Siapa Sangka Urutan Warga OKU Ini Sangat Memuaskan. Anda Patut Cuba!
Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching. Kepada individu yang pergi ke Kuching atas urusan kerja, pasti anda penat seharian berhadapan dengan situasi yang sedikit asing untuk anda.
Mana nak cari makan lagi, cari transport lagi, dan macam-macam lagi lah. Mulalah badan anda memberi isyarat untuk berehat dan perlukan sedikit urutan. Urutan pun bukan sebarang urutan. Silap hari bulan, tersalah masuk rumah urut 2 in 1 pula.
Apa kata anda cuba khidmat urutan oleh warga kurang upaya ini. Juh!
1. Iska Blind Massage Centre, Plaza Merdeka
Pusat urutan Iska ini dahulunya terletak di atas kopitiam legend iaitu Joo Seng, berhadapan dengan Wisma Saberkas. Kini, anda boleh mengunjungi mereka di Plaza Merdeka untuk mendapatkan khidmat urutan dengan harga yang berpatutan.
Tambahan pula, lokasinya berada di tengah bandaraya Kuching. Bolehlah anda mendapatkan khidmat urutan on the go.
Perkhidmatan boleh didapatkan sama ada secara walk-in atau tempahan melalui nombor yang tertera seperti berikut.
Alamat : Tingkat 2, Plaza Merdeka, Kuching (Pautan peta Google – https://goo.gl/maps/mftBdvx4Wii81cjCA)
Waktu Operasi : 10 pagi sehingga 8 malam (Buka setiap hari)
Facebook: Iska Blind Massage Centre
2. Borneo Blind Massage Centre, Jalan Batu Lintang
Borneo Blind Massage Centre yang terletak di bangunan kedai Block 10, Jalan Rock, Batu Lintang ini pula menempatkan beberapa orang tukang urut yang rata-ratanya mempunyai pengalaman selama belasan tahun.
Mereka juga merupakan tukang urut yang terlatih dari Pusat Kemahiran Orang Buta Kuching dan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Alamat : LT 1606, Block 10, Tingkat 2, Jalan Rock, 93250 Kuching, Sarawak (Pautan peta Google – https://g.page/borneo-blind-massage-centre?share)
Waktu Operasi : 9 pagi sehingga 6 petang (Buka setiap hari)
Facebook: Borneo Blind Massage Centre
3. Fringo Blind Health Care Centre, Batu Kawa
Pusat urut orang buta Fringo ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan. Mereka mempunyai dua cawangan pusat urut iaitu di Emart Batu Kawa dan di Bandar Baru MJC, Batu Kawa.
Kedua-dua pasangan ini juga merupakan pakar dalam urutan Jepun iaitu Japanese Shiatsu serta akupunktur. Selain itu, mereka juga menyediakan urutan untuk para wanita yang baru bersalin bagi mengembalikan kesihatan dalaman. Wahh, sik sabar rasa nak berurut eh!
Alamat : Berdekatan Foodcourt Emart Batu Kawa (Pautan peta Google – https://g.page/emart-batu-kawa?share)
Waktu Operasi : 10 pagi sehingga 10 malam (Buka setiap hari)
Facebook: Fringo Blind Health Care
Macam best kan? Apa kata anda datang ke pusat urutan ini jika anda bertandang ke Kuching dan merasai sendiri pengalaman urutan yang melegakan. Pada masa yang sama, anda juga boleh membantu golongan ini. Ini barulah 2 in 1 yang betul kan?
Jangan lupa like dan share post ini!