• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua

Oleh
Ismail NA
27 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Gua Silabur merupakan tarikan pengunjung di bahagian Serian, Sarawak.

Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua. Terletak di Kampung Lobang Batu, Tebedu, Gua Silabur merupakan gua batu kapur dan merupakan salah satu produk pelancongan kebanggaan warga Tebedu Serian. Ini kerana ia merupakan kawasan tumpuan pelancong yang sukakan ekopelancongan dan berasaskan alam semula jadi.

Seperti mana kawasan pelancongan yang lain, Gua Silabur juga mempunyai kisah dan sejarahnya yang tersendiri.

Lelaki tua hidup bersama-sama cucunya

Al-kisahnya pada zaman dahulu, seorang lelaki tua menyambut perayaan menuai atau kesyukuran bersama cucunya. Kawasan Silabur ini merupakan kawasan penempatan masyarakat Bidayuh, jadi mereka telah merayakan festival kesyukuran ini sejak dari dahulu lagi.

Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua
Perayaan kesyukuran musim menuai atau disebut Gawai yang turut disambut oleh masyarakat Bidayuh Sarawak. Gambar hiasan.

Lelaki tua tersebut tinggal bersama cucunya di kampung bersama-sama penduduk kampung. Ibu bapa cucunya dikatakan telah hilang dan dipercayai meninggal akibat dipenggal kepala atau pun dibaham oleh binatang buas.

Diberi makan pekasam ikan bercampur buah pokok getah

Pada malam perayaan, lelaki tua tersebut menjamah pekasam ikan iaitu ikan yang diperam bersama garam dan beras dan dibiarkan di kawasan gelap untuk beberapa bulan.

Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua
Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua. Sumber foto : MyAgri

Namun, juadahnya malam itu disabotaj dan dianiayai oleh penduduk kampung. Pekasam ikan tersebut dicampur dengan buah pokok getah.

Lelaki tua tersebut tidak menyedari perbuatan khianat tersebut lalu memakan pekasam yang dicampur buah pokok getah itu. Lantas, lelaki tua tersebut ditertawakan oleh penduduk kampung kerana termakan gurau senda mereka.

Penduduk dikejar anjing peliharaan berloceng lelaki tua

Marah dengan perbuatan mereka, lelaki tua tersebut memasang loceng pada kaki anjing peliharaannya. Anjing tersebut menyalak dan mula mengejar penduduk kampung yang berada di situ.

Tidak lama kemudian, bunyi loceng anjing tersebut tidak lagi kedengaran. Lelaki tua dalam keadaan cemas memanggil-memanggil anjing kesayangannya namun tidak dijawab semula.

Turun hujan batu semasa lelaki tua menangis

Lelaki tua tersebut yang kecewa dengan perkara yang menimpanya pada hari tersebut menangis. Namun, tidak semena-mena, hari mulai mendung dan hujan.

Namun, ia bukanlah hujan biasa. Hujan yang turun adalah hujan batu yang akhirnya membentuk gunung dan gua yang dinamakan sebagai Gua Silabur.

Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua
Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua
Sumber foto : Dazzle

Untuk pengetahuan anda, Gua Silabur ini mula menjadi tarikan pelancong kerana keindahan struktur dalamannya yang seakan-akan batu jed. Eksplorasi dalam gua ini pula mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam.

Menariknya, permukaan dalaman gua ini akan menampakkan sinar berwarna kehijau-hijauan apabila terpancar sinar matahari.

Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua
Legenda Gua Silabur Serian, Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua. Sumber foto : Dazzle

Penggemar fotografi juga sering menjadikan gua ini sebagai lokasi untuk mencabar kreativiti mereka.

Best kan? Jom usha tempat menarik lain di Sarawak :

Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
8 Tempat Di Sabah Ini Seakan-Akan Di Luar Negara

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bernilai Lebih RM 100 Juta, Jalan Raya Berhias ‘Boulevard’ Akan Dibina Tahun Ini Di Kota Samarahan
Next Article Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?