Jadi Kreatif Dengan Skill Travel Ini
6 Trik Mindblown Untuk Anda Yang Gemar Travel. Kalau anda seorang yang selalu backpacking, apa masalah yang selalu anda hadapi? Kadang-kadang tak cukup tempat letak barang lah, line telefon hilang lah, tak boleh bawa banyak barang lah, dan macam-macam lagi. Sebenarnya, anda perlu tahu beberapa skill atau travel hack bagi memudahkan pengembaraan anda ke sesuatu tempat. Tak kisah lah backpacking style atau travel seret luggage.
Nak tahu travel hacks yang boleh buatkan anda mindblown? Teruskan pembacaan anda.
1. Guna “Incognito Window” Untuk Carian Tiket Flight
Jika anda pernah membuat carian tiket flight sebelum ini, cuba gunakan “incognito window” untuk membuat carian baru. Ini kerana browser anda boleh menyimpan cookies untuk carian tiket penerbangan yang anda lakukan sebelum ini dan menyebabkan harga tiket meningkat.
Jika anda lihat tiket penerbangan tersebut semakin hari semakin mahal, maka ia akan memerangkap anda untuk membelinya lebih awal. Tapi sebenarnya, anda boleh lihat harga sebenar tiket dari semasa ke semasa melalui jendela incognito ini.
2. Golong Baju Untuk Penjimatan Ruang
Ada lagi ke yang lipat baju semasa packing? Untuk menjimatkan lebih banyak ruang, golong sahaja baju anda. Sebaiknya, tentukan siap-siap baju yang hendak digunakan sepanjang tempoh travel dan satukannya menjadi sebuah golongan. Untuk mengetahui teknik-teknik golongan yang anda boleh gunakan, boleh tonton video ini;
3. Muat Turun Peta Lokasi Yang Dituju Dalam Aplikasi Google Maps Untuk Kegunaan Offline
Kadang kala, ada kawasan tidak mempunyai liputan internet yang kuat atau anda sendiri menghadapi masalah internet yang tak terjangka. Sebelum apa-apa berlaku, apa kata anda cuba untuk memuat turun peta lokasi yang anda hendak tuju melalui aplikasi Google Maps. Jika anda sudah memuat turun peta ini pada telefon bimbit anda, anda boleh membuat navigasi secara terus tanpa perlu menggunakan data internet anda. Asal telefon bimbit anda berada di dalam tangan anda, anda sedia untuk meneroka ke mana sahaja!
4. Letak Tanda “Fragile” Pada Beg
Kenapa perlu letak tanda fragile pada beg sedangkan tak ada barang yang mudah pecah pun diletakkan dalam beg? Tahukah anda bahawa luggage yang bertanda fragile akan dikendalikan dengan cermat oleh pekerja syarikat penerbangan? Bukan itu sahaja, beg anda akan diletakkan pada bahagian yang paling atas. Maknanya, bila anda menuntut beg sebaik sahaja landing nanti, beg anda akan keluar terlebih dahulu daripada orang lain. Jimat masa dah di situ. Itulah namanya travelling skill, gaiss.
5. Emelkan Setiap Dokumen Penting Kepada Diri Anda Sendiri
Jika anda travel ke mana-mana, anda harus memikirkan kemungkinan paling buruk yang boleh menimpa anda. Perkara yang paling mengerikan tentang travel ialah kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, visa, tiket penerbangan dan sebagainya. Sebagai langkah berjaga-jaga, sentiasa scan dan emelkan dokumen perjalanan anda ke emel anda sendiri. Anda juga boleh memuat naik dokumen tersebut ke dalam Google Drive. Manalah tahu, jika sesuatu yang malang berlaku semasa perjalanan, sekurang-kurangnya anda mempunyai bukti di dalam simpanan maya.
6. Tidak Perlu Beli Air! Bawa Botol Kosong Sahaja
Kenapa perlu bazirkan duit untuk membeli air kosong jika anda boleh dapatkannya secara percuma? Untuk penjimatan, anda boleh membawa botol kosong dan mengisinya di mana-mana kiosk air di lapangan terbang. Lebih elok sekiranya anda membawa bekas air yang boleh dilipat kerana ia mudah disimpan dan menjimatkan ruang. Dalam pada masa yang sama, anda juga boleh mengurangkan penggunaan plastik.
Mengembara ialah suatu perkara yang menyeronokkan. Jadi, mengapa perlu susahkan diri anda dengan perkara yang boleh dimudahkan? Hanya perlu ketahui cara yang betul dan anda siap untuk travel dengan gembira.
Anda rasa post ini berguna untuk kaki travel di luar sana? Jangan lupa like dan share post ini!