I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
Notification Show More
Latest News
Tak Perlu Beratur Panjang Lagi! Rotiboy Kini Sudah Buka Cawangan Kedua Di Kuching
20 Jun 2022
Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe ‘Aesthetic’ Indah House Kuching
20 Jun 2022
Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Enseruit Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo
20 Jun 2022
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’
20 Jun 2022
Tular Pembuli Jalanan Tunjuk Samseng Di Batu Kawa, Suspek Kini Diburu Polis
Individu Tular Disyaki Pembuli Jalanan Di Batu Kawa Kini Diburu Polis
20 Jun 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya

Oleh Nazihah Ahmad Napis
Dikirim pada 03/06/22 1:25 AM
Kongsi
8 Min Bacaan
Sentuh Makanan Takut 'Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
Kongsi

Pantang larang orang Melayu adalah sebagai panduan dan juga untuk mendidik tidak kira tua atau muda kearah yang lebih baik.

Sentuh Makanan Takut ‘Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya. Masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh graduan PhD dari Universiti Malaysia Sarawak berkenaan dengan petua dan pantang larang tradisional dalam alam Melayu Sarawak. Kajian ini telah dikongsi oleh Hamidah Abdul Wahab di laman researchgate.net.

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya. (Gambar hiasan)

Walaupun amalan petua dan pantang larang lama ini berpaksi kepada agama suci Islam, namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Daripada penelitian, didapati bahawa petua dan pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai perkaitan rapat dengan unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas dan penyesuaian berlandaskan agama Islam.

Petua dan pantang larang lama ini dilihat bermanfaat sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam menelusuri alur kehidupan, justeru ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini. Antaranya ialah:

1

Bawang merah untuk mengubati kanak-kanak sakit perut

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
Gambar hiasan

Untuk mengubati kanak-kanak sakit perut dan menangis, masyarakat Melayu Sarawak mengambil bawang merah tunggal (bawang merah yang berbentuk bulat dan tidak berkembar) dan memicitnya dicelah-celah ibu jari dengan jari kaki kanan, atau dipicit dan diletakkan diperut dan di ubun kepala kanak-kanak tersebut. Petua ini dilakukan dengan iringan selawat ke atas nabi Muhammad dan bacaan Bismillah.

2

Penggunaan sirih dan pinang untuk merawat kembung perut bayi

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya

Bagi masyarakat Melayu, daun sirih biasanya akan dipanaskan pada api, lalu diletakkan di perut bayi dengan tujuan membuang angin atau menyembuhkan kembung perut. Contoh ini secara jelas menampakkan bahawa kaum ini memanfaatkan sirih dalam bidang pengubatan tradisional. Sungguhpun bersifat tradisional, penggunaan sirih dalam perubatan dinyatakan sangat relevan hingga kini kerana kemujarabannya.

3

Mengamalkan ‘berdiang’ selepas bersalin

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya

Amalan petua tradisional ini dilakukan dengan membuat unggun api dan wanita yang berpantang tersebut akan duduk berhampiran dengan unggun api tersebut untuk memanaskan badan. Ketahui bahawa petua ini juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah di dalam tubuh. Amalan berdiang ini pada asasnya tidak mempunyai tempoh tertentu yang perlu dipatuhi kerana amalan ini bergantung kepada individu terbabit.

4

Halia untuk memanaskan badan selepas bersalin

Terdapat juga petua perubatan yang diamalkan ibu selepas bersalin menggunakan halia. Dalam hal ini, masyarakat Melayu Sarawak mempercayai bahawa halia dapat memanaskan dan menyegarkan tubuh badan selepas bersalin, iaitu semasa ibu masih berpantang. Masyarakat Melayu Sarawak dahulu dan sekarang akan merebus air halia dan meminum airnya. Sepanjang tempoh berpantang, amalan menggunakan halia, baik sebagai minuman atau kegunaan luaran akan diteruskan dan kesannya diyakini amat berguna kepada pengamalnya.

5

'Dikasei' untuk menaikkan seri pengantin.

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya

Petua persediaan untuk pengantin secara khususnya pula melibatkan bahan-bahan semula jadi untuk pelbagai tujuan dan manfaat kesihatan serta kecantikan. Misalnya, beras pulut, kunyit, daun pandan dan bunga tanjung akan ditumbuk dan seterusnya dikasei (dilumur) pada seluruh badan selama tujuh hari. Selain dapat menghaluskan dan melembutkan kulit, amalan ini dipercayai dapat menaikkan seri muka pengantin. Untuk menaikkan seri wajah juga, pengantin perlu minum air campuran kunyit dengan sedikit gula.

