• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang

Oleh
ILB - AI
31 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Tangkapan skrin dikongsi di laman sosial.

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang. Masa kini semua pasti pernah menghadapi cabaran untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan taraf pendidikan, kemahiran dan pengalaman masing-masing. Dengan lambakan graduasi daripada universiti- universiti awam atau swasta, yang tempatan mahupun luar negara, memang banyak saingan.

Mencari pekerjaan bukan sahaja berdasarkan pendidikan dan pengalaman tetapi daripada cara kita dari saat membuat permohonan juga mungkin sudah dinilai. Ini yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Aliff Ahmad yang telah berkongsi satu tangkapan skrin tentang perbualannya dengan seorang individu.

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang
Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang. Gambar sekadar hiasan

“Real programmer never bother about languange”.

Daripada perkongsian tangkapan skrin tersebut, ketahui individu yang berhubung dengan Aliff tentang memohon pekerjaan ini merupakan seorang graduan yang masih melakukan latihan industri tetapi berhasrat untuk memohon pekerjaan. Tetapi, individu tersebut seolah-olah ditolak permohonannya selepas bertanya tentang bahasa yang digunakan dalam proses pengekodan.

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang
Sumber gambar: FB Aliff Ahmad

Menurut Aliff, beliau membalas ‘jangan apply lah’, ’ awak tak layak’ kerana bagi beliau seseorang yang digelar sebagai ”real programmer” tidak akan bertanya tentang bahasa pengekodan yang digunakan. Bahkan, Aliff sudah membuat sistem untuk mengasingkan tentang skil, kemahiran dan sebagainya untuk pemohon.

Bukan itu sahaja, bagi beliau beranggapan bahawa graduan ini bermasalah dan tiada akal atau “common sense” kerana seperti tidak memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Aliff. Semua sudah diasingkan di dalam sistem, baca dan mohon sahaja. Selebihnya biar pihak pengurusan sumber manusia yang urus serta membuat saringan. ’Jangan terlalu naik lemak hingga semua mahu disuapkan, bagi pendapat Aliff.

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang
Sumber gambar: FB Aliff Ahmad

Netizen kurang senang, respon dianggap kasar.

Tapi, rasanya Aliff terlupa bahawa netizen membaca dan menilai perkongsian tersebut. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen dan berasa kurang senang kerana bagi mereka cara Aliff menjawab atau merespon persoalan graduan tersebut agak kasar.

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang
Sumber gambar: FB Aliff Ahmad

Ada yang mengutarakan pandangan di ruang komen dengan mengatakan soalan tersebut adalah perkara yang normal. Sedangkan, individu yang sudah bekerja lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang yang sama turut akan bertanya soalan yang sama kerana bahasa pengekodan ini meluas dan tidak semua syarikat menggunakan bahasa pengekodan yang sama.

Gara-Gara Tanya Soalan, Cara Majikan Balas Fresh Graduate Ini Buat Netizen Kurang Senang
Sumber gambar: FB Aliff Ahmad

Mungkin bagi Aliff, cara beliau merespon adalah cara yang betul kerana beliau faham alam pekerjaan bukan satu realiti yang menyenangkan. Tetapi, dari sudut pandang netizen, cara merespon dengan penggunaan kata-kata tersebut boleh mematikan semangat graduan tersebut.

Apa-apapun diharapkan semoga graduan tersebut mendapat pekerjaan yang selayaknya dan diharapkan para majikan atau bahagian pengurusan sumber manusia sesebuah syarikat lebih peka dengan penggunaan kata-kata untuk menjawab persoalan pemohon yang berminat dan menolak permohonan mereka sekiranya mereka tidak layak secara berhemah.

Boleh baca artikel berikutnya tentang isu-isu pekerjaan:

Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak

Portal JobsMalaysia dan MyFutureJobs Bakal Disatukan, Bagi Memudahkan Pencarian Kerja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petrosains PlaySmart Kembali Dibuka Di Dewan Suarah Kuching Berita Baik Buat Warga Kuching, Petrosains PlaySmart Kini Dibuka Semula Di Dewan Suarah
Next Article "Bayar Gaji" Komen TMJ Di Instagram Sarawak United Raih Sokongan Netizen Tunggakan Gaji Belum Selesai, Sekali TMJ Bagi Komen Di Instagram SUFC Telah Raih Sokongan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?