• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

160 Pelajar Sekolah Di Sabah Terlibat Dalam Kegiatan Jenayah Termasuk Rogol

Oleh
ILB - AI
22 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Jenayah semakin berleluasa

160 Pelajar Sekolah Di Sabah Terlibat Dalam Kegiatan Jenayah Termasuk Rogol. Sesuatu jenayah perlulah dielakkan kerana ia merugikan dan membawa padah. Seramai 160 pelajar ditahan kerana telibat dalam jenayah termasuklah rogol pada tahun lalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, statistik dilaporkan sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu. Jumlah dilaporkan sebanyak 140 pelajar lelaki, manakala 20 lagi pelajar perempuan.

160 Pelajar Sekolah Di Sabah Terlibat Dalam Kegiatan Jenayah Termasuk Rogol
Gambar hiasan. Sumber: Utusan Malaysia

Bahkan, Idris turut mengatakan kes yang paling ramai pelajar terlibat ialah kes merusuh di bawah Seksyen 147/148 Kanun Keseksaan atau gaduh gempar yang melibatkan seramai 55 pelajar.

“Diikuti pula dengan kesalahan mencederakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan melibatkan seramai 21 pelajar iaitu 18 daripadanya lelaki dan tiga pelajar perempuan,” katanya menurut laporan.

“Selain itu, terdapat kesalahan rogol yang melibatkan seramai 20 pelajar lelaki dan kesalahan mencuri seramai 19 pelajar,” katanya ketika berucap pada Program Hari Pertama Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas di sini pada Rabu.

Kes ini mencetuskan kerisauan

Selain itu, Idris memaklumkan kes ini mencetuskan kebimbangan kerana jumlah pelajar terlibat dalam jenayah tersebut dilihat sebagai satu angka yang besar.

160 Pelajar Sekolah Di Sabah Terlibat Dalam Kegiatan Jenayah Termasuk Rogol
Gambar hiasan. Sumber: Perak Today

Bukan itu sahaja, Idris juga menyatakan bahawa setakat ini hanya sembilan pelajar daripada 160 telah dibebaskan tanpa syarat setelah selesai siasatan.

“Selebihnya telah dibebaskan atas jaminan polis yang berkemungkinan akan dituduh di mahkamah dan dua lagi pelajar telah dituduh di mahkamah atas kesalahan merusuh dan mencuri,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, sebelum ini Sabah adalah salah satu negeri mempunyai kadar jenayah paling rendah dan ditangga pertama negeri paling selamat di Malaysia.

Baca juga kisah mengenai jenayah:

Miliki 7 Rekod Jenayah, Suspek Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching Diberkas Polis
Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ponteng Sekolah Untuk Lepak Dan Ganggu Anjing, Kanak-Kanak Ini Ditegur Netizen Ponteng Sekolah Untuk Lepak Dan Ganggu Anjing, Kanak-Kanak Ini Ditegur Netizen
Next Article Kerajaan Sarawak Menang Kes Borneo Highland Resort, Netizen Pula Beri Cadangan Bina Kasino Kerajaan Sarawak Menang Kes Borneo Highland Resort, Netizen Pula Beri Cadangan Bina Kasino

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?