• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelancong Malaysia Makin Kerap Dihalang Masuk Korea, Netizen Beri Tips Penting Untuk Lepas Imigresen

Oleh
Ismail NA
23 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Terbaharu, empat orang pelancong Malaysia dihalang meskipun bersama agensi pelancongan tempatan Korea

Pelancong Malaysia Makin Kerap Dihalang Masuk Korea, Netizen Beri Tips Penting Untuk Lepas Imigresen. Baru-baru ini, tular di laman media sosial apabila pelancong dari Malaysia semakin kerap dihalang untuk memasuki Korea Selatan, terutamanya apabila tiba di bahagian pemeriksaan imigresen.

Terbaharu, sebuah kejadian yang sama telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Sabreena Qistina melalui group Road to Korea, apabila kumpulan pelancongnyan dihalang untuk memasuki Korea Selatan dengan alasan tidak hafal pelan itinerari dan tidak membawa wang tunai yang mencukupi. Lebih mengecewakan, mereka mengalami nasib malang ini meskipun pergi melancong menggunakan khidmat agensi pelancongan yang berpangkalan di Korea Selatan sendiri.

Pelancong Malaysia Makin Kerap Dihalang Masuk Korea, Netizen Beri Tips Penting Untuk Lepas Imigresen
Pelancong Malaysia Makin Kerap Dihalang Masuk Korea, Netizen Beri Tips Penting Untuk Lepas Imigresen. Sumber: Sabreena Qistina via FB Road to Korea

Isu yang turut hangat diperkatakan di platform X ini juga telah mendapat reaksi daripada pengguna yang berkongsi pengalaman dan nasihat jika hendak melancong ke Korea Selatan.

Tips penting daripada netizen Malaysia yang seringkali ke sana

Salah satunya adalah daripada pempengaruh X yang bernama Rin yang mengatakan bahawa imigresen Korea kini semakin ketat disebabkan ramai rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk bekerja secara haram dan tinggal lebih lama daripada tempoh yang ditetapkan.

Oleh demikian, pempengaruh yang pernah belajar di Korea Selatan ini menyarankan supaya rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara berkenaan untuk memastikan maklumat K-ETA tepat, tempoh sah laku passport masih panjang dan tidak rosak, tempah tiket pergi balik dan hotel sebelum tiba dan mengetahui dengan sebaik-baiknya itinerari perjalanan.

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia yang berhasrat ke sana juga dinasihatkan untuk menjaga penampilan diri agar menjadi lebih ‘presentable’.

Sumber: X @rinmansor

Pastikan bin dan binti diletakkan sekali dalam tempahan tiket dan hotel

Sementara itu, seorang lagi pengguna X, Nazirul Rahman, turut berkongsi pengalamannya berjaya pergi ke negara Korea Selatan selama dua tahun berturut-turut.

Ujarnya, tips yang berguna untuk memastikan kemasukan ke Korea Selatan dipermudahkan adalah dengan menempah hotel di kawasan pelancongan, memakai pakaian yang kemas semasa melalui pemeriksaan imigresen, dan mencetak semua itinerari, tempahan hotel, serta tiket penerbangan pergi dan balik.

Paling penting, maklumat peribadi seperti ejaan nama, terutamanya nama yang memiliki bin dan binti mesti dimasukkan semasa membuat tempahan dan K-ETA, serta memastikan alamat tempat tinggal adalah alamat terkini jika ada pertukaran saat akhir dalam tempahan tempat tinggal anda.

Pelancong Malaysia Makin Kerap Dihalang Masuk Korea, Netizen Beri Tips Penting Untuk Lepas Imigresen
Sumber: X @nzrlrzmn

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang bekerja secara haram menyebabkan imigresen Korea Selatan semakin ketat

Membalas kepada hantaran X seorang pengguna yang mengutarakan permasalahan di group Facebook, seorang lagi pempengaruh Malaysia yang berpangkalan di Korea Selatan, Sabrina @jpbrinx memberitahu bahawa perkara paling utama yang perlu dilakukan jika ingin melancong ke Korea adalah dengan berpakaian kemas dan ‘presentable’, memahami sepenuhnya itinerari perjalanan dan bercakap dengan yakin di hadapan pegawai imigresen.

Jelasnya, beliau telah membawa keluarganya melancong ke Korea Selatan lebih daripada 5 kali dan tidak pernah dipersoalkan oleh pihak imigresen. Keluarganya juga tidak pernah membawa wang tunai lebih daripada 300,000 won kerana mereka lebih sering menggunakan kad.

Mengulas lanjut, Sabrina turut bersetuju bahawa kini sudah terlalu ramai rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di sana sehingga menyebabkan pihak imigresen Korea Selatan terpaksa menjalankan kawalan yang lebih keta, sekaligus menolak kemungkinan bahawa wang tunai adalah penyebab sesetengah kemasukan pelancong Malaysia ditolak.

Pelancong Malaysia Makin Kerap Dihalang Masuk Korea, Netizen Beri Tips Penting Untuk Lepas Imigresen
Sumber: X @jpbrinx

Walaubagaimana pun, menerjah ke ruangan komen, pelepasan semasa melalui pemeriksaan imigresen di Korea Selatan ini juga mengikut nasib meskipun telah menepati kriteria seperti berpakaian kemas dan menarik, membawa jumlah wang yang mencukupi, dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan untuk menangguhkan rancangan untuk melancong ke negara K-Pop itu dan lebih baik untuk meneroka ke negara Asia yang lain, terutamanya negara ASEAN.

Nak lagi bagus? Melanconglah dalam Malaysia. Hehe.

Malaysia pun ada tapak geopark UNESCO yang sebaris dengan Korea Selatan:

Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO
Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Saksi Dakwa Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah Terima Rasuah RM31 Juta Saksi Dakwa Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah Terima Rasuah RM31 Juta
Next Article Tular Data Guru Dan Murid Berserta Nombor IC Bocor Di Internet Tular Data Guru Dan Murid Berserta Nombor IC Bocor Di Internet

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?