I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Notification Show More
Latest News
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
20 Mei 2022
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
20 Mei 2022
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
20 Mei 2022
BeFunky collage 57 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
20 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia

Kedung BK
Oleh Kedung BK
Dikirim pada 23/10/20 5:43 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Kongsi
Sponsored

Kenali tradisi Mepasah, iaitu tradisi tidak menguburkan mayat

Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia. Upacara pengebumian biasanya dilakukan dengan mengebumikan si mati. Dalam agama dan budaya tertentu, si mati dikremasi menjadi abu.

Tetapi untuk penduduk Desa Trunyan, mereka melakukan upacara pengebumian dengan cara unik iaitu tidak menguburkan mayat.

Sponsored
trunyan village tree final Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia

Penduduk Trunyan adalah kumpulan etnik pertama yang mendiami pulau Bali

Merupakan sebuah kampung terpencil, Trunyan terletak di Kintamani, Bali di tepi Tasik Batur. Pelawat yang ingin datang ke sini harus menyeberang dengan kapal yang melalui tasik tersebut.

67942 0 665 374 Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Trenyan di seberang tasik. Kredit: Viva

Kampung ini merupakan salah satu daerah yang dihuni oleh suku ‘Bali Aga’ atau ‘Bali Mula’. Mereka masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka. Suku ini adalah kumpulan etnik pertama yang mendiami pulau Bali, malah hingga kini suku ini dan semua keunikan mereka masih terdapat di beberapa tempat di Bali, salah satunya di Trunyan.

Sponsored
baliagavillage1 Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Etnik Bali Aga merupakan penduduk terawal di Bali. Kredit: Bali Gates of Heaven

Kebanyakan orang Bali adalah penganut Hindu, jadi sekiranya berlaku kematian, mayat akan dibakar atau dikuburkan berdasarkan kepercayaan Hindu. Namun, upacara ini tidak diamalkan di Trunyan.

Disebaliknya, penduduk Trunyan meletakkan mayat yang telah meninggal di atas tanah, ditutup dengan kain dan buluh yang disusun untuk membentuk sebuah prisma. Upacara ini digelar ‘Mepasah’.

Sponsored
unnamed Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Upacara Mepasah. Kredit: ringkaskata

Bermula dengan upacara penyucian

Setelah upacara penyucian iaitu membersihkan mayat dengan air hujan, mayat akan diletak atas tanah. Beberapa lubang terdapat di tempat meletakkan mayat, sekitar 10 – 20cm untuk menjaga kedudukan badan kerana kontur tanah perkuburan tidak lancar.

Selain wajah, bahagian badan mayat akan dibalut dengan kain putih. Sebagai petanda, badan ditutup dengan buluh yang disusun membentuk prisma. Prisma ini digelar ‘ancak saji’.

Sponsored
Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Ancak Saji menutup jenazah yang dibalut kain. Kredit: kumparan

Sekiranya anda terfikir sama ada mayat itu akan berbau, nope!

Yang membuat perkara ini menarik adalah mayat itu diletakkan di antara pokok Taru Menyan. ‘Taru’ bermaksud pokok manakalah ‘menyan’ bermaksud harum. Aroma yang keluar dari pokok ini dapat meneutralkan udara di sekitarnya. Pokok-pokok yang memancarkan kekuatan bau ini hanya tumbuh di kawasan ini, walaupun telah ditanam di kawasan lain.

Sponsored

Di bawah satu pokok, hanya sebelas mayat sahaja diletakkan. Ini telah ditetapkan oleh kepercayaan Orang Asli tempatan. Ia juga dikatakan bahawa satu pokok hanya dapat meneutralkan sebelas mayat jadi sekiranya ada lebih, baru mayat akan berbau.

img 20120207170049 4f30f6511da51 Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Hanya 11 jenazah dibenarkan untuk dikebumi di bawah pohon. Kredit: detikTravel

Apabila terdapat mayat baru, maka mayat yang paling lama di sana akan dipindahkan ke kawasan terbuka dan tidak dilindungi oleh ‘ancak saji’. Jenazah tersebut akan disatukan dengan jenazah lain dalam struktur batu atau di bawah sebuah pohon.

Sponsored

Anda juga akan melihat tulang dan barang-barang lain seperti sudu, pinggan, pakaian, selipar dan lain-lain yang tersebar di kawasan perkuburan. Ini diesengajakan kerana terdapat beberapa barang yang tidak boleh dibawa keluar dari kawasan perkuburan itu.

3489833229 Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Pelbagai barang dapat dilihat di kawasan perkuburan. Kredit: National Geographic Indonesia

Tak semua mayat akan diberi upacara sama

Orang Trunyan telah menetapkan prosedur pengebumian. Malah, terdapat syarat-syarat tertentu untuk mayat dikebumikan seperti ini. Syarat tertentu seperti si mati telah berkahwin pada waktu kematian, orang yang masih bujang, dan anak kecil yang tidak mempunyai gigi susu, orang yang mati dalam keadaan yang ‘wajar’ dan tiada kecedaraan yang belum pulih, serta mempunyai bahagian badan yang lengkap, baru layak dikebumikan seperti ini. Jika tidak memenuhi syarat ini, maka jenazah akan dikebumikan secara biasa (burying).

Sponsored

Terdapat tiga jenis tanah perkuburan iaitu ‘sema’ di Trunyan. Ketiga-tiga sema ini dibezakan oleh usia si mati, kelengkapan bahagian tubuh, dan cara pengebumian.

Kawasan perkuburan pertama digelar ‘sema waya‘. Sema ini dianggap paling baik dan paling suci antara tiga sema tersebut iaitu jenazah dikebumikan dengan cara Mepasah.

Sponsored
00245889s1 1 Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Sema waya adalah kawasan perkuburan paling suci dan baik.

Kawasan perkuburan adalah ‘sema muda‘. Sema ini adalah tempat mayat dikuburkan dan ditujukan untuk kanak-kanak atau bayi yang masih mempunyai gigi susu.

Yang ketiga adalah ‘sema bantas‘. Sama seperti sema muda, kawasan ini juga tempat mayat dikuburkan tetapi ditujukan untuk orang yang berada dalam keadaan ‘Ulah Patu’ atau ‘Salah Pati’. Ini bermaksud pada masa kematian, si mati mempunyai kecederaan dan penyebab kematian adalah tidak biasa, seperti kemalangan, kehilangan nyawa yang disebabkan oleh orang lain, kehilangan nyawa kerana kemalangan, dan bahagian badan yang tidak lengkap.

Sponsored
tri herlina. Deretan tengkorak mepasah di Desa Trunyan Bali Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Tengkorak yang disusun dengan kemas di kawasan perkuburan. Kredit: tatkala

Meskipun cara perkuburan penduduk Trunyan luar biasa, tak dinafikan upacara ini sangat unik dan adalah refleksi kepada kepercayaan nenek moyang mereka dari zaman dahulu.

Lagi di sini:

Sponsored
Kedung BK 23 Oktober 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article gambir Ini Adalah 4 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Gambir Sarawak Selain Digelar Ubat Kuat Ini Adalah 4 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Gambir Sarawak Selain Digelar Ubat Kuat
Next Article BeFunky collage427 Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Cerita Borneo

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda

20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Cerita Borneo

Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

20 Mei 2022
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
Cerita Borneo

Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik

20 Mei 2022
BeFunky collage 57 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Cerita Borneo

4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak

20 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]digital.co

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?