6

Tepung tawar ke atas pengantin

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
Sumber gambar: Kashoorga

Untuk tujuan ini, tuan rumah keluarga terdekat akan merenjis tepung tawar sambil berdoa agar pengantin diberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sekiranya amalan ini tidak dilaksanakan, keadaan tersebut dikatakan akan ‘tunggal haus’, iaitu menyebabkan sesuatu tidak baik akan berlaku kepada tuan rumah atau pengantin itu sendiri. Begitu juga dengan pengantin baru berkahwin idak dibenarkan keluar melintas ‘seberang laut’ dalam tempoh seminggu perkahwinan. Konsep ‘seberang laut’ ini merujuk kepada apa-apa juga perlakuan yang pergi ke sesuatu tempat melalui sungai mahupun laut. Tujuan petua ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk pada ketika baru melangsungkan perkahwinan.

7

Mengamalkan 'conteng' apabila sakit perut

Masyarakat Melayu tradisional Sarawak juga mengamalkan ‘conteng’ apabila sakit perut, pening atau demam. ‘Conteng’ merupakan lakaran berbentuk swastika diikuti dengan doa atau selawat ke atas nabi. Amalan ini dilakukan kerana kepercayaan masyarakat, kononnya terdapat jembalang yang akan menganggu individu, khususnya anak-anak kecil. Amalan ‘conteng’ banyak dilakukan pada tahun-tahun 1960-an. Pada tahun-tahun selepasnya, petua ini kurang lagi diamalkan.

8

Wanita tidak digalakkan duduk di muka pintu

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
‘Sentuh Makanan Takut Ponek’, Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya

Dalam hal pantang larang berkaitan wanita, sebagaimana wanita Melayu tidak digalakkan duduk di muka pintu. Sekiranya berbuat demikian, wanita tersebut akan lambat bertemu jodohnya. Pantang larang ini berkaitan dengan aspek nilai dalam budaya Melayu secara keseluruhannya. Hal ini kerana, sudah tentu wanita yang duduk di muka pintu akan mengundang pelbagai persepsi, khususnya yang tidak elok dalam kalangan orang kampung. Mereka mempunyai pandangan terhadap wanita yang sopan santun tidak berbuat demikian, lazimnya mereka sibuk dengan tugas menguruskan rumah.

9. Wanita tidak digalakkan menyanyi di dapur

Menurut kepercayaan orang-orang tua, wanita yang selalu menyanyi di dapur akan mendapat suami yang tua. Pantang larang ini juga berkaitan dengan sistem nilai dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana, adalah sesuatu perbuatan yang tidak manis apabila wanita menyanyi di dapur, yang seterusnya mungkin akan menyebabkan fokus kerja, khususnya semasa memasak akan terganggu. Kesannya, makanan yang dimasak mungkin tidak sedap kerana tersalah ramuan. Kini, masih ada masyarakat Melayu yang masih mempercayai kedua-dua pantang larang ini dan mencuba mengelakkan diri daripada melakukannya.

10. Wanita mengandung tidak digalakkan duduk di kepala tangga

Terdapat juga petua dan pantang larang untuk mendapat anak yang baik perangainya, iaitu apabila seseorang itu mengandung, individu tersebut tidak boleh duduk di kepala tangga. Dikatakan bahawa sekiranya si ibu berbuat demikian akan menyebabkan anaknya mengikut perangai ibunya yang buruk. Pantang larang ini memiliki aspek nilai yang tinggi, iaitu seseorang ibu yang mengandung tidak boleh duduk di tangga, yakni satu tempat yang boleh membahayakannya, sebaliknya duduk di kawasan yang lain, yang lebih selamat dan selesa.

11. Menyentuh makanan bagi mengelak kempunan

'Sentuh Makanan Takut Ponek', Ketahui 10 Petua Dan Pantang Larang Melayu Sarawak Dan Logik Disebaliknya
Sumber gambar: Butterkicap

Apabila tuan rumah mengajak tetamunya makan, maka mestilah tetamu itu makan ataupun sekurang-kurangnya menjamah (menyentuh) sedikit makanan tersebut. Tujuannya adalah agar seseorang itu tidak kempunan. Namun, rasionalnya adalah agar seseorang tetamu tersebut menghormati tuan rumah, iaitu supaya tuan rumah tidak berkecil hati apabila pelawaannya ditolak.

Alfred Russell Wallace ialah seorang naturalis dan penjelajah warga Britain yang terkenal kerana telah mengembangkan teori evolusi sendiri dengan pemilihan semula jadi. Baca artikel di bawah:

Nazihah Ahmad Napis 3 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemalangan Di Jambatan Kuning Mukah, Netizen Sempat Rakam Proton Saga Rempuh Vellfire [VIDEO] Kemalangan Di Jambatan Kuning Mukah, Netizen Sempat Rakam Proton Saga Rempuh Vellfire
Next Article Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Enseruit Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Cerita Borneo

Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo

20 Jun 2022
Tular Pembuli Jalanan Tunjuk Samseng Di Batu Kawa, Suspek Kini Diburu Polis
Cerita Borneo

Individu Tular Disyaki Pembuli Jalanan Di Batu Kawa Kini Diburu Polis

20 Jun 2022
Cerita Borneo

Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau

19 Jun 2022
Cerita Borneo

Temilok / Kejumah, Cacing Kayu Bakau Yang Enak Sebagai Alternatif Ulat Mulong

19 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?