Tidak menganggap pandemik serius, lelaki ini dijangkiti Covid-19
Gelar Covid-19 ‘Krisis Palsu’, Akhirnya Lelaki Ini Dijangkiti. Seorang warganegara Amerika Syarikat, Brian Hitchens, menjadi berita utama di AS setelah mengakui dijangkiti Covid-19.
Pendedahan dia dipandang ironik kerana sebelum ini dia telah mengeluarkan pernyataan dalam media sosial dimana dia tidak takut dengan virus tersebut dan menganggap pandemik tersebut adalah sebuah ‘krisis palsu.’
Terlalu yakin dengan agama sehingga gagal melihat keseriusan keadaan
Menurut beberapa perkongsian oleh dia dalam Facebook sebelum disahkan positif virus tersebut, dia telah berkata bahawa “dia menghormati apa yang dikatakan oleh kerajaan, apa yang patut dibuat semasa epidemik ini, tetapi dia tidak takut dengan virus ini kerana dia tahu bahawa Tuhan dia lebih besar daripada virus ini’. Ciapan ini dikongsikan oleh dia melalui Facebook pada 2 April 2020.
Pada pertengahan April, Hitchens, 46 tahun, mula mendokumentasikan keadaan kesihatan dia dan isterinya di Facebook. Menurut salah satu perkongsian, dia berkata,
“Sudah demam di rumah lebih daripada seminggu. Saya dengan isteri saya kini demam. Saya tiada tenaga dan saya hanya mahu tidur.”
Satu hari lepas perkongsian itu, dia dengan isterinya, Erin, dimasukkan ke dalam Palm Beach Gardens Medical Center.
Berubah fikiran setelah diri sendiri kena
Dalam sebuah perkongsian dia dalam Facebook, dia berkata dia merupakan antara golongan yang menganggap Covid-19 adalah “krisis palsu” dan ia “tidak begitu serius.” Semuanya berubah setelah dia sendiri jatuh demam pada bulan April dan berhenti bekerja.
Dia tambah lagi dia “hanya mempunyai tenaga yang hampir-hampir cukup” untuk membawa dia sendiri dan isterinya ke hospital pada 19 April, dimana mereka dua disahkan positif Covid-19.
“Mereka (pihak hospital) terus memasukkan kami ke dalam unit rawatan rapi (ICU). Saya mula berasa sihat selepas beberapa hari namun keadaan isteri saya semakin serius sehingga mereka terpaksa memberi ubat sedatif dan letakkan dia dalam ventilator,” kata beliau.
Dia turut berkata dia tidak pernah mengalami sakit badan yang dasyat tetapi berasa lemah dan letih. Pada 12 May, dia sudah berasa sihat, dimana dia berada dalam hospital tersebut selama 3 minggu dan dia masih mempunyai virus Covid-19 serta menghidapi pneumonia di paru-paru.
“Setakat ini, isteri saya masih diberi ubat sedatif dan dalam ventilator dengan tiada tanda-tanda dia akan bertambah baik. Sudah beberapa kali mereka cuba mengurangkan penggunaan ventilator tetapi sebaik sahaja mereka buat sedemikian, tahap oksigen dia akan turun dan mereka akan terpaksa letakkan dia kembali dalam ventilator sepenuh masa,” ujarnya lagi.
Hitchens bertambah lagi isterinya yang selama 8 tahun itu pernah sakit beberapa kali sebelum ini dan berjaya melawannya. Kali ini pula, dia telah menerima kenyataan isterinya kemungkinan besar akan meninggal dunia.
Jarang berjumpa dengan isteri semenjak dirawat dalam hospital
Semenjak dirawat dalam hospital, Hitchens jarang berjumpa dengan isterinya dan berharap isterinya akan kembali sihat.
“Pandemik ini tidak boleh dipandang rendah, tolonglah patuh kepada pihak berkuasa dan ikut nasihat yang diberi oleh pakar. Kita tak perlu takut terhadap wabak ini, dan dengan mendengar nasihat pakar ia tidak menunjukkan kita takut tetapi disebaliknya, kita menunjukkan kebijaksanaan semasa epidemik ini,” ujarnya melalui perkongsian dalam Facebook.
Ciapan tersebut telah dikongsi lebih daripada 500 kali. Dia berkata pula,
“Jika dikenang balik, saya sepatutnya menggunakan topeng muka sejak permulaan wabak ini tetapi saya tidak gunakannya. Ini mungkin balasan saya. Renungkanlah mesej saya ini dan sekiranya anda perlu keluar, tolong gunakan kebijaksanaan dan jangan bodoh seperti saya, supaya benda ini tidak akan berlaku terhadap diri anda seperti apa yang telah berlaku kepada saya dan isteri saya.”