fbpx
Cerita Borneo

Penting Untuk Anda Tahu : Ketahui Perbezaan Flu dan Covid-19

Adakah ia simptom flu biasa atau Covid-19?

Penting Untuk Anda Tahu : Ketahui Perbezaan Flu dan Covid-19. Semestinya anda dinasihatkan untuk pergi ke pemeriksaan kesihatan sekiranya anda mengesyak anda rasa nak demam, namun dengan baru-baru adanya kes Covid-19 dalam negeri kita, kita perlu menjangka hospital dan klinik kita akan sibuk mengendalikan kes-kes ini. Berikut adalah gambar rajah dipetik dari sumber mengenai perubatan bagaimana membezakan simptom Covid-19, flu, cold, dan alahan.

Penting Untuk Anda Tahu : Ketahui Perbezaan Flu dan Covid-19. Kredit: Giphy

Apa Perbezaan Flu, Cold, dan Alahan?

Cold, atau juga dikenali sebagai demam selesema, disebabkan oleh virus. Ia boleh dirawat dengan decongestants dari farmasi dan ubat penahan sakit dan selalunya berlangsung hanya seminggu atau dua.

Gejala alahan disebabkan oleh tindak balas imun terhadap allergen. Gejalan ini bertahan lebih lama dan berlaku tahun demi tahun, jadi penting untuk mengetahui apa yang anda alah untuk mengelakkannya. Rawatan yang selalunya diberi untuk mereka mempunyai alahan adalah antihistamin, nasal spray atau suntikan alahan.

Flu disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti hidung, tekak, dan paru-paru. Virus ini menyebar apabila orang yang batuk selesema, bersin atau bercakap, menghantar titisan dengan virus ke udara dan berpotensi ke mulut atau hidung orang berdekatan. Anda juga boleh mendapatkan flu dengan menyentuh permukaan atau objek yang mempunyai virus selesema dan kemudian menyentuh mulut, atau hidung anda sendiri.

Kredit: CNN

Apakah Coronavirus (Covid-19)?

Untuk peringatan semua, coronavirus adalah sejenis virus yang sering berlaku pada haiwan (dalam kes ini, virus itu dikesan dari sebuah market haiwan di Wuhan). Kadang-kadang, ia boleh merebak kepada manusia. Ini jarang berlaku.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), simptom-simptom coronavirus termasuk:

  • demam
  • batuk (selalunya kering)
  • kesesakan nafas
  • rasa letih dan lemah

CDC percaya gejala mungkin muncul dua hingga 14 hari selepas bersentuhan dengan virus.

Perbezaan Covid-19 dengan demam biasa

Ada beberapa gejala yang sama antara demam-demam ini. Carta ini dapat membantu anda mengetahui jika anda mungkin merasakan gejala alahan atau penyakit pernafasan seperti COVID-19. Jika anda mempunyai demam dan batuk, hubungi doktor anda segera.

*Informasi mengenai Covid-19 sentiasa berubah. Kredit: Asthma and Allergy Foundation of America

Siapa yang berisiko tinggi?

Menurut WHO dan CDC, kumpulan risiko tertinggi termasuk:

  • Orang yang telah melancong ke China, Iran, Korea Selatan dan Eropah (terutamanya Itali)
  • Orang yang menjaga seseorang yang dijangkiti Covid-19
  • Orang yang berumur 60 ke atas
  • Orang yang mempunyai keadaan perubatan kronik seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, diabetes dan asthma

Bagaimana Mencegah Covid-19?

CDC mengeluarkan garis panduan baru untuk orang yang berisiko tinggi, iaitu:

  • Stok bekalan (bekalan 14 hari)
  • Ambil langkah untuk menjauhkan diri dari orang lain
  • Elakkan orang yang sakit, hentikan hubungan rapat dan cuci tangan anda dengan kerap
  • Elakkan orang ramai sebanyak mungkin
  • Sekiranya terdapat wabak di komuniti tempatan anda, CDC menasihatkan anda tinggal di rumah sebanyak mungkin.

Sekiranya anda sakit, kemungkinan besar ia adalah selesema melainkan anda tinggal di kawasan wabak koronavirus. Sekiranya anda mengalami gejala batuk atau demam, hubungi doktor anda segera. Terdapat rawatan antivirus yang boleh didapati untuk selesema biasa.

Jika anda rasa ragu-ragu, sila hubungi talian KKM

atau anda boleh pergi ke mana-mana klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia melalui real time data ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button