I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia

Oleh Nur Afifah 29 Ogos 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Seram pula rasanya.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia. Semua sedia maklum bahawa bumi ini kini mengalami pemanasan global. Penjelajah kutub utara dan selatan juga mengakui perkara ini apabila ais di sana semakin mencair, air sungai semakin suam dan cuaca semakin panas.

Kemarau yang teruk kesan daripada gelombang haba di seluruh dunia juga mendedahkan pelbagai rahsia misteri bawah laut yang mengejutkan.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia

Antaranya adalah seperti berikut;

Isi-Isi Penting
1. Kota kuno berusia 3,400 tahun di Sungai Tigris, Iraq2. Tapak kaki dinasour di Sungai Paluxy, Amerika Syarikat3. Patung berhala Buddha dinasti Ming dan Qing di Sungai Yangtze, China4. ‘Batu Lapar’ di Sungai Rhine, Jerman5. Kapal perang Nazi di Sungai Danube, Serbia6. Kampung ‘Hantu’ di Aceredo, Sepanyol

1. Kota kuno berusia 3,400 tahun di Sungai Tigris, Iraq

Akibat kemarau yang teruk tahun ini, takungan Mosul di Kemune, dekat Sungai Tigris, Wilayah Kurdistan, Iraq telah mencecah paras air rendah sehingga menampakkan tinggalan kota kuno.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kota Zakhiku yang lama tenggelam di Sungai Tigris. Kredit foto: Universities of Freiburg and Tübingen, Kurdistan Archaeology Organization

Menurut pasukan arkeologi dari Jerman dan Kurdish, tapak arkeologi yang timbul ini dipercayai merupakan kota kuno yang berusia 3,400 tahun dari era Empayar Mittani. Kota ini juga diyakini adalah sebuah kota yang bernama Zakhiku, pusat bandar yang penting Mittani di Zaman Gangsa, sekitar 1550 hingga 1350 sebelum Masihi. Untuk rekod, para arkeologi belum pernah mengkaji mana-mana kota dari Zaman Gangsa.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Artifak seramik di tapak arkeologi Sungai Tigris, Iraq. Kredit foto: Universities of Freiburg and Tübingen, Kurdistan Archaeology Organization

2. Tapak kaki dinasour di Sungai Paluxy, Amerika Syarikat

Sungai Paluxy di Dinasaur Valley State Park, Texas yang hampir kering sepenuhnya akibat gelombang haba mendedahkan jejak dinasour termasuk tapak kaki dan fosilnya di sana.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Sumber: Dinosaur Valley State Park

Kesan tapak kaki tersebut dipercayai dimiliki oleh dinasour Acrocanthosaurus, dinasour berketinggian 15 kaki dan memiliki berat 7 tan. Sebanyak 60 kesan tapak kaki dikesan hasil daripada pengeringan sungai berkenaan. Turut ditemui adalah kesan tapak kaki satu lagi dinasour iaitu dinasour Sauroposeidon, haiwan pra-sejarah yang berketinggian 66 kaki dan memiliki berat 48 tan apabila dewasa. Pakar percaya bahawa dinasour Acrocanthosaurus ini diburu oleh Sauroposeidon, menyebabkan tinggalan tapak kaki mereka dijumpai bersama.

Kali terakhir kesan tapak kaki Acrocanthosaurus ditemui adalah pada tahun 2000.

3. Patung berhala Buddha dinasti Ming dan Qing di Sungai Yangtze, China

Sungai terpanjang di Asia iaitu Sungai Yangtze juga turut diancam kemarau sehingga menyebabkan airnya surut 45% lebih rendah daripada paras biasanya sejak bulan Julai 2022. Pada 20 Ogos 2022, akibat paras sungai yang kian rendah ini, tiga patung Buddha misteri mulai timbul di sungai terbabit.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kredit foto: Thomas Suen via REUTERS

Ketiga-tiga patung itu dipercayai merupakan patung dari zaman Dinasti Ming dan Qing yang berusia 600 tahun dan terletak di atas bahagian paling tinggi beting pulau yang dipanggil Foyeliang. Salah satu daripada patung tersebut adalah berbentuk Buddha yang sedang duduk.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia

Selain Sungai Yangtze yang juga merupakan sungai ketiga paling panjang di dunia selepas Sungai Amazon dan Sungai Nil, sebanyak 66 batang sungai yang lain di 34 wilayah di Chongqing turut mengering akibat cuaca panas yang ekstrem.

