• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Solat Jumaat Di Masjid Jamek Sarawak Kini Dibenarkan Sehingga 400 Orang, Ini Garis Panduan Terbaharu

Oleh
Ismail NA
6 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Garis panduan ini akan berkuatkuasa bermula 7 Julai 2021 sehingga tamat PKP.

Solat Jumaat Di Masjid Jamek Sarawak Kini Dibenarkan Sehingga 400 Orang, Ini Garis Panduan Terbaharu. Selaras dengan perkembangan semasa penularan COVID-19 dan ketetapan Kerajaan Sarawak, Majlis Islam Sarawak hari ini mengeluarkan satu garis panduan baharu untuk pengimarahan masjid dan surau semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Garis panduan ini termasuklah untuk aktiviti solat jumaat, solat fardhu, ceramah, siaran langsung media sosial, pengurusan jenazah, dan pengebumian jenazah.

Isi Isi Penting
  • Garis panduan ini akan berkuatkuasa bermula 7 Julai 2021 sehingga tamat PKP.
  • Garis panduan terperinci pengimarahan masjid dan surau di Sarawak sepanjang PKP
  • SOP Pengimarahan Masjid dan Surau di Sarawak
  • Artikel berkaitan :

Dalam garis panduan terbaharu tersebut, Majlis Islam Sarawak telah memutuskan untuk membenarkan solat jumaat didirikan oleh orang ramai di masjid dan surau yang telah diberikan kebenaran. Manakala untuk solat fardhu, Majlis Islam Sarawak juga telah memberikan kebenaran agar solat fardhu dilakukan di masjid dan surau dengan jumlah jemaah yang dibenarkan.

Untuk makluman anda, garis panduan ini akan berkuatkuasa bermula 7 Julai 2021 (Rabu) sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Garis panduan terperinci pengimarahan masjid dan surau di Sarawak sepanjang PKP

Berikut adalah garis panduan lanjut mengenai pengimarahan masjid dan surau di Sarawak :

1. Solat Jumaat di Masjid dan Surau (yang telah diberikan kebenaran mendirikan solat)

Dibenarkan dengan had jemaah mematuhi penjarakan fizikal (1 meter). Had jemaah adalah seperti berikut (termasuk Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Pengurusan);

  • Masjid Jamek Negeri Sarawak – Tidak melebihi 400 orang
  • Masjid/Surau Bahagian/Daerah/ Daerah Kecil – Tidak melebihi 200 orang
  • Surau Berjumaat – Tidak melebihi 100 orang
2. Solat Fardhu di Masjid dan Surau

Dibenarkan dengan had jemaah mematuhi penjarakan fizikal (1 meter). Had jemaah adalah seperti berikut (termasuk Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Pengurusan);

  • Masjid Jamek Negeri Sarawak – Tidak melebihi 150 orang
  • Masjid Bahagian, Daerah, Daerah Kecil, Kariah & Surau – Tidak melebihi 100 orang
3. Aktiviti Pengimarahan Masjid/Surau seperti Ceramah, Kuliah, Kelas Pengajian dan Lain-Lain

Dibenarkan mengikut tempoh dan had jemaah yang ditetapkan;

  • Selepas solat Maghrib sehingga azan solat Isyak sahaja
  • Selepas solat Subuh sehingga 7.30 pagi
4. Aktiviti Ziarah Kubur

Ditangguhkan sementara waktu

Garis panduan yang lain seperti siaran langsung ‘live streaming’ di media sosial, pengurusan jenazah yang tidak berkaitan dengan COVID-19, serta pengebumian jenazah yang tidak berkaitan dengan COVID-19 boleh dibaca menerusi siaran media rasmi Majlis Islam Sarawak seperti berikut;

Solat Jumaat Di Masjid Jamek Sarawak Kini Dibenarkan Sehingga 400 Orang, Ini Garis Panduan Terbaharu
Solat Jumaat Di Masjid Jamek Sarawak Kini Dibenarkan Sehingga 400 Orang, Ini Garis Panduan Terbaharu
Solat Jumaat Di Masjid Jamek Sarawak Kini Dibenarkan Sehingga 400 Orang, Ini Garis Panduan Terbaharu

SOP Pengimarahan Masjid dan Surau di Sarawak

Sehubungan itu, para jemaah, pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan masjid atau surau yang terlibat hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Islam Sarawak. Antaranya seperti ;

  1. Menggunakan pelitup hidung dan mulut sepanjang masa
  2. Mengimbas suhu badan
  3. Mendaftar kehadiran melalui MySejahtera atau buku rekod sebelum masuk ke dalam masjid atau surau
  4. Membawa sejadah atau alas sujud sendiri
  5. Berwudhuk di rumah
  6. Tidak bersesak-sesak ketika masuk dan keluar
  7. Tidak bersalaman
  8. Masjid dan surau dibuka 30 minit sebelum azan
  9. Penggunaan pembesar suara (luar) hanya dibenarkan untuk azan, bacaan Al-Quran 30 minit sebelum azan, khutbah dan pengumuman penting untuk ahli kariah sahaja
  10. Masjid atau surau hendaklah ditutup sejurus selepas wirid dan doa selepas solat oleh Imam (kecuali dalam tempoh pengimarahan dibenarkan)
  11. Masjid atau surau hendaklah ditutup untuk semua aktiviti mulai jam 9 malam setiap hari

Garis panduan ini boleh dipinda mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Selamat menunaikan ibadah dan sentiasa jaga SOP.

Solat Jumaat Di Masjid Jamek Sarawak Kini Dibenarkan Sehingga 400 Orang, Ini Garis Panduan Terbaharu

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Kes COVID-19 Di Sarawak Menurun, Hanya 286 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini
Next Article Kisah Kegemilangan Dan Kejatuhan Friendster, Sosial Media Yang Maha Popular Sebelum Facebook

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?