• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

NGO Gesa Kerajaan Isytihar Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Seluruh Negara

Oleh
Aina Musa
20 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
NGO Gesa Kerajaan Isytihar Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Seluruh Negara

Cadangan ini diusulkan oleh NGO

NGO Gesa Kerajaan Isytihar Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Seluruh Negara. Kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru kerajaan persekutuan mengisytiharkan Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan sebagai cuti umum kebangsaan.

NGO-NGO mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 31 Mei sebagai cuti umum kebangsaan untuk Kaamatan dan 1 Jun untuk Hari Gawai Dayak.

NGO Gesa Kerajaan Isytihar Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Seluruh Negara

“Walaupun sambutan-sambutan budaya ini penting, hari-hari bermakna ini masih belum diisytiharkan sebagai cuti kebangsaan sejak pembentukan Malaysia pada 1963,” kata NGO-NGO dalam kenyataan bersama.

Tambahnya, wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak di Parlimen tidak pernah berusaha memperjuangkan agar perayaan-perayaan ini dijadikan cuti umum kebangsaan.

Menurut mereka, pengiktirafan dua tarikh tersebut sebagai cuti kebangsaan bukan sahaja dapat memperkukuh perpaduan negara dan pemahaman budaya, tetapi juga membolehkan rakyat Sarawak dan Sabah yang bekerja di Semenanjung pulang ke negeri masing-masing untuk menyambut perayaan ini.

“Mengisytiharkan Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan sebagai cuti kebangsaan tidak hanya mempromosikan kesedaran tentang tradisi kaya ini tetapi juga membolehkan individu dari Sarawak dan Sabah yang bekerja atau menetap di luar negeri asal mereka merayakan warisan mereka dengan penuh bangga.

“Ini kerana apabila melihat kalendar kebangsaan dan perancangan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, mereka sering tidak mengambil kira sambutan, kewujudan, atau keperluan kakitangan kerajaan yang datang dari Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Menurut pertubuhan-pertubuhan itu, pengisytiharan cuti umum kebangsaan bagi dua perayaan menuai ini juga dapat membantu mengiktiraf sumbangan Sarawak dan Sabah, yang merupakan penandatangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia adalah unik. Kedua-dua negeri ini telah membantu menubuhkan negara Malaysia. Oleh itu, kami berharap tindakan yang dicadangkan ini merupakan salah satu langkah menghormati hak rakyat Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam MA63,” kata kenyataan itu.

“Kami menyeru pentadbiran baharu untuk mengiktiraf sambutan budaya ini sebagai cuti kebangsaan, sebagai bukti komitmen mereka untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Kenyataan itu ditandatangani oleh pengasas dan penasihat Persatuan Intelek Masyarakat Asal Sarawak (Perantis) Wellie Henry Majang, penasihat undang-undang Paul Raja, dan timbalan presiden Ricky Sani; presiden Persatuan Menua Terabai (TM) Wilfred Nissem; dan presiden Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak (Perasa) Robert Umping.

Pada Januari tahun lalu, TM, Perasa dan enam NGO lain juga menyeru agar Hari Gawai Dayak dan Kaamatan diisytiharkan sebagai cuti umum kebangsaan.

Baca lagi artikel menarik:

Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir
Kenali Asal Usul Ngepan Indu, Pakaian Tradisional Wanita Iban
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives
Next Article Lelaki Ditemui Lemas Di Jambatan Batang Salak, Kuching Lelaki Ditemui Lemas Di Jambatan Batang Salak, Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?