Perjuangan Mustapha Bin Harun Membebaskan Borneo Utara
Mustapha Bin Harun bukanlah satu nama yang asing suatu ketika dahulu lebih-lebih lagi bagi penduduk Sabah yang hidup sezaman dengannya. Namun begitu, persoalannya disini masihkah Mustapha Bin harun dikenali oleh generasi kita masa kini.
Perjuangannya telah membangkitkan semangat juang seluruh penduduk Sabah untuk menentang penjajahan Jepun suatu ketika dahulu. Jasa dan Pengorbanannya harus dikenang oleh generasi kini dan akan datang, kerana tanpa perjuangan dan pengorbanan beliau kita tidak akan mampu merasai keamanan seperti sekarang.
Menurut maklumat yang kami perolehi dari urangsabah.com, Mustapha Bin Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di sebuah perkampungan Tampakan yang terletak di daerah Kudat, Sabah. Beliau merupakan anak kepada Datu nasaruddin dan Norani Abdul Rahim dan merupakan dari ketiga pasangan tersebut. Beliau berketurunan Suluk dan Bajau, bapanya berbangsa Suluk manakala ibunya berbangsa Bajau Bannaran.
Semasa zaman penjajahan iaitu pada tahun 1928, beliau pernah bekerja sebagai pelayan rumah Residen Kudat Syarikat Berpiagam borneo Utara ketika berumur 10 tahun. Enam tahun kemudian beliau telah dilantik oleh E.W Morrel menjadi ‘Office Orderly’ di Pejabat Daerah Kudat. Beberapa tahun setelah itu, beliau dilantik pula menjadi Ketua Anak Negeri Dan juga dilantik sebagai Pemungut Cukai Candu.
Perjuangan beliau sebagai pejuang kebebasan Borneo Utara bermula pada akhir zaman penjajahan tentera Jepun. Pada ketika itu, Tun Mustapha yang tidak tahan melihat penderitaan rakyat telah bangkit menentang Jepun dan sebagai tindak balas pihak Jepun telah menawarkan ganjaran sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Tun Mustapha.
Di ketika itu juga, Berlaku pemberontakan oleh Albert Kwork, Albert Kwork yang mengetahui pemberontakan Tun Mustapha telah mengajak beliau untuk sama-sama menyerang Jesselton. Namun begitu Tun MUstapha mengatakan dan menasihati Albert Kwort bahawa belum tiba masanya lagi untuk tunjukkan pemberontakan.
Albert Kwork telah bertindak sendiri setelah tidak mendapat kata sepakat dengan Mustapha Harun. Walau bagaimanapun, Albert Kwork telah mendapat bantuan dari beberapa orang Tun Mustapha dari suku Bajau dan Suluk dari Mantanani dan Inanam yang dipimpin oleh Penglima Ali. Selain itu, beberapa pemimpin Bajau Suluk telah bergabung untuk sama-sama dengan Albert Kwork penentang Jepun.
Sementara itu, Alibasa juga telah disiksa dengan digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala dibawah dan kakinya diatas. Setelah tentera Jepun puas menyiksa kedua-duanya, mereka dibawa berlayar ke Kudat.
Sebelum meninggalnya Datu Muhammadun, beliau telah berpesan kepada Alibasa agar mencari jalan keluar untuk melarikan diri dan memberitahu kepada Tun Mustapha tentang apa yang mereka telah alami dan beliau juga berpesan agar membela kematiannya nanti. Alibasa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam laut ketika kapal tersebut menghampiri perairan Pulau Balak-balak Banggi.
Sewaktu beliau terjun Ke dalam laut, beliau telah dihujani oleh tembakan meriam dan senapang. Namun tidak satupun mengenai tubuh badannya, keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.
Tidak beberapa lama setelah itu, Tun Mustapha pun kembali ke Sabah, beliau yang mendapat tahu akan kematian ayah dan adiknya telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah untuk menuntut bela atas kematian keluarganya dan juga untuk membebaskan Sabah dari tentera Jepun.
Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh hampir kesemua pemuda Sabah yang kebanyakkan terdiri dari suku kaum Suluk, Bajau bannaran, Kagayan, Orang Sungai, Orang Brunai dari Kudat, Kota Merudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia.
Pada 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi.
Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.
Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK).
Beliau telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.
Baca artikel penuh di : Urang Sabah