I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak

Oleh Nur Afifah 26 Oktober 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Halang Warga Semenanjung Ke Sarawak Selama 30 Hari.

Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak. Terbaharu, sebuah parti politik di Sarawak telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Sarawak untuk menghalang kemasukan warga Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Halangan kemasukan yang dicadangkan oleh setiausaha SUPP Dudong, Dr. Wong Chya Wei ini turut menyatakan tempoh pelaksanaan iaitu selama 30 hari.

Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak
Setiausaha SUPP Dudong, Dr. Wong Chya Wei. Kredit : Borneo Post

Pihaknya turut menjangkakan bahawa angka kes positif akan terus meningkat susulan 3 kes jangkitan positif yang berpunca daripada perkumpulan agama di Sri Petaling. Majlis tersebut dianggarkan telah dihadiri oleh 14,500 warganegara Malaysia. Setakat hari ini (15 Mac 2020), sebanyak 20 kes keseluruhan dilaporkan di Sarawak dengan 17 daripadanya adalah kes berkaitan perkumpulan agama di Sri Petaling.

Rakyat Sarawak Yang Baru Pulang Perlu Kuarantin, Cadang Lanjut Cuti Sekolah

Tambahnya, rakyat Sarawak yang kembali dari sebarang perjalanan luar Sarawak harus menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan harus menjalani ujian rawak. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar setiap bahagian di Sarawak perlu menubuhkan pusat ujian diagnostik bagi mengesan pesakit. Tanpa ujian, pihak berwajib tidak dapat mengetahui siapa yang telah terjangkit dan mengenal pasti individu yang perlu diasingkan. Dalam pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar sekolah perlu melanjutkan tempoh cuti selepas musim cuti sekolah ini. Beliau menjelaskan bahawa langkah yang lebih ketat perlu dijalankan bagi memastikan wabak COVID-19 dapat dikawal dan dibendung dengan lebih baik.

Artikel Lain

BusAsia Lancar Laluan Bas Baharu Kuching-Singkawang Dengan Harga Promosi RM100
Kantoi Kutip Dana Palsu, Gereja Serian Jelas Individu Ini Bukan Wakil Sah Dari Gereja
Contoh Yang Boleh Diikuti Negeri Lain Di Malaysia, Tengku Hassanal Puji Sarawak
Tengku Hassanal Puji Usaha Sarawak Tangani Perubahan Iklim
Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak
Kredit : REUTERS

Namun demikian, tindakan ini dilihat terlalu drastik memandangkan jumlah warga Semenanjung yang ada di Sarawak sama ada untuk tujuan bekerja, belajar atau mengikut keluarga adalah ramai. Tambahan pula, Sarawak merupakan sebahagian daripada Malaysia. Penularan wabak ini telah memasuki Malaysia dengan kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020 manakala kes pertama melibatkan Sarawak disahkan pada 13 Mac 2020.

WHO Keluar Kenyataan Halang Kemasukan Adalah Tidak Efektif, Lumpuhkan Sistem Bantuan Kecemasan, Ekonomi Dan Sosial

Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak
Parti Politik SUPP Cadang Tindakan Drastik Halang Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sarawak. Kredit : LIBUR

Menurut laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tindakan mengekang perjalanan keluar masuk manusia dan barangan adalah tidak efektif semasa berlakunya kecemasan kesihatan awam kerana ia mengganggu sistem penyampaian bantuan dan sokongan teknikal. Bahkan, The New York Times juga menyebut bahawa penutupan sekolah dan tempat kerja adalah gangguan utama yang melumpuhkan ekonomi dan memberi impak negatif kepada kehidupan sosial.

WHO turut menjelaskan bahawa tindakan menghalang kemasukan ini tidak mampu untuk membendung penularan wabak. Ia hanyalah langkah singkat untuk memberi ruang dan masa kepada sesebuah negara yang belum terjejas untuk bersiap siaga sepenuhnya menghadapi bencana ini. Sekiranya perlu dilaksanakan, ia mestilah dilaksanakan pada peringkat awal wabak yang mana ia telah pun berlalu. Wabak ini kini telah diisytiharkan pandemik.

‘Over-React’ Cetus Panik, Bebankan Petugas Kesihatan

Sebuah artikel Victoria Advocate di Amerika Syarikat pula menyatakan bahawa tindakan ‘over-react’ hanya akan mengundang panik dan cemas dalam kalangan rakyat tempatan. Bukan itu sahaja, sekiranya gelombang panik ini melanda seluruh rakyat, sudah tentu ia akan lebih membebankan petugas kesihatan dan kecemasan. Rakyat akan menjadi paranoid dan terlalu bimbang dijangkiti walaupun tiada simptom-simptom jangkitan.

Kredit : AP

Mengambil contoh penguatkuasaan negara Taiwan, negara yang terdekat dengan China tersebut menghalang kemasukan warganegara China, Hong Kong dan Macau di peringkat awal wabak iaitu sejurus selepas melihat trend peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di China. Langkah ini ternyata berkesan untuk mempersiapkan tenaga kesihatan berdepan penularan wabak COVID-19. Selain itu, rakyatnya turut mengambil pengajaran daripada wabak SARS sekitar tahun 2002-2003 dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengikuti segala panduan kesihatan awam yang telah digariskan oleh kerajaan Taiwan. Setakat 11 Mac 2020, jumlah kes yang dicatatkan di Taiwan adalah di bawah 50 kes sahaja.

Kesimpulannya, selain daripada langkah menghalang kemasukan, rakyat Sarawak sendiri perlu memainkan peranan penting dan mesti mempertingkatkan kesedaran. Patuhi segala panduan kesihatan awam untuk mencegah jangkitan. Cuci tangan dengan kerap, elak kawasan sesak dan banyakkan masa di rumah sudah memadai untuk mengurangkan penularan dalam kalangan komuniti.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 14 Kes Baru COVID-19 Di Malaysia, 50 Jumlah Kes Keseluruhan Setakat Hari Ini 11 Kes Baru Positif COVID19 Di Sarawak, 20 Keseluruhan Kes Setakat Hari Ini
Next Article Kematian COVID19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak 190 Kes Terbaru COVID19 Dicatat Di Malaysia Hari Ini, Pertambahan Tertinggi Hari Ini dan 9 Di ICU

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?