daripada orang ramai, inisiatif ini dilaksanakan bagi menampung kekurangan kerja-kerja amal berkaitan kematian serta mengelakkan orang ramai terutamanya golongan yang tidak berkemampuan daripada diperdaya oleh individu yang mengambil kesempatan.

Sebelum ini, kami juga pernah menerbitkan tentang kesukaran kaum ibu untuk bersalin dan masyarakat pedalaman Sabah yang lain akibat keadaan jalan raya yang sangat daif:

Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai ‘Hailak’ Pun Terbalik
Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
SUMBER : FB Sabah Info
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Pasar Malam Miri Ke Lembah Klang, The Brew Crew Peroleh 5 Bintang Dari Grabfood
Next Article Orang Sarawak Tak Sebut Ajinomoto, Lelaki Ini Cerita Asal Terciptanya Panggilan ‘Bicin’ Orang Sarawak Tak Sebut Ajinomoto, Lelaki Ini Cerita Asal Terciptanya Panggilan ‘Bicin’

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?