Kisah Yang Hampir Serupa Dengan Mahsuri Dari Langkawi
Legenda Sarawak Dang Isah Tandang Sari, Gadis Yang Jadi Mangsa Kecantikan Sendiri. Antara legenda Sarawak yang underrated, legenda ini merupakan legenda yang sinonim dengan masyarakat Pusa, atau mereka yang berkunjung ke kawasan itu.
Mengisahkan tentang seorang gadis yang cantik iaitu Dang Isah, ia diakhiri dengan tragedi setelah Dang Isah dibunuh oleh ayahnya sendiri akibat komplikasi percintaan tiga segi antara Dang Isah, suaminya iaitu Nakhoda Khar dan Awang Bunut, lelaki yang mencuri hati Dang Isah. Walaupun kisah berbunyi sebagai cerita dongeng, kewujudan Dang Isah terbukti dengan adanya makamnya yang terletak di Tanah Perkuburan Kampung Kalok, Pusa.
Kisah Berlaku Lebih 300 Tahun Lalu
Berlaku pada pertengahan kegemilangan kerajaan Saribas dan di daerah Tandang Sari yang pernah wujud di Sarawak lebih 300 tahun lalu, Dang Isah merupakan anak perempuan kepada Datu Temenggong Kadir, pemimpin daerah tersebut dan Dayang Hajar, isteri kepada Datu Temenggong Kadir.
Setelah 7 tahun bersama, pasangan itu masih tidak dikurniakan cahaya mata. Pada suatu hari, ketika menjalankan gotong-royong bersama penduduk kampung, Datu Temenggong Kadir menggunakan sebatang buluh sebagai alas untuk berehat akibat keletihan. Apabila terjaga, dikatakan buluh itu bertukar menjadi telur dan menetaskan seorang bayi perempuan yang kemudiannya diberi nama Dang Isah.
Membesar sebagai gadis yang cantik, Dang Isah dikagumi dan disayangi oleh orang ramai, tetapi hatinya akhirnya dicuri oleh seorang lelaki bernama Awang Bunut.

Terdapat bahagian rambut Dang Isah yang mempunyai tujuh warna rambut, dan apabila melangkah ke dewasa, ayahnya bermimpi untuk meletakkan hantaran 10 kati emas demi mengahwini anaknya.
Akibat permintaan yang besar, Awang Bunut berasa dukacita tetapi demi mengahwini Dang Isah, dia memutus untuk merantau agar mencari emas sebanyak permintaan Datu Temenggong Kadir.
Lelaki Lain Datang Caras
Sebaik sahaja Awang Bunut pergi, seorang nakhoda Bugis bernama Nakhoda Khar tiba untuk mengahwini Dang Isah. Akibat Nakhoda Khar sudah siap sedia membawa hantaran 10 kati emas, Dang Isah dikahwini ke Nakhoda Khar.
Sebulan kemudian, Nakhoda Khar meneruskan aktiviti pelayarannya dan kembali ke Brunei. Selepas itu, Awang Bunut kembali ke Tandang Sari lengkap dengan 10 kati emas untuk mengahwini cintanya.
Walau bagaimanapun, dia menyedari dia terlambat ketika mengetahui Dang Isah sudah digelar isteri orang lain. Pertemuan pasangan itu juga merupakan pertemuan terakhir mereka apabila Nakhoda Khar kembali untuk mengambil kerisnya yang tertinggal.
Akibat cemburu, Nakhoda Khar membunuh Awang Bunut. Sedih kerana first love dia dibunuh, Dang Isah cuba membunuh diri dengan keris yang digunakan suaminya untuk membunuh Awang Bunut, tetapi gagal akibat keris itu tidak dapat menembusi perutnya.
.jpg)
Kejadian yang tragis ini berakhir apabila Datu Temenggong sendiri membunuh Nakhoda Khar dan membelit Dang Isah dengan rambut tujuh warnanya sendiri.
Kewujudan Dang Isah
Walaupun kisah ini berbunyi seperti cerita rakyat, ternyata Dang Isah benar-benar wujud dengan adanya makamnya yang terletak di Tanah Perkuburan Kampung Kalok, Pusa.
Dikatakan, pada suatu ketika apabila orang putih datang melihat makamnya, Dang Isah dikatakan masih seperti hidup dan tidak buruk jasadnya. Terdapat juga kisah dimana orang kampung yang biasanya mencari ketam di kawasan sekitar sekiranya berlaku hujan, makam Dang Isah tidak akan basah.
Sebuah kisah tragis yang diakhiri dengan kematiannya di tangan ayahnya – gadis yang menjadi mangsa kecantikan sendiri.