Permintaan keluarga untuk jenazah Joanna Felicia
Jenazah Mendiang Joanna Felicia Dijangka Sampai Di Kuching Petang ini. Pada hari Selasa, sebuah tragedi mengerikan menimpa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila dua buah helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi ini.
Kejadian nahas ini mengorbankan 10 pegawai termasuk seorang mangsa dari Sarawak, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna. Dalam pada itu, keluarga Joanna mahu mendiang dibawa pulang ke Serian.
Dijangka sampai sekitar 6 petang dan akan dikebumikan di Kampung Engkaroh Tebakang
Susulan itu, menurut sumber, jenazah mendiang Joanna dijangka sampai di Kuching sekitar jam 6 petang.
Jenazah diterbangkan menggunakan pesawat C130 dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Kuching. Jenazah mendiang akan dikebumikan di 24 Kampung Engkaroh Tebakang, Serian, Sarawak.
Penerimaan berita kehilangan anggota keluarga
Bapa saudara mangsa, Johny Mayi turut berkata, ibu bapa Joanna menerima berita kematian anak mereka melalui panggilan telefon daripada pihak TLDM di Lumut. Ibu Joanna terkejut dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anaknya.