fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu

Kedung BK Oleh Kedung BK
17 Jun 2020
Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

“Siapa langgar Uncle Himawari?”

Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu. Mereka yang gemar berkunjung ke Himawari Ramen Bar di Kuching akan perasan sejak kebelakangan ini kedai tersebut belum membuka operasi. Siapa sangka selama ini Uncle Ramen kesayangan warga Kuching terpaksa berehat dirumah akibat dilanggar sebuah kereta pada 9 Jun yang lalu dan terpaksa menutup kedai untuk sementara waktu (until he gets better, of course.)

Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu
Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu

Dilanggar Kereta Ketika Hendak Melintas Jalan Raya

Menurut penjelasan dari laman web rasmi Himawari Ramen Bar, Uncle Ramen menjelaskan beliau dilanggar oleh sebuah kereta Volvo ketika hendak melintas jalan raya pada awal pagi 9 Jun yang lepas. Pemandu kereta terbabit merupakan seorang warga emas berbangsa Cina. Wanita tersebut sempat berhentikan kereta, mengelak kecederaan serius.

ADVERTISEMENT

Beliau masih hairan kenapa wanita tersebut tidak menyedari beliau.

“Adakah atas sebab kecuaian? Adakah wanita itu pembuli jalan raya? Atau wanita itu mengalami penglihatan yang buruk? Atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu ata minum di bawah pengaruh alkohol?”

Tambahnya lagi, pemandu itu kelihatan layap dan tidak bertindak balas ketika dia memandang Uncle Ramen selama beberapa minit. Beliau berpendapat wanita itu di bawah pengaruh alkohol kerana reaksinya serupa dengan orang yang mabuk.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Melapor Kepada Polis

Pemandu itu berkata kepadanya beliau bebas untuk melaporkan kejadian ini kepada polis dan melarikan diri kemudian.

ADVERTISEMENT
Akibat Dilanggar Kereta, Uncle Ramen Kesayangan Warga Kuching Terpaksa Menutup Kedai Sementara Waktu
Nombor plat kereta terbabit. Nombor dipadam oleh Uncle Ramen atas alasan undang-undang.

“Saya hanya berjaya mengambil gambar nombor plat belakang kereta, itu pun separuh hilang,” ujarnya lagi.

Kesan selepas itu hanya muncul tiga hari kemudian, dimana beliau tidak dapat berjalan dengan betul dan semakin lemah. Beliau kini sedang pulih dan berharap beliau akan memperoleh mobiliti dan kekuatannya dalam minggu ini. Kedai akan dibuka sekiranya beliau sudah mempunyai kekuatan yang cukup untuk mengendalikan perniagaannya.

“Saya minta maaf kepada pelanggan kami yang pasti kecewa dan marah setelah meluangkan masa untuk datang ke kedai saya dan mendapati ia tidak beroperasi. Sebaik sahaja saya boleh berdiri, kedai akan dibuka semula,” kata beliau.

Kesian Uncle Ramen, semoga beliau pulih secepat mungkin! Speedy recovery!

ADVERTISEMENT

Lagi disini:

Share3915Tweet188SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy