• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Pahlawan Sharif Masahor, Pahlawan Sarawak Yang Berani

Oleh
Husna Hazmi
19 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Mari kita sama-sama kenali pahlawan Sarawak yang telah bertarung mempertahankan hak orang Sarawak daripada penjajah.

Kisah Pahlawan Sharif Masahor, Pahlawan Sarawak Yang Berani. Sharif Masahor atau Sayyid Mahhur Bin Muhammad Al-Shahab, ialah pahlawan melayu yang terkenal di Sarawak yang berketurunan Hadram di Sarikei, Sarawak. Beliau terkenal pada era penjajahan Brooke di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Mari kita sama-sama kenali pahlawan Sarawak yang telah bertarung mempertahankan hak orang Sarawak daripada penjajah.
  • Gabenor berpegang teguh dengan agama yang disegani
  • Pertempuran Sharif Masahor dan sekutu Brooke, Pangiran Matusin
  • Syarif ‘berperang’ sendiri dengan Brooke
  • Serangan besar-besaran Syarif di Kuching

Pada zaman dahulu, Sharif Masahor dikatakan seorang Gabenor yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang.

Kisah Pahlawan Sharif Masahor, Pahlawan Sarawak Yang Berani. Sumber: Utusan Sarawak

Gabenor berpegang teguh dengan agama yang disegani

Sharif Masahor dikatakan merupakan seorang yang amat berpegang teguh kepada agama. Beliau terkenal dengan dakwahnya dan telah berjaya membawa penduduk Kampung Tengah, Igan kembali kepada fitrah Islam. Oleh kerana itu, beliau sangatlah berpengaruh dalam kalangan orang Melanau.

Ketika James Brookes menjajah Sarawak, Brooke telah memperkenalkan sistem pentadbiran baharu dan ini telah menambah kemarahan pembesar-pembesar Sarawak. Brooke telah mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan bawah pemerintahannya dan dia juga telah membina sebuah kubu di Kanowit.

Kisah Pahlawan Sharif Masahor, Pahlawan Sarawak Yang Berani
Kubu Emma di Kanowit.

Hal ini telah membuat Sharif Masahor bertindak merancang untuk menghalau Brooke dari Sarawak. Beliau telah berpakat bersama Datu Patinggi Abdul Gapur. Sharif Masahor merupakan seorang yang amat setia kerana beliau memperjuangkan hak Sultan Brunei yang telah dirampas oleh Raja Brooke ketika itu.

Pertempuran Sharif Masahor dan sekutu Brooke, Pangiran Matusin

Pada tahun 1855, berlaku pertempuran antara Syarif Masahor dan sekutu Brooke iaitu Pengiran Matussin. Beberapa ketika kemudian, sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Syarif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus menyerang Bandar Mukah. Angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu dan seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.

Walau bagaimanapun, serangan nasionalis Sarawak itu terhadap Pangeran Matusin menyebabkan Brooke bertindak balas.

Brooke sangat bimbang dengan penentangan Syarif Masahor. Rajah Putih itu berpendapat bahawa langkah berani Syarif ini berkemungkinan akan menjejaskan usahanya untuk menjajah serta memerintah Sarawak.

Bagi menghalang kemaraan Syarif daripada menjadi semakin jauh, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahannya. Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir penjajah asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air Sarawak yang tercinta.

Syarif ‘berperang’ sendiri dengan Brooke

Sharif terus mengatur strategi untuk mengusir penjajah asing negeri Sarawak itu. Pada Jun 1859, diketuai oleh dua pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke telah diserang menyebabkan dua pegawai Brooke, Steel dan Charles Fox, terbunuh.

Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian yang mengejutkan itu segera tersebar dalam kalangan penduduk British di Sarawak. Mereka berasa takut kerana merasakan mereka akan menjadi sasaran amukan yang seterusnya oleh penduduk tempatan. Oleh itu, ramai dalam kalangan ‘mat salleh’ ini segera pulang ke Eropah dan mula meninggalkan Sarawak.

Kebangkitan yang hebat penduduk tempatan telah mengakibatkan kerajaan Brooke gusar dan mereka segera bertindak. Malangnya, semua pahlawan yang terlibat dalam serangan tersebut diarahkan untuk segera diburu.

Serangan besar-besaran Syarif di Kuching

Pada awal 1860, Masahor telah melancarkan serangan ke atas Kuching bersama angkatan tenteranya. Dalam pertempuran tersebut, pihak British yang diketuai oleh Charles Brooke telah berjaya menyerang dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Beliau akhirnya tewas dalam pertempuran ini.

Sharif Masahor kemudiannya ditipu oleh pihak Brooke apabila beliau dijemput berunding di atas kapal Brooke. Malangnya, Sharif Masahor ditangkap di atas kapal tersebut dan dibuang negeri ke Singapura.

Kisah Pahlawan Sharif Masahor, Pahlawan Sarawak Yang Berani
Gambar ini diambil diluar Istana Sultan Abdul Samad di Jugra, Selangor sekitar tahun 1886. Lelaki yang berdiri di belakang meriam dikatakan Syarif Masahor. Sumber: Lambert & co.

Darah perwira yang mengalir di dalam badan Syarif Masahor ini tidak terhenti meskipun dibuang negeri ke Singapura. Sebaliknya, beliau kemudian menjadi pengikut Sultan Ali di Melaka serta membantu Tengku Alam melawan Temenggung Abu Bakar di Muar. Riwayat hidupnya berakhir pada tahun 1890 kerana usia tua.

Perjuangan pahlawan tanah air kita ini amatlah berat sekali. Kesusahan yang telah dialami mereka pada zaman dahulu untuk mengecapi kebebasan penjajah patut kita bangga dan hargai.

Akhirulkalam, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita sudah kecapi hari ini dan sentiasa ingat jasa-jasa mereka yang telah bersusah payah menegakkan keadilan di suatu ketika dahulu. Terapkanlah rasa cinta sama tanah air dan janganlah sesekali mengkhianatinya.

Baca juga kisah pahlawan Sarawak yang perlu anda ketahui:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Banyak Topping Menarik, Jom Makan Cakoi Di Stall Raja Cakoi Kota Samarahan
Next Article AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto Daun Liar di Hutan Borneo Ini Rupanya Boleh Beri Rasa Mirip Ajinomoto

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?