4. ‘Batu Lapar’ di Sungai Rhine, Jerman

Menurut laporan BBC, Sungai Rhine di Jerman kini hanya memiliki takungan air setinggi 1.5 meter sahaja lagi. Situasi ini telah mendedahkan ‘batu lapar’, iaitu timbunan batu yang kebiasaannya dijumpai di Eropah Tengah.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kredit foto: Tilman Blasshofer via REUTERS

Batu-batu ini diukir sempena mengingati musim kebuluran suatu ketika dahulu serta kesusahan lain yang pernah dihadapi oleh manusia. Pada batu-batu yang timbul baru-baru ini, tarikh batu ini diukir adalah pada tahun 1947, 1959, 2003 dan 2018. Batu-batu ini juga dikatakan sebagai tanda amaran paras air rendah kepada generasi akan datang.

Meskipun belum mencatatkan rekod paras air terendah iaitu setinggi 1.2 meter seperti pada tahun 2018, namun keadaan ini dijangka akan memburuk menjelang beberapa hari di bulan Ogos 2022.

5. Kapal perang Nazi di Sungai Danube, Serbia

Sungai Danube, sungai kedua terbesar di Eropah juga tidak ketinggalan mengalami pengeringan. Kesan daripada paras air yang semakin susut, Sungai Danube di Prahovo, timur Serbia ini telah mendedahkan lebih 20 kapal perang gergasi milik rejim Nazi yang karam di dasar laut.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kredit foto: Twitter @khalediskef

Lebih merisaukan, tinggalan kapal perang ini masih mengandungi sejumlah tan metrik senjata dan bahan letupan yang berisiko membahayakan kapal dagang, serta kapal nelayan yang melalui Sungai Danube di Prahovo. Terdapat sesetengah daripada kapal ini yang telah menyempitkan laluan pelayaran kapal di selat Danube kepada 180 hingga 100 meter sahaja.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kredit foto: Twitter @khalediskef

6. Kampung ‘Hantu’ di Aceredo, Sepanyol

Pengeringan takungan air Alto Lindoso, di sempadan Sepanyol dan Portugal juga telah mendedahkan sebuah perkampungan lama yang bernama Aceredo. Kampung ini telah ditenggelamkan pada tahun 1992 bagi memberi laluan kepada pembinaan takungan Alto.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kredit foto: Miguel Vidal via REUTERS

Akibat kemarau serta perubahan iklim, perkampungan ‘hantu’ itu kembali muncul dan menarik perhatian pelancong untuk melihat sendiri keadaan kampung yang pernah didiami manusia itu. Penduduk yang pernah melihat sendiri kampung tersebut sebelum tahun 1992 berasa seperti melihat filem dan sebak dengan keadaan Aceredo.

Kemarau Teruk Dedah 6 Tinggalan Misteri Yang Timbul Di Seluruh Dunia
Kredit foto: Goncalo Fonseca via Bloomberg

Bangunan-bangunannya masih utuh meskipun sudah lama terendam di dalam takungan air Alto. Sehingga kini, takungan Alto kini hanya tinggal 15% akibat kemarau yang berpanjangan, ditambah pula dengan gelombang haba yang menyelubungi dunia ketika ini.

Sebenarnya, banyak lagi tinggalan lain dasar laut yang semakin hari semakin terdedah akibat paras air yang semakin rendah di sungai-sungai dan kawasan takungan di dunia. Ditambah pula dengan pemanasan global yang semakin memburuk dek kerana perbuatan manusia, kesannya sudah mulai dirasai dan akan terus meruncing sekiranya tiada tindakan daripada kita, manusia yang mendiami muka bumi ini.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila dijangka alami kiamat iklim dalam tempoh 18 tahun akan datang:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelbagai Pakej Pelancongan Menarik Ditawarkan, Kempen Sia Sitok Sarawak Bermula September Ini
Next Article Wanita Ini Mohon Cuti Kerana Senggugut, Namun Disindir Majikan Di Media Sosial Wanita Ini Mohon Cuti Kerana Senggugut, Namun Disindir Majikan Di Media Sosial

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?